12 Jan 2012

Tuan Mufti, Apakah Menghalang & Menentang Qazaf Itu "Fisabilillah"?

Tiada salah guna wang zakat

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat bagi kepentingan urusan agama dan pemerintahan adalah dibenarkan mengikut hukum syarak.

Gambar: Barisan peguam membantah qazaf yang dipohon oleh Anwar

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, MAIWP telah menerima peruntukan bernilai RM205,000 di bawah asnaf fisabilillah dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 3 September 2000.

Katanya, jawatankuasa itu menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan taksiran lebih luas dan bukan hanya perang jihad semata-mata bahkan turut melibatkan kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.

"Berasaskan keterangan berkenaan, adalah ditegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes-kes yang berkaitan dengan MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam. -kosmo

Ulasan GB

Setelah sebelum ini pihak Jamil Khir dan MAIWP menafikan ada menggunakan wang zakat untuk kos guaman membantah permohonan qazaf ke atas Saiful, dan telah dibuktikan bahawa penafiannya itu tidak sejajar dengan dakwaan jabatan Audit Negara, kini tampil Mufti Wilayah Persekutuan, mengakui MAIWP ada menggunakan wang zakat tetapi katanya, ia urusan guaman MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Kenyataan Mufti berkenaan adalah satu kenyataan yang mengelirukan.

Dengan menjadi alasan "fisabilillah" adalah tidak tepat kerana fisabilillah ialah berjuang menegakkan hukum Allah, tetapi apa yang dilakukan oleh MAIWP adalah disebaliknya, berjuang untuk menghalang hukum Allah iaitu menghalang qazaf dari dilaksanakan.

Sekalipun mufti berkenaan menyatakan bahawa tafsiran adalah luas yang menurutnya turut melibatkan kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan, tetapi di dalam soal penggunaan wang zakat untuk menghalang qazaf dilaksanakan apakah itu "fisabilillah"?

Sepertimana yang rakyat semua sedia maklum bahawa permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya telah dibantah oleh MAIWP melalui peguam mereka yang diketuai oleh Zainul Rijal Abu Bakar.

Tiga orang responden yang dinamakan dalam permohonannya Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Anwar memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat "tuduhan palsu terhadapnya".

Bantahan peguam MAIWP pula tidak pula menampilkan sebarang nas atau hujjah akademis dan syariah, tetapi adalah kepada persoalan teknikal semata-mata.

Bantahan MAIWP berasaskan tiga alasan:

1. Bidang kuasa mahkamah untuk mendengar perkara itu.

2. Prosedur permohonan tidak dipatuhi.

3. Status Zulkifli Noordin sebagai peguam yang mewakili Anwar kerana berlaku percanggahan kepentingan dan pelanggaran etika amalan Syariah.

Justeru itu, adalah kesasar untuk meletakkan bayaran guaman "menentang qazaf" sebagai jihad fisabilillah.

Tuan Mufti, ilmu kami tidak setinggi kamu, tetapi "kebenaran" itu tidak wajar untuk dipermainkan oleh kalangan berilmu.

Kita bersetuju supaya kes ini dibawa ke muka pengadilan dan pihak MAIWP perlu menjawab di mahkamah bukan mempertahankan tindakan mereka di media massa.

Muga kebenaran akan terserlah.

Itulah pentingnya untuk kita berdoa dan mengharap kepadaNya seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud ,

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

27 ulasan:

Ini kata Tok Ketua berkata...

Ini betul2 kacau ni..mufti pon dah kena beli...aku taknak bayo zakat kat KL lagi le....

pak din tua berkata...

Alhamdulillah..........nasib bnaik aku tidak ditakdirkan menjadi Mufti. kalau tak entah2 aku lagi cacamarba.

1Crony berkata...

UMNO telah menguasai negara ini dengan cara mengurniakan pangkat dan wang kepada setiap talibarut mereka di dalam kerajaan. Menteri Agama, Mufti dan Ulama-Ulama Upahan UMNO, semuanya telah menelan api neraka semasa di dunia ini. Mereka ini mungkin mahu hidup 1000 tahun lagi tanpa perlu berhadapan dengan Allah di akhirat nanti.

