14 Jan 2012

Masalah Air Di Parlimen Pekan Sendiri Tak Selesai, Mahu Selesaikan Masalah Di Selangor

Najib: Masalah penduduk selesai jika BN berkuasa

Shah Alam, 13 Jan — Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji segala masalah penduduk di Selangor akan selesai sekiranya rakyat memilih perikatan tersebut untuk memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 depan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Rimba Jaya, Seksyen 16, di sini.

“Segala masalah penduduk di Selangor termasuk masalah sampah sarap, air dan sebagainya akan selesai sekiranya kerajaan BN memerintah negeri ini,” katanya yang sudah melakukan tiga lawatan dalam sebulan ke Selangor dalam usaha yang dilihat sebagai usaha menawan kembali kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum itu, Najib mengadakan lawatan “walkabout” ke Kompleks PKNS Shah Alam bagi mendengar keluhan peniaga-peniaga yang menghadapi masalah tekanan kenaikan kadar sewa sebanyak seratus peratus oleh kerajaan negeri.

Lawatan Najib ke Selangor hari ini turut menyaksikan mesyuarat tertutup beliau dengan ketua Pusat Daerah Mengundi Selangor di Intekma Resort.

Dalam lawatan ke PKNS, Najib turut berjanji akan menyelesaikan masalah peniaga-peniaga di berkenaan bahawa tidak akan berlaku sebarang kenaikan kadar sewa di kompleks berkenaan sekiranya Barisan Nasional (BN) menguasai kerajaan negeri selepas pilihan raya akan datang.

Malah, Najib turut berjanji akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan supaya mewartakan kompleks berkenaan sebagai Kompleks Warisan demi menarik kemasukan pelancong ke Shah Alam.

“Ada cadangan daripada peniaga supaya kerajaan pusat mengambil alih kompleks ini daripada kerajaan negeri, namun begitu, agak sukar untuk kerajaan pusat membantu peniaga-peniaga di kompleks PKNS ini sekiranya kerajaan negeri masih lagi di bawah Pakatan Rakyat, mereka akan tetapkan pelbagai syarat yang ketat kepada kerajaan.

“Adalah lebih mudah sekiranya kita kuasai kerajaan negeri dan kita akan ambil alih komples PKNS ini untuk dibangunkan,” katanya dan disambut jeritan sokongan daripada peniaga-peniaga di kompleks berkenaan.

“Sekarang kita mengalami zaman gelap, kita makan ubi kayu, tapi selepas semboyan dibunyikan, saya berjanji kita akan makan nasi minyak,” katanya lagi dan mengharapkan peniaga-peniaga di kompleks PKNS berkenaan bersabar dan membuat keputusan bijak dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Penduduk di kawasan Rimba Jaya turut dijanjikan peruntukan untuk membina surau dan kuil untuk aktiviti keagamaan masyarakat di sini.

Selain itu, Najib turut mempertimbangkan kaedah dan cara untuk mengatasi masalah pinjaman untuk penduduk setinggan di kawasan tersebut yang tidak mampu membuat pinjaman perumahan untuk berpindah ke kawasan pangsapuri berkenaan.

“Saya bukan berjanji, tetapi saya minta penduduk beri saya masa untuk memikirkan penyelesaian terbaik untuk membantu mereka yang tidak mampu membuat pinjaman perumahan,” katanya lagi. -TMI


Ulasan GB

Demikian hebat janji Najib. Katanya:

“Segala masalah penduduk di Selangor termasuk masalah sampah sarap, air dan sebagainya akan selesai sekiranya kerajaan BN memerintah negeri ini”.

Sedangkan masalah air di parlimennya sendiri di pekan Pahang tidak selesai, tiba-tiba beliau membuat kenyataan "semua" masalah seluruh Selangor akan selesai jika BN memerintah.

Menjadikan dirinya seolah-olah seperti Santa Claus yang menabur gula-gula kepada penduduk Selangor.

Kita minta beliau balik ke Pekan selesaikan dahulu masalah air yang kian meruncing di parlimennya.

Persoalannya, kata beliau mengapakah projek pembinaan UMP yang kini telah pun menempatkan mahasiswa di sana dalam keadaan tidak lengkap dengan keperluan asas seperti bekalan air.

“Katanya, mengapa kawasan Perdana Menteri boleh jadi seperti itu sedangkan beliau merupakan ahli parlimen Pekan.

“Adakah beliau tidak turun padang dan tidak ambil tahu permasalahan mahasiswa di UMP yang kian parah?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Janji Najib hanyalah pada mulut sahaja dan janganlah rakyat selangor terkeliru pada ungkapan tersebut. Bagi rakyat marhaen serupa sahaja walau dijanji segunung intan dan contoh paling dekat ialah bagaimana SBPA sektor perkhidmatan awam memberi keutamaan kepada JUSA daripada kakitangan bawahan.

cucu tok ayah berkata...

bolih percaya ke cakap najib tu .....masaalah rakyat dan peniaga di selangor.Cakap tak serupa bikin.Buat malu aje....kat kaw PEKAN PAHANG tak terurus ....ni pula nak bantu orang lain.Kalau berani turun harga minyak dan bayar royalti kat rakyat Kelantan.Mangkok hayun betul si najib ni.....buat malu kat dunia luar.

