14 Jan 2012

Khalid, Timbalan KPN Disaman RM100 Juta

Ibu Kugan saman Timbalan KPN RM100 juta

KUALA LUMPUR 13 Jan: Ibu kepada mangsa tahanan yang mati dalam lokap polis, A Kugan memfailkan saman RM100 juta terhadap Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Selain Khalid, saman itu turut difailkan kepada empat yang lain kerana gagal memastikan keselamatan anaknya semasa dalam tahanan, tiga tahun lepas.

Pentadbir estet N Indra turut menamakan Konstabel Polis V Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Indra memfailkan saman itu melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di ibunegara pada pukul 9 pagi, lapor Malaysiakini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan si mati (Kugan) semasa dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Januari 2009 serta gagal untuk melaksanakan pengawasan dan pengawalan ke atas anggota polis.

Wanita berusia 44 tahun itu turut mendakwa defendan gagal menyediakan satu sistem yang selamat untuk menyoal dan mengendali suspek dalam polis tahanan serta gagal memastikan jagaan perubatan untuk anaknya.

Indra mendakwa para defendan juga cuba menyembunyikan sebab kematian sebenar anaknya dan/atau mengeluarkan kenyataan yang dikira membebaskan polis daripada tanggungjawab dengan pengetahuan sepenuhnya bahawa kematian itu adalah tidak disebabkan oleh mereka.

Wanita itu menuntut gantirugi RM100 juta, serta gantirugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Pada 28 Jan tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan Navindran daripada dua tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan.

Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah, meninggal dunia ketika dalam tahanan polis pada 20 Januari 2009.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau tak pun tunggu pakatan rakyat perintah negara baru keadilan ditegakkan

Tanpa Nama berkata...

Salam GB salam semua,

Yang sedihnya Kerajaan Malaysia pun turut kena saman kerananya. Hendak yang terbaik yang macam mana lagi kita kalau yang membuat nyaya pun perlu dibela. Akhirnya KeRaJaAn juga yang kena tanggung KALAU kalah. Duit rakyat juga.

Manalah Tok-Tok Polis tu nak dapat duit banyak tu . Nak beli makanan pun kena betul2 bujet selalu. Bukan tak tengok beratur sama beli nasi lemak RM1.50. Stress, stress, stress. Tak habis2 dengan masaalah orang salah yang tak ngaku salah. Kamu akan tahu azabnya nanti bila kamu lihat keretamu tidak ada dalam 'parking lot' lagi.

Wang sebanyak itu kalau dibuat bayarkan duit PTPTN anak-anak muda lagi bagus. Akan diingat juga jasa kerajaan kerana bayarkan yuran mereka cari ilmu. Semalam hari hujan. Kami terperangkap di kesesakan lalu lintas di Segambut dalam hujan renyai2. Penumpang sedap terlena, pemandu pun relak dengar lagu agaknya. Hanya TOK POLIS sahaja yang sanggup berbasah jaga jalan. Kalau tak kerananya entah pukul berapa aku sampai rumah. Siapakah yang sedia membela nasib Tok Polis kita?. Yang dikisah selalunya yang pangkat tinggi2 saja.

Aku tetap mengingati jasa-jasa Polis, yang bersopan itu lebih ramai dari yang tidak. Terima Kasih Tok. Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Anon 10:26,
Kamu juga akan tahu azabnya bila anak kamu, atau adik kamu atau sedara kamu ditangkap atas alasan disyaki melakukan kesalahan dan didapati mati semasa dalam tahanan polis tak sampai seminggu, sedangkan kesalahan yang dituduh dilakukannya belum dibuktikan, malahan kalau terbukti pun, hukuman yang boleh dikenakan sekadar penjara beberapa bulan/tahun.

Tanpa Nama berkata...

gaji dah diberi.,tak mampu pikul tanggungjawab sila letak jawatan.bukan tugas polis je yang teruk,org kerja kontrak,buruh am,nelayan dll lg susah.

Tanpa Nama berkata...

Padan muka

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak saman 250 juta kerana semua polis yang kena saman semua nya baru "sedar" kalau tak dunia ni macam dia punya...padan muka..

Tanpa Nama berkata...

Salam GB dan salam semua,

Aku Anon 10:26. Aku setuju dengan Anon2 di atas semua, Terima Kasih. Marilah kita didik anak-cucu kita dari kecil mengikut lunas hidup berugama, kalau Melayu tentunya Islam. Kristian, Hindu, Buddha, dan lainnya juga baik2 belaka. Semuga tiada seorang pun anak-cucu kita yang terjerumus lagi sedemikian.

Kepada anak-cucu yang akan menjadi benteng negara; Anggota polis, askar, imigresen, SPRM, SPR, kastam, pekerja opis, penulis, pembaca. Pekerja ladang dan yang di bendang sawah. Di darat, di laut atau di udara. PM, TPM, Menteri2, isteri2 dan anak cucu ... 'jadilah insan amanah'. Tentu tidak sesukar mana untuk menterjemahkan amalan murni.

Aku bekas seorang askar udara 1965. Tak ada pencen dan masih bekerja walaupun usia meningkat ke tujuh dekad. Uniformku saja dulu yang terlihat bergaya anak muda; ada lambang bintang dan burung babil sekali. Nak tahu kerja dan imbuhannya macam t88k saja. Aku, kawanku tetap ceria walaupun ia menyeksakan.

Semuga Allah memberkati kita dan semuga kita punya pemimpin dan warga yang bersih, cekap dan amanah. Wassalam.