Awanama berkata...

Inilah punca utama kenapa umat islam rata2nya terjebak dgn kemungkaran dan kemaksiatan, para ilmuan agama sendiri sudah merepek dan merapu...dah xde ke fakir miskin langsung ke kat kl tuh, bantuan bayar duit guaman itu lebih mustahak dari rakyat kurang kemampuan yg memerlukan pembedahan/rawatan penting untuk pulih/hidup? prasarana utk sekolah2 agama sudah ditahap memuaskan? pelajar cemerlang tidak berkemampuan semuanya dapat melanjutkan pelajarannya di universiti hebat?

sim_2096 berkata...

mufti cari makan namanya...

Awanama berkata...

islam sudah jadi cacamarba yg miskin memerlukan bantuan dibiarkan pergi kegereja untok dapat bantuan kemudian apabila isu itu boleh dijadikan modal politik diambil kesempatan untok menunjuk bahawa merekalah pejuang islam sebenar, wang zakat pula digunakan untok bayar guaman dalam perbicaraan tuntutan qazaf oleh DSAI memang pelek.

JOS berkata...

Salam...

Orang yang ada ilmu, tapi tidak mengamalkan ilmu yang ada padanya.. kita panggil dia ape ye...

Pak mufti & pegawai agama... anda dibeli atau anda takut kena gantung/buang kerja...?

Yang benar cakap benar, yang salah cakap salah...

Kalau benar guna duit zakat untuk kos guaman yang boleh boleh dimasukkan dalam kategori asnaf iaitu fisabiillah, kenapa dipulangkan duit itu kepada tabung zakat... ? Iakan termasuk daripada 8 asnaf tu kan...

Cek baik2 pak mufti...

Cakap yang benar la.. kalau kena gantung/buang pilihan raya nak dekat.. pakat dengan semua mufti kat Malaysia ni.. yang korang dah sanggup bersubahat...

Menang PKR dalam pilihan raya ke-13, saya yakim pimpinan PKR akan bawak masuk mufti yang berani ni...

Tapi.. kalau cakap tak serupa bikin, nak jaga periuk nasi, yang halal di haramkan, dan yang haram di halalkan, ...

PRU ke-13, PKR menang saya nak recommen kat pimpinan ganti pak mufti yang boleh menjalankan tugas dengan baik & berani...

Awanama berkata...

..mungkin mangkuk tu berpendapat anwar adalah perosak perpaduan islam yg telah, sedang dan akan memecah belahkan ummah. Mgkin mereka tau anwar memang tal liwat tapi terpaksa difatwakan sebagai harus atas alasan itu, malah wajib untuk dihapuskan demi perpaduan.... moga allah sentiasa memelihara kita

zairil berkata...

Bila Mufti nak keluarkan fatwa:

HARAM posting video lucah
HARAM keluarkan kata-kata Kesat dlm Blog
HARAM memfitnah dalam media
HARAM mengaibkan orang bila-bila jugak
HARAM pukul orang tak tentu pasal
HARAM pemimpin hipokrit

Tengah tunggu ni.....

yes berkata...

Ingin nak dengar apa kata Dato Harussani

jelutung a.k berkata...

aku jumpa mufti ni dalam majlis PERKIM di setapak tahun lepas. Aku tanya pasal ESQ, bermati2an dia pertahankan hujah nya. ESQ haram. Aku pun kata dalam hati, wah hebat mufti ni, semua mufti kata ESQ ok dia sorang kata haram. aleh2 bila tiba bab hukum qazaf lain pulak pendirian nya.boleh guna duit zakat untuk menghalang qazaf. aku pening lah sikap lalang macam ni.mintak tolong mufti perak cer citer sikit.

Tok Kie berkata...

Tuan Mufti,
Berkata biarlah benar, Berhukum biarlah adil,... Bila kena batang hidung sendiri, semua boleh.

aku berkata...

