30 Dis 2011

Pegawai PTD Wanita Dituduh Bantai Suami Dengan Fail Pejabat

Sepang – Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Kamaliah Basir (gambar), 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan kepada suaminya, Zaihan Md. Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat pada bahagian badan mangsa.

Kejadian didakwa berlaku di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang di sini pada pukul 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -kosmo

Pegawai PTD dituduh pukul suami


SEPANG: Akibat memukul suaminya dengan menggunakan fail pejabat dalam satu perselisihan faham, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sebuah kementerian di Putrajaya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang di sini, semalam.

Tertuduh, Kamaliah Basir, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zuhrina Mohamed Nor yang bertindak sebagai Majistret.

Kamaliah dituduh mencederakan suaminya, Zaihan Md Lani, 49, ketika menaiki sebuah kereta di Simpang 3, Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya pada 3 Mac lalu.

Kamaliah yang memakai baju kurung kelabu dan bertudung gelap serta tidak diwakili peguam membuat pengakuan tidak bersalah selepas jurubahasa membaca pertuduhan terhadapnya.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Zuhrina menetapkan tertuduh diikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes serta membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Aqeeb Lizalman Zamery. -BH


12 ulasan:

Yong berkata...

Tak masuk akei. uat sangat ke pukulan dengan fail pejabat tu?

Tanpa Nama berkata...

Aku nak tau juga pasal apa dia pukul suaminya. Pukul sayang kot ..

Tapi aku selute sedara aku, dia pukul suami dia selamba aje, sbb suami dia tau isteri dia banyak berkorban. Dah terlampau geram le tu.. sbb badan penat, cari duit pulak, suami ada skandal.

Santai berkata...

Tak suka betul berita mainstream yang cuma cerita half the story. Seolah dah incriminate the other half yang tak dicerita.

Unknown berkata...

memang betul kata santai, dan kita terbeban mencari yg sebahagian lagi.

itu sebab biasanya GB akan baca dan siar banyak versi untuk dapatkan gambaran sebenar. tetapi jarang diperolehi.

Amuraria berkata...

sib bek dia x kerat 18 kahkahkah !

Tanpa Nama berkata...

jIKA TENGOK EMAK LEMBU SINSING BAJU LENGAN...PASTI LEMBU-LEMBU TERNAKANNYA PASTI TAK BERANI KERANA TAKUT DGN PUKULANNYA.....

Unknown berkata...

Adalah halnya tu..kalau tak takkan dia sebat dengan fail opis..Kalau dia sebat dengan box fail hitam tu boleh bocor kepala, mambang

Tanpa Nama berkata...

cmner la agaknye pekerja bawahan die yer?..mesti sadis sape yg jadi anak buah die..kalo ngan suami slamba badak je die bole smackdown, kalo ngan org bawah mau mkn fail sebab lewat htr repot..

ape2 pun mmg padan muka!!!ptd mmg poyo!!bajet bagus!!!

Tanpa Nama berkata...

Kita tak tau citer sbnar ... Kbtulan suami dia buat report, ada bukti2 pulak, maka dia kena le. Kalau hukum Islam, lain citer .

Bab suami pukul isteri cam ne pulak? Sampai lebam2, lagi kesian sbb perempuan lemah.

main kasag berkata...

Kurang ajag punya bini, Tak bau syurga hanng tau...........

JAKA berkata...

pukul dgnfail kena 1 tahun penjara dan 2000


dulu rahim nor ketua penyangak negara(KPN) pukul anwar yg terikat dan tutup mata sampai lebam mata dan cedera tulang belakang kena SEBULAN penjara je...dan denda entah berapa sen.

sudah sampai masa qisas dilaksanakan segera. kita nak tengok hebat sangat ke si tua kutuk itu bila kena tumbuk dgn anwar.

kalau umno dan geng mereka,semua halal dan ringan je hukuman.

really munafik dan thoghut .

umno dan bn mesti dicampak dari pemerintahan.

kembara putih berkata...

Benda kecik macam tu pun nak report polis...gentleman la sikit wahai suami @ jantan...memalukan kami semua je. Adakah suami terlalu dayus @ berjiwa kecil?