14 Jan 2012

Pukulan Maut Untuk BN - Tol PLUS Hapus Jika Pakatan Rakyat Tawan Putrajaya

Pakatan akan hapuskan tol jika tawan Putrajaya

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol lebuh raya yang telah memperolehi keuntungan berlebihan selepas menawan Putrajaya dalam pilihan raya ke 13.

“Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan.

“Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion,” katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata tindakan tidak akan diambil terhadap syarikat konsesi yang tidak memperoleh keuntungan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang ini.

Beliau menambah Pakatan Rakyat akan turut mengambil tindakan terhadap syarikat kroni Barisan Nasional sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban ekonomi kepada rakyat.

Lim menambah bahawa tindakan terhadap konsesi yang merupakan kroni BN telah pun dibincangkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

`Jasad dan nyawa’

Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk benar – benar menjadi wakil majoriti suara kesederhanaan.

“Jika benar Umno dan BN mewakili suara kesederhanaan, tarik balik kata-kata “walau bercerai jasad dan nyawa, kita akan pertahankan kuasa di Putrajaya.”

Najib dilaporkan berkata demikian dua tahun lalu semasa perhimpunan agung Umno.

“Ini bukan kesederhanaan. Jika sederhana, terimalah keputusan rakyat,” kata tokoh veteran DAP tersebut.

Beliau turut mencabar Najib menjalankan proses transformasi terhadap akhbar Utusan Malaysia.

Pakatan janji hapuskan kapitalisme kroni

ALOR SETAR, 14 JAN: Kerajaan Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan ekonomi kapitalisme kroni yang hanya menguntungkan syarikat-syarikat kroni dan membebankan rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebagai ganti, Pakatan Rakyat akan memperkenalkan dasar ekonomi yang berjiwa rakyat dan memartabatkan rakyat.

“Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Lebuhraya Utara-Selatan apabila kita mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

“Kita juga akan mengkaji semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Penjana Tenaga Elektrik Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah,” katanya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di sini hari ini.

Menurutnya, masalah besar akibat ekonomi kapitalisme kroni telah dipupuk oleh kerajaan Barisan Nasional di mana subsidi gas berjumlah RM20 bilion setahun diberi kepada syarikat-syarikat IPP melalui perjanjian berat sebelah.

Begitu juga syarikat-syarikat konsesi tol lebuh raya dibenarkan untuk meningkatkan kadar tol secara berkala sepanjang tempoh konsesi yang panjang, walau pun kebanyakan daripada mereka sudah pun mengaut keuntungan yang jauh melebihi pelaburan asal,
tambah beliau.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, setakat 31 Disember 2010, pengendali tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) telah membelanjakan RM5,945 juta untuk pembinaan NSE tetapi sudah menerima RM24,266 juta dalam kutipan tol dan pampasan kerajaan.

“Dalam kata lain, pengendali tol NSE telah mencatatkan keuntungan lebihan sebanyak RM18,321 juta setakat 31 Disember 2010 berbanding pelaburan asalnya. Adakah masih perlu pengendali tol NSE untuk meneruskan kutipan tol daripada rakyat, apatah lagi menaikkan kadar tol?

“Demi kepentingan rakyat, kutipan tol NSE harus dihentikan serta merta kerana pulangannya sudah pun 3 kali ganda melebihi pelaburan asal. Ceritanya sama untuk Jambatan Pulau Pinang yang telah mengutip RM1,859 juta berbanding pelaburan asal RM944 juta, iaitu keuntungan sebanyak RM924 juta,”
katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pengalaman pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah contoh paling baik untuk membuktikan kepada kawan-kawan di negeri-negeri lain bahawa kemakmuran dan kesejahteraan boleh dicapai melalui pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus.

“Kita bersyukur Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan tetapi yang lebih penting adalah membebaskan Malaysia daripada cengkaman BN yang kotor, berasuah, tamak dan rakus.

“Ini tidak bermakna PR pasti menang, tidak, jauh sekali tidak kerana BN masih mempunyai kelebihan tetapi kini PR lebih dekat dengan Putrajaya kalau berbanding tiga bulan yang lepas.

“Itulah sebabnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pilihan raya akan ditunda lebih lama,” katanya.

Beliau meminta semua pemimpin dan ahli Pakatan gigih bekerja dengan beramanah dan berpasukan untuk menjayakan misi bersejarah bagi menggantikan BN.

“Marilah Ubah kepada PR demi bersihkan Malaysia dan selamatkan rakyat agar bantuan ditambah, tol Lebuhraya Utara-Selatan dihapuskan, harga minyak diturunkan dan kos sara hidup ditangani,” tambah beliau. – Roketkini -roketkini



PLUS Di Hapus Apabila PR Perintah

ALOR SETAR, 14 JAN: Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Projek Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) sejurus selepas menguasai Putrajaya kelak.

Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapan penggulungannya berkata tidak mustahil PLUS boleh di hapuskan.

"Kos pembinaan PLUS RM6 bilion, tahun lalu keuntungan PLUS RM24.3 bilion. Jadi untungnya adalah lebih RM18 bilion. Apakah mustahil untuk menghapuskan tol PLUS," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati.

Katanya janji tersebut hanya kepada PLUS dan tidak membabitkan konsesi lebuhraya yang masih belum mendapat keuntungan dan pulangan modal.

"Ini janji Pakatan Rakyat," jelas beliau lagi.

Katanya selain itu, Pakatan juga menjanjikan untuk menurunkan harga barangan dan meningkatkan sara hidup rakyat.

Katanya lagi, janji pakatan tersebut bukan sesuatu yang mustahil di laksanakan sebagaimana tercatat dalam Buku Jingga. -tvsnews




14 ulasan:

Awanama berkata...

hari ini pr berkuasa.
esok harga minyak turun, kata anwar.
apabila pr memerintah.
tol lebuhraya dihapuskan, kata lim.
apa lagi rakyat malaysia.
pru13 nanti jangan lupa undi pr.
kasi ajar itu bn/umnoooooooo.....
yang hanya mengisi tembolok kroni2nya.
rakyat miskin bukan saja terabai tapi dizalimi.
bila nak pru barulah terhegeh2 mengemis undi.

sahabat rakab berkata...

Takbir Allahuakbar semoga dirahmati perjuangan pakatan rakyat demi untuk kesehjahteraan rakyat malaysia yang berbilang bangsa supaya aman damai saling hormat menghormati , hancurkan umno bn apco yahudi .

Awanama berkata...

bodohnya kalau tak pilih pakatan rakyat

roslisalem berkata...

kecoh bila pas tganun hapuskan tol kat atas jambatan ke KT... konon akan bankrap etc... tapi akhirnya ok je.. sampai skrg BN tganu nikmati benda sama.. harap tak ada la org tolol yg masih nak spin usaha ni.. letih dah aku layan 3-4 plaza tol tiap hari.. dah masuk berbelas tahun..

MNazri berkata...

Hapuskan GST sekali.. Abis semua kena cukai dan tol, pastu hasilnya pegi ke kroni (eg: NFC). Apa punya kerajaan UMNO/BN daaaa...

Alif min nun wau = sarkas!!

Awanama berkata...

pastikan maklumat ini disebarluaskan kpd seluruh rakyat Malaysia.

BN takkan boleh hapuskan tol sebab ia digunakan untuk mengkayakan kroni mereka.

hanya pr yg mampu melakukan!

Awanama berkata...

satu benda yang rakyat tunggu tungu yang tak pernah keluar dari mulut kerajaan amno.kalau hapus tol negara bankrap konon, bukan negara bangkrap kroni yang bankrap

Awanama berkata...

Cina pandai berniaga & urus duit, PAS akan guide halal haramnya ... CANTIK

Awanama berkata...

Aku semakin meluap dengan BN kerana harga barang makanan dan perkhidmatan semakin naik sejak akhir-akhir ini.

Awanama berkata...

macam mana plak ngan tol timur barat/karak... kalau boleh dimansuhkan jugak saya pasti Umporno pasti tumbang tanpa dapat bangun lagi... berkubur bersama pemimpin penipu mereka.

Awanama berkata...

Aliff mim nun wau = sarkis... Sarkis tu kan tempat makhluk tak dak akai..!
Jadi sapa yang duk dalam 'Sarkis'mereka adalah spesis tu.. Patut pun perangai lebih kurang je hehee..

mohd berkata...

Alhamdullilah......selagi sdalam sedar tidak pernah dan tidak mungkin undi saya akan pergi ke BN

1 Malaysia berkata...

AKU amat yakin dengan statistik yang dikeluarkan. Lagipun statistik tu dikeluarkan oleh pentadbiran PLUS.
Sudah sampai masa, kita matikan lintah-lintah yang menghisap darah kita selama ini termasuk Che Det yang mepeloporinya.
Takbir 3x

Muhamad Ridhwan berkata...

ok2...
ha tunggu apa lagi NENEK-NENEK,TOK,TOKWAN,MAK,AYAH,ABANG,KAKAK pendek kata SEMUA ORANG LA... "SWITCH CEPAT"kita tgok PR plak memerintah...hahahahaha.....kita tgok janji2 depa nie kita dapat ke x...saya nie bkan UMNO dan bukan juga PR yek...saya pangkah dua2 hahahah...susah jika orang x tadbir dok ckap pandai..hahaha