12 Jan 2012

Dokumen Teperinci Dedah Seleweng Wang Zakat: PKR Takkan Lepaskan Jamil Khir & MAIWP

Petaling Jaya, 11 Jan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan dokumen bukti dakwaan berlakunya salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang selama ini dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan membuat satu laporan polis dan menyerahkan dokumen terperinci berkaitan kes ini di Balai Polis Dang Wangi esok.

"Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B4112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150. Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

"Keduanya merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan bayaran kedua berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010 digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP," katanya.

Dalam baucar bertarikh 29 April 2010 tertera nama Zainul Rijal Talha & Amir selaku penerima baucar atas perihal transaksi dengan penerima berhubung bayaran guaman Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan Shahsuddin Hussain, Datuk Che Mat Che Ali dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Turut dinyatakan adalah kumpulan wang zakat dan bank pembayar Bank Islam Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Jamil Khir berulang kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukkan sebanyak RM700,000 daripada kerajaan bagi menampung pelbagai bayaran termasuk kos guaman.

"Laporan Ketua Audit Negara menyebut wang itu dipulangkan semula pada Disember 2010 kira-kira enam bulan selepas peruntukkan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini," jelas beliau.

Nik Nazmi turut menafikan dakwaan laporan Utusan Malaysia pada 4 Januari lalu yang memtik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebaliknya PKR merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara.

Beliau turut menyatakan kesedian untuk bertemu dengan Datuk Jamil Khir Baharom bagi membincangkan perkara ini jika dijemput berbuat demikian.



Ulasan GB

GB sudah ulas hal ini. petikan:

Ia BUKAN fitnah seperti yang didakwa oleh Jamil Khir sebaliknya Jamil Khir yang memberikan jawapan yang salah untuk mengelirukan rakyat.

Ini juga BUKAN persoalan politik seperti yang didakwa, tetapi persoalan akauntabiliti dan etika kerja. Soal hukum, soal amanah dan pertanggungjawaban.

Dipandang dari sudut apa sekalipun, perbuatan menggunakan wang zakat untuk tujuan selain dari yang dibenarkan syarak tetap berdosa. Wang zakat adalah milik Allah s.w.t. yang diarahkan diagihkan kepada golongan asnaf, bukan untuk biaya (samada sementara atau kekal) wang guaman pengerusi dan pengarah MAIWP.

Sudahlah qazaf yang dituntut ugama untuk dilaksanakan dihalang, guna pula wang zakat untuk biaya kos guaman menghalang qazaf berkenaan. Bertimpa-timpa kesalahan dan dosanya.

Tiada alasan lagi, Jamil Khir serta 2 lagi perlu diheret ke muka pengadilan.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak apa... tak dapat mahkamah dunia, jaga kau Mahkamah Rabbul Jalil pasti adil. Dan hukumannya amat pedih..... amekkau kalau tak bertaubat.

Tanpa Nama berkata...

pastikan sumber yg ada benar2 sahih.pastu tgk apa yg kena dakwa nak komen.

Tanpa Nama berkata...

gua rasa kita semua patut
boikot membayar zakat.
satu kajian menyeluruh perlu
dibuat supaya wang zakat diterima
oleh mereka yang benar2 berhak.
bila jaminan sudah ada
barulah pembayaran zakat
dilaksanakan semula.
ini tidak wang zakat pergi
kepada mereka yang kaya raya
yang miskin terus terabai.
bila minta si miskin bantuan
gereja marah pulak tu.
kita tidak mahu wang zakat
digunakan membina bangunan,
membayar gaji kakitangan,
mebeli kederaan mahal2
dan entah apa2 lagi.
itu semua kerajaanlah tanggung.
tujuannya satu, ikut apa yang
sudah termaktub.
setiap tahun lapuran hendaklah
dikeluarkan, kemana wang
zakat itu disalurkan.
itu sebab sudah berapa tahun
gua tak bayar zakat aidilfitri
kerana tak percayakan malaon2
yang mengutip zakat.
pada gua beri zakat kepada amil2
yang tidak ikhlas itu
(hendak komisin saja)
lebih baik gua beli friskie atau
topcat beri kucing jalanan makan.
lagi baik.
patut juga, wang zakat itu
digunakan untuk membina bangunan
menempatkan kucing2 jalanan
yang terbiar.
disamping menyediakan pekerja2
dan doktor2 haiwan.
daripada bagi duit zakat tu
digunakan oleh jamil khir lebih
baik digunakan untuk memelihara kucing.
bukankah kucing kesayangan nabi muhammad saw.
gua dah tak larat, dah ada 30 ekor.
kesian miew2 tu.
kadang2 nak cari makan pun susah.
sedangkan jamil khir senang2 saja
gunakan juta2 wang zakat.
macam mak bapak dia punya.

Tanpa Nama berkata...

jika benar kamu bersalah wahai JAMIL KHIR, maka pulangkan lah apa yang telah kamu ambil. Dan pegang lah jawatan terus jawatan kamu, sekiranya kamu tidak malu....

Tanpa Nama berkata...

Gua bayar zakat pada anak2 buah yg susah yg sedang belajar. Dlm pada tu gua masukkan ilmu agama & nasihat depa. Tak banyak pun. Dapat le ringankan bayor sewa umah share ramai2 .

yes berkata...

Sekiranya nya Jamil Khir di dapati bersalah, bolehkah rakyat saman utusan kerana memberi maklumat yg salah?

latok lee berkata...

Anon 0209, hang ni memang sesat. Ajak oerang jangan bayag zakat, tau ka dak zakat tu wajib ? Ikut cara Anon 0719, dia bayar kepada anak buah yang masuk dalam asnaf, baru beroi.
Satu lagi dah jadi trend, kalau buat aduan kena serta bukti, ni apa ni ? Sepatutnya marhaen ni buat aduan je, pastu YANG BERKENAAN loa cari bukti, baru betoi. Ini tidak, dah lapor kena siasat sendiri.......... akai ada ka !

Jiwa Islam berkata...

Saya dah lama bayar zakat kat pelajar-pelajar saya yg masuk dalam asnaf zakat...sebab isu duit zakat ni satu Malaysia problem....kena cepat tukar pentadbir ni...bila PRU ? tak sabar dah nak memangkah....

Tanpa Nama berkata...

DALAM MALAYSIA NI BERAPA JUTA DUIT ZAKAT DI BERI UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA, PONDOK-PONDOK AGAMA... SEKOLAH-SEKOLAH ATAU PONDOK-PONDOK AGAMA DI KATA MILIK PAS.... JADI MACAMANA NAK DAPAT TOK2 IMAM YANG BETUL2 ASLI DARI SERBA SERBI DALAM SOAL AGAMA....