YANG ORANG DOK CAKAP PAK HAJI NAMPAK PMPUAN BGETAH BUANG KETAYAP YANG LAGU NI LA....MUAHAHHAA

Awanama berkata...

salam... mufti ke macam tu.... dia keje under gomen.. nak cakap betul takut kena buang keje, so halal haram dah tak tahu nak beza...
so mak bapak dia semua dapat dosa sebab tak bagi ilmu agama yang cukup..

Awanama berkata...

to ZAIRIL:

utk perkara yang telah jelas haram hukumnya x perlu kepada fatwa.Seperti zina,rasuah dll. mmg hukum haram dah.

thanks.

Awanama berkata...

Salam GB salam semua,

Harus, KALAU 'kegunaannya' itu untuk suku sakatnya. Itulah sebabnya kerja pun kena pakai kenderaan yang mahal2. Orang agama pun suka kelentong. Kelentong sunat, macam bohong sunat. Hukum hakamnya hanya orang agama sahaja yang arif macam mana nak kelentong2kan. Sembah hanya yang Esa, tapi masih mahu sembah manusia lain dengan minta ampunnya sekali. Belum buat apa-apa dah tahu salahnya. Mungkin hatinya tak jujur ada niat nak buat jahat terhadap yang disembah.

Nak ikut sunnah Nabi konon dapat sunatnya, tapi kerja pakai tali leher macam orang Kristian saja. Cuba lihat betul2 tali leher tu kan macam salib terlekat di dada. Pakailah jubah macam Pak Arab. Samalah juga macam orang buat repot polis atas benda yang belum dibuat.

Kalau mereka layak dipanggil Ustaz !, Tolonglah jengok2 mereka yang susah dan yang betul-betul memerlukan bantuan. Kata dulu ada kader2 di seluruh pelusok negeri.

Aku dari dulu tak mahu percaya pada cakap orang agama. Tapi arwah ayah aku kata mesti. Kalau saudara mati tak ada siapa yang boleh uruskan. Kita bukannya pandai pun. Di bandar2 kalau tak jadi ahli akhirat-kematian kenalah keluarkan duit kapan dan duit upah mandi jenazah. Bukan percuma tau !. Pun akan ramai yang mahu tolong menderma, kebanyakan derma dari orang seUgama seperti kita. Pun masih bernasib baik kita kerana ada ahli ugama yang kerja bukan kerana nama.

Islam Melayu hanya mahu tafsir fahaman yang sedap2. Kalau berceramah di masjid tak kiralah dari kem manapun ustaznya, jeritnya saja yang kuat .... walaupun ramai yang menguap dan ngantok menanti solat isyak.

Awanama berkata...

aku tahun ni tak nak bayar zakat kat kl lagi dah....anak bahrom tu pakai kat mana lagi lak lepas ni..

MNazri berkata...

Haa.. Elok sgt la tu pak mufti. Clear sikit bila mufti dah kuarkan fatwa mengatakan kos guaman utk menghalang qazaf itu fisabilillah.

Kepala hotak ko! Mahzab mana ko ikut?

Awanama berkata...

Kekadang aku juga berfikiran macam anon2 yang lain. Nak mogok bayar zakat. Kepada yang tak mahu bayar zakat di KL tu tak apa tapi carilah tempat lain.

Zakat fitrah tu wajib dan zakat harta tu juga wajib bila dah sampai nisbahnya. Kepada siapa nak ditujukan zakat ini, kenalah tanya orang yang berilmu ugama. Zakat tetap zakat.

Dalam kursus Haji dulu-dulu kemuskilan bab zakat banyak dipertanyakan kepada ustaz. Jawapan Ustaz tetap mengikut hukum Islam. Ada juga dari bakal Haji yang berani cuba-cuba membantah. Ustaz tetap kata wajib. Dan aku masih ingat, kata guru sekolah agamaku, sejak dulu lagi dah ada fatwa mesti bayar pada pemerintah.

Awanama berkata...

