14 Jan 2012

Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Untuk NFC, Bukan Lantik Muhyiddin & Noh

Muhyiddin: Saya dan Noh akan pantau NFC

KANGAR - Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah mengatasi isu yang melanda Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dalam masa yang terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Katanya, kerajaan sedang merancang mengenai kaedah mengatasi isu itu dan beliau bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar akan berbincang mengenainya sebelum memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin berkata, segala aset NFC telah dibekukan sementara dan Perdana Menteri telah melantik beliau bersama Noh akan memantau NFC.

Najib mengumumkan langkah membekukan aset di Perak hari ini.

"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri bahawa isu NFC ini dimanipulasi oleh pembangkang dan telah sampai ke penghujungnya bahawa kerajaan akan ambil tindakan dan akan umumkan (tindakan yang diambil) dalam masa yang terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari dan penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan 2020 di sini.

Beliau berkata kerajaan akan meneliti semula semua aspek mengenai NFC itu termasuk meneliti daripada aspek undang-undang dan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat terbabit.

Muhyiddin berkata, kerajaan mempunyai cara untuk menyelesaikan isu itu dan rakyat akan mengetahui tindakan yang diambil terhadap isu itu selepas memaklumkannya kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata, siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis mungkin dapat dijadikan panduan untuk langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan.

SPRM baru-baru ini memaklumkan isu pembelian kondominium menggunakan dana NFC telah diserahkan kepada polis yang dilanjutkan kepada Pengarah Jabatan Jenayah Komersial.

Isu NFC timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan perbadanan itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya. -SH

PKR Gesa Kerajaan Lantik Pentadbir Korporat Bagi NFC

SHAH ALAM 14 Jan: Seorang pentadbir korporat perlu dilantik bagi mengambil alih pengurusan projek sakit National Feedlot Corporation bagi membuktikan kerajaan pusat serius dalam menyelesaikan kemelut projek RM250 juta itu.

Pengarah strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berkata seorang pentadbir korporat boleh mengambil alih pengurusan NFC bagi melaporkan kepada Dewan Rakyat penyelewengan yang telah berlaku di dalam NFC dan syarikat-syarikat milik keluarga Menteri Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Sekiranya tindakan membekukan aset tidak disusuli dengan perlantikan pentadbir korporat, ia tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga seperti mana keputusan mengarahkan Datuk Seri Shahrizat Jalil mengambil cuti berbayar selama tiga minggu sahaja," Rafizi berkata di dalam sebuah kenyataan di sini.

Kerajaan pusat semalam mengumumkan bahawa aset NFC akan dibekukan sementara menunggu siasatan penuh dijalankan. Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, juga diberikan cuti tiga minggu sementara siasatan dijalankan.

Keluarga Shahrizat, yang mendapat kontrak bagi menjayakan NFC, didakwa menyeleweng duit RM250 juta yang diberikan untuk menguruskan projek tersebut.

Rafizi turut membidas keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan kawalan projek NFC kepada Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Dakwa Rafizi, keseluruhan penyelewengan berlaku dibawah seliaan mereka sebelum ini.


"Kejadian dana yang besar yang dipindahkan ke syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil berlaku pada ketika kedua-dua orang menteri ini sepatutnya memastikan dana hanya dibelanjakan bagi tujuan aktiviti perniagaan NFC sahaja.

"Kecuaian mereka sebelum inilah yang menyebabkan dana rakyat diselewengkan untuk membeli kondominium mewah, tanah banglo, melancong ke luar negara dan lain-lain," Rafizi berkata. -tvsnews



Ulasan GB

Sunnguh menghairan, menteri-menteri yang terlibat secara terus dengan penyelewengan NFC dilantik untuk memantau perjalanan syarikat tersebut.

Justeru, ia lihat oleh rakyat sebagai usaha untuk menutup kepincangan dan penyelewengan NFC, bukan untuk mendedahkan dan memperbaikinya.

Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja sepatutnya ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan NFC ini. Ia bersangkut-paut dengan penyalahgunaan wang rakyat. Yang bersalah mesti diambil tindakan.

Jika tidak, pastikan UMNO BN dihukum di dalam pilihanraya akan datang ini.

8 ulasan:

Awanama berkata...

Dah kena dah... Penyamun Siasat Penyamun..., nak perbodohkan rakyatlah ni..

arai berkata...

NFC satu-satunya syarikat perniagaan dan penternakan terbesar, bermodal besar, milik keluarga menteri dengan urusan kebel yang jelas amat besar hubungkaitnya untuk menjayakan perusahaan tanpa peduli berpengalaman atau tidak. Itu sudah jadi urusan nombor dua dengan memberi keutamaan khusus dalam berkroni. Lumrah kalau ada sangkal menyangkal, yang penting ada saja modal nak lindung salah silap perbuatan yang kita anggap curang dan terkutuk ini. Bila isu menjadi besar dan melarat baru nak cari jalan penyelesaian nak siasat tapi dalam satu sistem yang awal-awal lagi kabur dan meragukan. Degil sangatkah nak tubuh suruhanjaya diraja? Apakah suara rakyat tidak bijak mengandaikan putarbelit yang sedang dilakunkan ini? Inilah satu penyakit kronisma melahirkan koporat yang tidak tulen tapi jadi insan ego sedangkan bersepah lagi rakyat bawahan yang perlu dipayungi tapi alah pula dek birokrasi yang melampau dan keterlaluan!

Yong berkata...

Blogger umno yang mati2 pertahankan Kak jat kata ape?

Awanama berkata...

Mana perginya panglima dan hulubalang yg menyerang pejabat BN Bandar Tun Razak?

MNazri berkata...

Penyamun nak pantau penyamun??

Korg yg sewenang wenangnya bg RM250 juta duit rakyat kat penyamun, pastu dah berpuluh/ratus juta penyamun tu belanja sakan, sekarang korg yg subahat tu nak pantau?? Ini apa punya cerita sarkas daa?? Korang ingat kami ni bodoh mcm penyokong korang?? Ptuihh!!

mohd berkata...

Musang disuruh menjaga ayam(lembu).....mana mungkin

Awanama berkata...

aku nak gelak ....

....

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah

....

Admin berkata...

Inilah cara penyelesaian UMNO...sweep under the carpet....menteri 2 ekor penyangak ni pun nak jaga periuk nasi depa jugak..ayuh semua melayu yang bijak...TOLAK UMNO sampai rebah !!!