5 Dis 2011

Ketua Wanita UMNO Sinsing Lengan, Buang Tabiatkah?

Selak kain, singsing lengan bukan cara Islam

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menganggap Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam gagal mencapai objektif untuk memuhasabah parti sendiri sebaliknya lebih banyak memburuk-burukkan parti lawan.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, apa yang lebih malang, perhimpunan yang dilihat gah dengan liputan media arus perdana itu berlangsung ketika rakyat bergelut dengan kepayahan hidup akibat salah guna kuasa dan salah urus tadbir kerajaan Umno BN.

"Persidangan Umno khususnya Wanita Umno gagal mencapai objektif murni sesuatu mesyuarat agung iaitu membuat muhasabah, berlapang dada dengan teguran, merancang ke arah pembaikan ke arah kesempurnaan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Menyentuh mengenai kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat jalil yang ingin "menyingsing lengan dan "menyelak kain" dan melepaskan geram kepada Pakatan Rakyat, beliau menyifatkannya sebagai tidak mempertahankan maruah Islam.

"Muslimat PAS akan terus mendoakan hidayah daripada Allah SWT kepada semua Orang Melayu khususnya Wanita Islam di dalam Umno, agar menjadikan Islam sebagai dasar dan panduan Hidup serta matlamat utama kehidupan mahupun perjuangan mereka

"Singsing lengan, selak kain, hilang kawalan, mengamuk dan seumpamanya hanya membuktikan sebenarnya tidak mempertahankan maruah Islam," katanya.

Menurutnya juga, DMPP tidak gentar dengan kenyataan Shahrizat untuk menggerakkan 1.3 juta ahlinya untuk menggempur rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

"Insya Allah jangankan 1.3 juta ahli Wanita Umno itu digerakkan sepenuhnya kononnya untuk menggempur rakyat dalam PRU13 bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional, hatta dengan segala penipuan serta kekotoran sistem pilihan raya yang ada pun, Muslimat PAS sudah siap siaga," katanya.

Ia, ujarnya termasuk peranan jentera penerangan DMPP yang telah mengambil "posisi tempur" masing-masing untuk menghadapi segala propaganda Umno BN. -HD

Ulasan GB

Singsing lengan depan orangramai...Sudag buang tabiatkah? Marah sehingga sanggup tunjukkan aurat di khalayak ramai!

Hanya untuk menutup isu, untuk menutup dimalukan dengan isu lembu, berlagak gagah bersinsing lengan.... aparaahhh....

Nanti betul-betul Allah tanggalkan baju dan tanggalkan kain baru tahu...

10 ulasan:

Awanama berkata...

puak2 ni memang menjadi kebiasaan dlm hal mendedahkan aurat, kalau isteri PM pun balik dari mekah tak sampai kerumah dah tunjuk jambul.. apatah lagi jemaah menterinya.

Awanama berkata...

Dia singsing lengan baju sebab nak cuci tahi lembu kena kad tangan.

Awanama berkata...

Kan Melayu mudah lupa. Apa yang dibuat, tak pernah berlaku. Tak lama
lah ni dah nak jalan

PRU13 ni mudahan boleh ditalkinkan.

whb

Awanama berkata...

dia x yah singsing lengan tangan pun dah mmg x tutup aurat

Awanama berkata...

pemimpin dan menteri macam ni pun masih ada lagi yg berkarat menyokongnya.... hairannya aku.... yg nak menjalankan hukum allah di hinanya, yg terang terangan melanggar hukum allah disokong. kepada yg berkarat tu... jom lah kembali menyokong parti yg membela agama islam kita... takbirrrr

Awanama berkata...

Yang berdiri kat belakang tu ..malulah sikit

Awanama berkata...

Aku teringat bekas ketua Puteri UMNouuuu.. masa perhimpunan dulu2 dia siap belai rambut, tayang2 gitu sbb masa tu klu tak salah ada isu pasal aurat .. sekarang dah pakai tudung , alhamdulillah agaknya balik rumah dia muhasabah diri, & ada kekuatan utk berubah.

Niatlah tutup auratmu kerana Allah, tutup lah dengan sempurna. InsyaAllah kau akan rasa kemanisan Iman & akan menyesal menyokong & bersekongkol dgn UMNO yg degil perlekehkan Islam, selama ni.

Awanama berkata...

umno kan pembela agama dan bangsa tapi pas sebar ajaran sesat (kata umno) ............ fikirlah sendiri

Awanama berkata...

pembela agama yg dibuatnya sendiri, bukan agama yg dibawa Rasullullah... kalau dah ahli2 partinya mendedahkan aurat dgn sewenang2nya pembela agama apa mcm ni. budak yg belajar ditadika pun dah diajar tentang dosa mendedahkan aurat. ada ulama' pulak ulama' bisu dan buta. tidak berani langsung utk bersuara atau tampil menjelaskan hukum ALLAH.

Awanama berkata...

oh....oh...oh....ketua wanita umno rupa2nya anak bengali gembala lembu,