30 Dis 2011

Tindakan Jamil Khir & MAIWP Khianati Golongan Asnaf Tidak Berakhlak

Jamil Khir khianati golongan asnaf

SHAH ALAM: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam dalam tempoh 48 jam terhadap tindakannya yang didakwa menyeleweng wang zakat untuk kepentingan diri.

Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafi Muhammad dalam sidang media berkata Jamil menghina hukum Islam apabila menyalah guna kuasa dan mengkhianati golongan asnaf yang lapan dengan membiayai kos guaman untuk kepentingan peribadi.

Maka beliau mendesak Jamil yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam memohon maaf dan sekiranya gagal, mereka akan membawa isu tersebut untuk perkenan Yang Dipertuan Agong.

“Tindakan beliau (Jamil) tidak berakhlak termasuklah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain yang menggunakan wang zakat untuk kepentingan diri.

“Jingga 13 meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat secara terperinci penyalahgunaan kuasa dilakukan Menteri serta dua individu lain tanpa prejudis.

“Jamil bukan sahaja tidak layak menjadi Menteri manguruskan hal ehwal agama tetapi wajar meletakkan jawatan andai beliau seorang yang berakhlak dan bermaruah. Ini termasuk Che Mat dan Shamsuddin,” katanya selepas membuat laporan penyelewengan tersebut di pejabat SPRM di sini pagi tadi.

Semalam FMT melaporkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Muhammad Yamin Ismail menyatakan pembiayaan kos guaman Jamil Khir dan dua lagi pegawai kanan agensi itu dalam menghadapi kes permohonan qazaf
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan.

Sebelum ini Laporan Audit Negara mengesahkan sebanyak RM63,650 telah dikeluarkan daripada dana zakat MAIWP bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk ketiga-tiga mereka. -FMT

Zakat: Jingga 13 mahu Agong pecat Jamil Khir jika tidak minta maaf

SHAH ALAM, 30 Dis — Gerakan anti-rasuah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jingga 13 hari ini akan meminta Yang di-Pertuan Agong memecat Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari pentadbiran negara sekiranya menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak meminta maaf berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat.

Setiausaha Jingga 13 Saifuddin Shafi Muhammad memberitahu wartawan bahawa selaku ketua agama negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang menggunakan RM63,650 untuk membiayai kos guaman.

“Jika beliau (Jamil Khir, gambar) tidak meminta maaf dalam 48 jam, kami akan menghantar memo kepada Agong selaku ketua agama untuk mempertahankan Islam,” katanya sebelum memfailkan satu laporan terhadap Jamil Khir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di sini.

Dakwaan penyalahgunaan wang zakat didedahkan bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim awal minggu ini.

Bekas pegawai siasatan jenayah Kuala Lumour mendakwa Jamil Khir dan dua pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman tahun lalu seperti yang disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan itu, Jamil Khir, Setiausaha MAIWP Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa MAIWP Shamsudin Hussain telah menggunakan RM63,650 dari wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu juga mengesahkan wang itu telah dibayar balik selepas agensi itu memperoleh RM70,000 pada Jun tahun lalu.

PKR memberikan tekanan ke atas Jamil Khir, berulang kali meminta perkara itu diperjelaskan.

Semalam MAIWP berkata peruntukan khas telah disediakan untuk membiayai kos guaman. -TMI



7 ulasan:

JAKA berkata...

ulamak dunia.

lupa akhirat lupa liang kubur

tergoda dgn gemerlipan wang ringgit

lupa dosa pahala

ulamak sesat lagi menyesatkan

mungkin dia ni sudah lama tk melawat org mati, sudah lama tidak ziarah kubur, dan sudah lama tidak sakit.

bila sihat rasa Allah reda semua dia buat. bila sihat rasa hebat dan akan hidup 100 tahun lagi.

malu la sikit pada pejuang2 palestin dan mujahidin seluruh dunia yg bermandi darah dan peluh utk agama.

tipis sungguh akhlak dia ni.

tak sangka betul

arai berkata...

Dah jelas satu pengkhianatan dalam manipulasi kuasa, apa lagi nak sarankan mohon maaf! Kalau semua kesalahan boleh dimaafkan begitu saja maka tidak bermaknalah sebuah institusi terpenting seperti MAIWP ini kerana tersasar dari objektif keamanahan jabatan. Bagaimana kalau dari institusi lain juga berbuat perkara yang sama? Imej MAIWP ternyata sekali tercalar oleh perbuatan curang seperti ini. Eloklah beliau berundur dan bertaubat banyak-banyak !!

Tanpa Nama berkata...

Itu bru wng asnaf blm wang tpt lain utk ketgn klwga nya siasat abias san sbm di lupa diri

fiQ berkata...

-tanda2 hari kiamat-

Tanpa Nama berkata...

Mamat misai tebal tu masih dok perasan dia hebat. Piirah!! Jadi menteri tu pun atas nama Senator yang dilantik dan dipersetujui oleh PM. Lepas tu rembat duit zakat. Duit zakat tu macam harta mak bapak dia. Sahlah dia memiliki sifat orang munafik. Macam mana orang bukan Islam nak hormati orang Islam?

Sharif berkata...

perangai puak PKR - cakap banyak. hantar saja memo apa barang tunggu 48 jam ? sudah berapa ratus jam sejak kes ni meletup bro ?

agong sudah bertukar baharu. kita tengok apa perubahannya.

Tanpa Nama berkata...

Ntah lah,agong yg baru pun xtahu lah? ada perubahan ke tak..zakat selangor jerrr 350juta hasil kutipan setahun, tp mualaf2,ibu2 tunggal/tinggal leleh airliur jerrr, xsiapa nak bela dan tolong..hidup kami kerana allahswt..nak besarkan anak?dah di takdirkan wanita2 atau org2 susah dimalaysia kena muhasabahdiri..org2 indon dpt rm900 sebulan,dpt lagi duit raya dari zakat hasil penipuan dan merayu pd tok2 ketua..