1 Jan 2012

Jawapan Jamil Khir & Pengarah MAIWP Hina Audit Negara Dan Agong - Ulasan GB

Bangkit tuntut dakwa Jamil Khir pecah amanah

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Umat Islam mesti bangkit beramai-ramai menuntut pendakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom kerana pecah amanah wang zakat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Persoalan terbesar di sini ialah jenayah pecah amanah wang zakat apabila Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya menggunakan wang itu untuk kos guaman kes qazaf (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Perbuatan pecah amanah wang zakat tidak boleh ditutup walaupun di bayar balik kerana pecah amanah telah pun berlaku," katanya.

Persoalan kedua, kata Mahfuz, ialah pembohongan Jamil Khir apabila tanpa sebarang rasa malu sedikit pun beliau membohongi rakyat dan mendakwa "mana mungkin saya hendak menggunakan duit zakat untuk tujuan guaman".

"Dakwaan Jamil Khir itu menghina Ketua Audit Negara yang membuat laporan bahawa wang zakat telah digunakan untuk membayar kos guaman tersebut.

"Menghina Ketua Audit Negara bermakna menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Ketua Audit Negara dilantik oleh baginda,"
kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, menteri itu melakukan dua kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Selain menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Jamil Khir sebelum itu telah melakukan jenayah pecah amanah wang zakat dan institusi zakat yang terlibat itu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Sebagai anak Kedah, kata Mahfuz, beliau tidak mahu Sultan Kedah yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong tercalar imejnya kerana jenayah pecah amanah wang zakat yang dilakukan oleh menteri berkenaan dan penghinaan terhadap Ketua Audit Negara yang juga dilakukan oleh menteri berkenaan.

"Mereka yang terlibat melakukan pecah amanah wang zakat itu mestilah didakwa dan jawatan mereka hendaklah digantung sepanjang proses pendakwaan itu dan jika mereka didapati bersalah mereka mestilah dihukum selain dipecat dari jawatan mereka," tegas beliau.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengesahkan pecah amanah wang zakat berjumlah RM63,650 dilakukan oleh Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya bagi menghalang kes qazaf yang di failkan oleh Anwar.

Wang zakat itu disalahgunakan untuk pembayaran kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil Khir, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden. -HD

Jamil Khir Jelaskan Dakwaan Seleweng Wang Zakat & Pembelian Rumah

SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Sabtu menegaskan, laporan yang mendakwa beliau terbabit dalam penyelewengan wang zakat adalah tidak benar dan merupakan satu fitnah semata-mata.

Beliau berkata, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepertimama yang didakwa tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, dan kita ini yang kita pakai lah," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.

Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.

Beliau berpendapat, laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.

"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya lagi.

Menurutnya, pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf.

Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata, pihak yang membuat tuduhan berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau menjelaskan, rumahnya itu dibeli pada tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri lagi dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.

"Kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu adalah perkara biasa. Saya dulu mejar jeneral dalam angkatan tentera...saya ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya lagi.

Beliau juga berkata, penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar. - thestar


Ulasan GB

Sudahlah pecah amanah dan khianat, penipu pula.

Kata jamil Khir:

Beliau berkata, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepertimana yang didakwa tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

Sedangkan Laporan Audit JELAS menyatakan:

Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.

Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.


Sekalipun wang tersebut telah dibayar balik menggunakan geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan, namun PECAH AMANAH telah berlaku terlebih dahulu.

Menurut laporan tersebut, Che Mat telah meluluskan bayaran interim berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010, daripada peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.

Menurutnya lagi, pada 29 April 2010, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah RM32,150 juga menggunakan peruntukan sumber zakat terlebih dahulu
.

Laporan itu menyebut, MAIWP melantik firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir mewakili mereka atas pegangan jawatan mereka dalam MAIWP.

Laporan Audit Negara di atas adalah jawapan kepada soalan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid, oleh tiga ahli parlimen - Saifuddin Nasution Ismail (Machang), Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) sebelum ini.

Ia BUKAN fitnah seperti yang didakwa oleh Jamil Khir sebaliknya Jamil Khir yang memberikan jawapan yang salah untuk mengelirukan rakyat.

Ini juga BUKAN persoalan politik seperti yang didakwa, tetapi persoalan akauntabiliti dan etika kerja. Soal hukum, soal amanah dan pertanggungjawaban.