Tanpa Nama berkata...

Ni-lah Najib... buat janji seperti orang tak tahu apa yang berlaku di Pekan.... Wilayah kawalan Najib... Tempat sendiri tak terurus ni nak urus kawasan orang lain..
Orang Selangor masa ni dapat subsidi bil air, orang pahang dapat juga tetapi kelentong dalam bil. Orang selangor masa ni dapat banyak manfaat dari program merakyatkan ekonomi selangor tapi pahang apa ada!! Tak payahlah nak tipu orang!!

abu berkata...

pak najib kau memang macam tu....

Tanpa Nama berkata...

Ini ke... cakap orang yang hendak kita percayai?
1) Saya tidak pernah berjumpa Saiful
2) Saiful jumpa saya kerana untuk mendapatkan biasiswa
3) Saiful jumpa saya pasal Anwar

Tanpa Nama berkata...

Masalah Malaysia !!!! Tolong selesaikan sebelum nak selesaikan masalah kecik2 kat Selangor tu

Sebagai PM...selesaikan dahulu masalah di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana air altantuya dah selesai ke belum?

mahyuddinm berkata...

kalau masaalah RM0.10 pun tak boleh selesai, macam mana Najib nak selesaikan masaalah yang bernilaiRM100.00?

Sebab ada perniaga yang pro-umno yang suarakan maka kerajaan najib pun nak ambik alih bukan sahaja kompleks pkns tetapi kerajaan selangor dibawah Pakatan Rakyat, ada akai ka nie? Kadar untuk pkns dah lama macam tu semenjak dari zaman bn lagi bukan benda baru tapi dulu buat tak tau saja sebab duit masuk, peduli apa dengan rakyat selangor masa tu. Sekarang pulak baru nak ambik tau....??!!!!

Kalau tidak takkan la anak toyo tu boleh buat rumah sampai bermillion-million.

Dan apa-nama apa-nama boleh beli cincin sampai USD25M.

Asyik-asyik nak rasuah rakyat, kalau undi bn semua masaalah selelai kalau tidak lepas tangan. Yang dulu-dulu kenapa tak selesai masa rakyat selangor diperbodohkan masa zaman bn memerintah???!!!

Kebangkitan Rakyat sudah bermula. Jatuhkan kerajaan/pemerintah yang zalim, peganglah kepada hukum-hukum Allah swt dan sunah-sunah Nabi.

Tanpa Nama berkata...

minta GB tolong siarkan atau cari berita tentang najib nk jual elektrik pada singapura untuk disiarkan dlm ni, sebab sya ada baca artikel pasal tu dan najis razak setuju utk jual elektrik kt singapore...sedangkan dimalaysia ni masih berapa ramai lg rakyat kita yg x dpt lagi kemudahan elektrik tertama kt sabah dan sarawak ni...tup2 nk jual plak kt negara lain..ada sesuatu yg najib tkut sgt pada pemimpin singapore ni..apa mereka nk semua dia bagi.

Tanpa Nama berkata...

Janji sebelum dpt.dah dapat khaaaaaaa.kena juga rakyat sel

Tanpa Nama berkata...

Aku bila tengok muka Najib teringat Dubur Saiful...tengok muka najib teringat dubur Saiful....Pasal apa ya? Udah-udah lee tu Najib. Jangan dok kelentong banyak2 sangat, nanti orang UMNO sendiri pun dah tak percaya nanti susah.Siapa yang susah? Rosmah juga yang susah.

abu berkata...

inilah yang dikatan.....semut seberang laut nampak,tapi lembu depan mata tak nampak...

Tanpa Nama berkata...

jgn fikir rakyat selangor mcm lembu, boleh diperbodohkan..... tengoklah pru 13 nanti. lagi mau cerita !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Ini lah ketua yg cakap xserupa bikin,
penyapu oh penyapu...tgk dulu dalam kain awak?..jgn nak sibok jaga kampong orglain.........

terang berkata...

dimuka depan utusex cerita janji gula2 najib nak membangangkan rakyat. Sebelum dia nak menebarkan taik dia kpd kita mcm taik lembu ijat digemas tu..cepat2 kita melarikan diri dr umno yg semuanya dah terpalit dik najib,madey, buntut saifool,lembu ijat ,jamil zakat, mayudin dan sebagainya juga taik rosmah...rakyat xnak duk dekat umno yg bau busuk tu wpun didibersihkan dg selori minyak wangi..bye bye umno

Tanpa Nama berkata...