Cakap Mufti jenis ni tak boleh pakai.Ini bukan Mufti tapi Bluffti.Tak usahlah nak cerita panjang lagi - mulai tahun ni jangan sesiapa pun bayar zakat diWilayah Persekutuan.Yang wajib berzakat boleh bayar dimana-mana.Biar pusat-pusat zakat diWP ni tutup kedai.Ini sahaja cara nak ajar mereka.

Mohd Nizam berkata...

Tuan MUFTI,
Ingat suatu hari ketika kita semua berhimpun di Yaumul Mahsyar....., kemukakanlah hujah yang dangkal sebegini....di hadapan ALLAH Rabbul jallil.

katakan gunakan peruntukan wang Zakat untuk menghalang permohonan Qazaf di mahkamah syariah merupakan suatu fisyabillah.

Jangan menyesal jika Allah humbankan anda ke Neraka JAHHANAM. jangan kata orang tak tegur......
selagi ana nafas yang ALLAH pinjamkan, tidak ku rela menjual Agama kerana Dunia yang tidak mempunyai nilai .

Awanama berkata...

Saya membayar zakat kerana kata tok guru masjid kita orang awam tidak layak terus mmberikan zakat kepada fakir miskin dll...takpelah mmg kita tak berilmu agama tinggi. Tapi bila selalu dengar kes-kes penyelewengan wang zakat oleh pihak berwajib mengumpulkannya, dah jadi tawar hati juga nak membayar kepada pihak tsb. Berbuih mulut mereka membacakan hukum hakam dan nas hadis.. tapi akhirnya seleweng ke lain.

Awanama berkata...

salam

apa hukumnya lawyer2 ni mengambil upah bagi kes ni ye? elok kita bincangkan juga dari aspek :-

1. berkenaan menentang qazaf

2. hukum upahnya dari wang zakat (seandainya mereka mengetahui ianya dari wang zakat)

terima kasih

Awanama berkata...

apa yg tok mokhti tu cakap memang betul yg tak betulnya keadaan suasana pemerintah yg ada sekarang dengan apa yg dicakapkan itu,zakat tetap wajib kerana mempunyai nas qatie seperti juga hukum hudud keduanya2 hukum yg diturunkan Allahswt, kenapa zakat dikatakan wajib dibayar kepada pemerintah sedangkan hukum hudud juga sepatutnya ditekankan supaya dilaksanakan oleh pemerintah apakah kita hanya beriman dengan ayat mengenai hukum zakat dan kufur kepada ayat hukum hudud?,soalan ini telah disoalkan oleh Allahswt kepada kita sepertimana yg tersebut dalam quran;"apakah kamu beriman setengah dari kitab(quran) dan kufur setengahnya?"bagi mereka yg memilih pemimpin yg tak mahu laksana hukum yg telah diwajibkan keatas pemerintah mereka akan menerima balasan bersama dengan orang yg mereka pilih sebagai pemerintah diahirat kelak maka insaflah wahai saudara ku.

mahyuddinm berkata...

Qazaf
Sebagaimana Firman Allah Taala yangbermaksud:"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepadaperempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian merekatidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat,dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya keranamereka itu adalah orang yang fasiq".(Surah An- Nur ayat 4)

Yang Layak Menerima Zakat
Allah berfirman dalam surah al-Taubah ayat 60 yang bermaksud:
“Sesungguhnya sadaqah (zakat) itu hanya tertentu untuk orang (1)fakir, (2)miskin, (3)para ‘amil yang mengurus zakat, (4)orang mu’allaf yang dijinakkan hatinya, (5)hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, (6)dan untuk orang-orang yang berhutang, (7)orang yang berjuang pada jalan Allah (FISABILILLAH), (8)dan untuk orang musafir (yang kehabisan bekalan) dalam perjalanan. (Hukum yang sedemikian itu) sebagai kewajipan fardu yang ditetapkan Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Awanama berkata...

Pemerintah UMNO penghalang utama islam dilaksanaka lebih dari 50 tahun....

Awanama berkata...

Pening-pening bila dengar pendapat/pandangan daripada orang yang dipanggil ulama.

Kalau yang jahil bercakap mengenai agama kita tidak hairanlah kerana tak betul.