Dipandang dari sudut apa sekalipun, perbuatan menggunakan wang zakat untuk tujuan selain dari yang dibenarkan syarak tetap berdosa. Wang zakat adalah milik Allah s.w.t. yang diarahkan diagihkan kepada golongan asnaf, bukan untuk biaya (samada sementara atau kekal) wang guaman pengerusi dan pengarah MAIWP.

Sudahlah qazaf yang dituntut ugama untuk dilaksanakan dihalang, guna pula wang zakat untuk biaya kos guaman menghalang qazaf berkenaan. Bertimpa-timpa kesalahan dan dosanya.

Tiada alasan lagi, Jamil Khir serta 2 lagi perlu diheret ke muka pengadilan.

19 ulasan:

batu pelangi/BZ berkata...

Padahnya mengambil YAHUDI sebagai
penasihat dan sahabat maka ISLAM
pun turut digadaikan.JAHANAMKAN
UMNOYAHUDI DALAM PRU13 KELAK!!!!

serikdgnumno berkata...

sayangnya kebanyakan pengundi adalah mereka yg hanya bergantung maklumat dari tv!

Tanpa Nama berkata...

Kalau kat negara2 barat ke, jepun ke.. menteri cam ni dah letak jawatan dah ..

antahberantah berkata...

Pagar balun padi.Bala dari Allah apabila hukum2NYA diperlekehkan umporno

Tanpa Nama berkata...

Hujjah GB penuh fakta. Syabas.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UMNO tidak akan mengaku bersalah kecuali di sula

sim_2096 berkata...

siakap senohong gelama ikan duri,
suka berbohong lama-lama jadi menteri,

Tanpa Nama berkata...

Bukan sekadar Jamil Khir,Pengarah JAWI tu pun wajar diheret kemahkamah kerana sudah salah gunakan kuasa kerana nak mengampu menteri.

Jiwa Islam berkata...

Keno tukar kerajaan...lah-lah mano pung...

sekamar rindu berkata...

salam.

selamat tahun baru...

saya adalah pembaca setia blog ni..

Lang berkata...

ini sama macam pergilah mencuri sebab tak da duit untuk sara hidup... nanti bila dah ada duit pulangkan.. takpe tak salah, tak dosa, bila dah pulangkan duit semuanya bereh!!!

sesuatu yang menarik bila berkaitan dengan orang yg berada dalam jabatan yang berkaitan agama... mereka ini suci sesuci bayi yg lahir, yang salah ialah orang lain yang tidak berada dalam jabatan agama... atau dengan kata lain mereka yang ada kaitan dengan jabatan agama bersifat maksum..

Tanpa Nama berkata...

ABU = Asalkan Bukan Umno

Mampukah kita humban Umno dengan sistem SPR yg sediada tu?

Amuraria berkata...

siakap senohong gelama ikan duri,
nak jadi menteri kena asal dari pencuri !

janggut berkata...

bagi tau jml khir, kalau pakai dulu duit zakat bli no ekor boleh tak. bila ada duit byr balik. byksikit dapat dosa.

Tanpa Nama berkata...

masaalahnya bukan saja pasai ambik duit zakat tapi pasai ambik duit tu pi suruh peguam lawan jangan bagi hukum qazaf dilaksanakan ini satu kerja orang yg tak mahu hukum islam terlaksana maka orang ini bolehlah dikatakan sebagai lebeh kapiaq dari kapiaq inilah dikatakan dajal sebelum dajal.

Tanpa Nama berkata...

klu hendak tengok muka mereka berdua tu pun dah tak ada seri kalau dicalun pada p/raya nanti pasti kalah

Tanpa Nama berkata...

Harapkan pegar, pegar makan padi.

Tanpa Nama berkata...

Sapa sebelah Khir tu?? Mamat mana pulak...Mula lah dok tekan kepala nak kelentong apa lah pulak lepas niee...

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan jika UMNO/BN kalah semasa PRU13 nanti, semua menteri2/ketua2 bahagian, dll didakwa kerana meyalahgunakan harta rakyat/kerajaan....tak kira kena penjara ke ..kena gantung ka....sakit hati sungguh depa sesuka hati je pakai duit rakyat. kalau sekarang depa didakwa....huk alooss...tak de apa2 berlaku...