daerah PEKAN...mcm pekan koboi. pembangunan zero...gambaq sultan pahang ja yg byk...show off bini muda. org PEKAN kena tipu idop2 dgn anak tun razak sekoq nie.

anak selangor berkata...

sudah-sudahlah nak tipu rakyat selangor pak jib oii..igt org-org selangor bodoh ker??nenek sy pun dah celik tau!!dh nmpk mmg BN xboleh bwk Selangor mcm PR bwk Selangor...

bukti byk sgt pak jib oii...jln kuala selangor-teluk intan bertahun-tahun xsiap..dpt siap dh..subsidi air...rumah terbengkalai dpn umah sy nih..siap jgak...ceramah-ceramah agama sana sini xde sekatan...tu nk suh BN ambil alih???no..no..no...

lagi satu ayat selamat pak jib "sy bukan berjanji"..nmpk sgt takut kan??klu rakyat selangor pcy lg mmg bodoh daan buta hatila org tu!!!

Waris berkata...

Aku kat selangor tak ada masalah selain dari harga barang melambung mahal. Masalah air tak prnah ada sejak 40 tahun lebih aku tinggal di selangor. Boleh ke najib selesaikan masalah harga barang yg melambung di selangor?

Sorry la najib. Kami di selangor bukan bodoh macam melayu johor. Kalau ada pun yg masih bodoh di selangor ni ialah puak-puak gaps, prkasa atau pekida yg masih mundur. Orang asli lagi maju dari puak-puak melayu bangang dan bangsat tu.

Tanpa Nama berkata...

masalah selesai kalau bagi kat Be End.... memang selesai duit kerajaan selangor yang akan dikendurikan secukup-cukupnya... udah-udah lah tu najiz..

Sinner berkata...

Kata2 yg bodoh dan jahil dari seorang pemimpin yg tak reti mempertahankan agama sendiri...

Selama ni PR ke yg memerintah kerajaan Malaysia..?

BN la yg memerintah setelah 12 penggal.. dan masalah2 tu tu tak dapat diselesaikan pun..

1 Malaysia berkata...

Sedih melihat negaraku Malaysia mempunyai seorang PM yang kuat kelentong (pembohong besar) dan dayus pulak.
Kes-kes yang diajukan:
1. Sampah sarap - Siapakah yang memberikan kontrak kepada syarikat mengutip sampah? Bukankah kerajaan pusat yang meluluskannya.
2. Siapa yang menaiki cukai perkhidmatan telekomunikasi dari 5% ke 6% dan lepas tu menjadi 'HERO" dengan menangguhkannya?
3. Siapakah yang membenarkan isterinya melakukan kemungkaran di depan TV?
4. ..... Saiful dubur ....
Kalau nak tulis lagi, kena buat karangan. Dahlah dulu kita ada seorang PM yang kuat kelentong, kali ini anak didiknya pulak. Cukuplah, cukuplah, cukuplah. Kita harus bersihkan negaraku Malaysia sebelum jatuh muflis. Sekarang hutang kita sudah mencapai 53.8% berbanding pendapatan. Malaysiaku akan jatuh muflis kalau hutangnya mencapai 55%. Fikirlah wahai rakyat Malaysia yang cerdik atau memang bodoh manusia di Malaysiaku ni.

kembara putih berkata...

Sabah yang kaya dengan petroleum pun jadi negeri paling miskin di Malaysia gara2 BN perintah. Negara Malaysia pun dah hampir bakrup di bawah BN, nanti Selangor pula akan bankrup jika BN perintah.

Tanpa Nama berkata...

dia ingat rakyat malaysia
masih duduk di bawah tempurung
macam si katak ibrahim tak perkasa.
ini dikatakan,
kuman diseberang laut nampak.
gajah didepan mata tak nampak.
pekan tu banyak mat bangla.
kalau tak, pru13 pasti dia bungkus.
pekan tak terjaga
nak jaga selangor.

jelutung a.k berkata...

aku setuju dgn kembara putih, apalah bangang sangat pemimpin sabah. ayuh bangkitlah rakyat sabah, sokong PR, tak malu ke hasil bumi banyak tapi negeri miskin, jgn jadi pak kaduk menang sorak negeri tergadai.

akrab berkata...

penduduk kampung tengah gombak lagi satu bebal. masalah tanah minta tolong salah orang. "PM TOLONG KAMI, KAMI BUKAN SETINGGAN. hoi tanah urusan kerajaan negeri lah. minta tolong lah pada tan sri khalid. sampai kucing bertanduk pun PM tak boleh tolong tanpa restu menteri besar selangor.

Tanpa Nama berkata...

apa baghalnyer peniaga2 pkns mintak bernaung bawah ketiak najib? silalah buat gitu....aku n semua member2 n sedara2 pakat BOIKOT shopping kat sana! mampos hangpa sume!

warga shah alam