5 Dis 2011

Skandal Lembu: Ada Keperluan Lantik Pakar Asing Untuk Siasat

Selangor sedia bawa pakar asing siasat projek lembu

Kerajaan negeri Selangor sedia memperuntukkan dana bagi tujuan membiayai kos penyiasatan oleh pakar luar negara berhubung skandal projek ternakan lembu yang dikelolakan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, kaedah menggunakan penyiasat dari luar negara merupakan pendekatan yang sering digunapakai oleh kebanyakan negara maju bagi menyelesaikan jenayah kolar putih atau jenayah bersifat korporat.

"Saya serahkan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dan setiausaha PKR, Saifuddin Nasution. Mereka akan membuat pembentangan kepada pihak polis dan MACC supaya menunjukkan pekara yang perlu diperhatikan oleh pihak polis.

"Ini adalah perkara baru di Malaysia tetapi perkara ini sangat dijaga di Britain dan Australia," katanya dipetik oleh TV Selangor.

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

Bagaimanapun, Khamis lalu Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

Isu projek lembu juga mencuri tumpuan pada perhimpunan agung Umno 2011 dengan sebahagian besar perwakilan menuntut penjelasan lanjut daripada ketua wanita Umno itu. -mk

Ulasan GB

Di dalam kes lembu NFC di atas adalah wajar penyiasat dari luarnegara yang bebas dipanggil untuk membenteras rasuah dan jenayah "kolar putih".

Kita dapati sebelum ini di dalam banyak keadaan, siasatan polis dan SPRM sentiasa amat berat sebelah di dalam kes-kes yang bersangkutan dengan politik UMNO.

Lihat saja di dalam kes lumbu NFC di atas, siasatan belum habis, Polis sudah keluar kenyataan tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC.


1 ulasan:

Ohihihohohi berkata...

selagi malaysia ini tidak dipegang oleh pr, selagi itulah mereka terlepas, tak kiralah bawak polis dari negara mana pun, planet manapun.,

my recent post:

NSFW: Moran Barannes,Champion Pertandingan Fat and Beautiful Yang Sangat Seksa (9 Photos)