25 Dis 2011

Kes Ust Nasha: Niatnya Baik, Tidak Berhasrat Sertai UMNO, Tapi...

Nasha: Tiada niat nak masuk Umno

PETALING: Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa bertegas dirinya tidak akan menyertai Umno sekaligus menafikan dakwaan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali bahawa dirinya terperangkap dalan agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Pendirian sama ini dibuat sehari selepas kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menganggap Mustafa sebagai pemimpin paling senior dalam PAS seolah-olah secara spontan memberi pandangan negatif dan mengandungi unsur niat jahat terhadapnya.

Nasharudin berkata, dakwaan Mustafa itu adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas, malah hasrat untuk menyertai Umno tidak pernah langsung diungkapkannya sepanjang menyertai PAS.

“Justeru, buat kesekian kalinya saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno.

“Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berharap penjelasannya memadai dalam mengukur kesetiaannya terhadap perjuangan PAS.

“Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan,” katanya. -FMT

Ulasan GB

Demikian jawapan Ustadz Nasharuddin terhadap kritikan ke atas dirinya.

Benar bahawa setiap amal itu bergantung kepada niatnya. tetapi "niat" saja tidak memadai jika amalan perbuatan dan tindakan kita tidak seiring dengan niat tersebut.

GB rasa Ustadz Nasha lebih maklum berkenaan hal tersebut.

Sewaktu peristiwa isra mikraj Rasulullah telah diperlihatkan tentang beberapa orang yang menerima balasannya di dalam neraka. Jibril memberitahu baginda bahawa "itulah keadaan orang-orang yang niatnya baik tapi amalnya jahat".

Niat Ust. Nasha baik, tiada terlintas untuk memasuki UMNO. Tetapi tidakan beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan di media pro-UMNO (kemudian dimanipulasikan) menimbulkan fitnah yang besar kepada jemaah itulah yang merosakkan.

Tak termasuk lagi dengan pertemuan yang mencurigakan dengan para blogger UMNO bersama-sama dengan Hassan Ali satu ketika. Ia bukan lagi satu rahsia. Itulah yang melahirkan fitnah untuk jemaah PAS.

Kali pertama GB berkesempatan untuk mengenali secara terus Ust Nasha ialah di satu pilihanraya kecil dimana GB berkesempatan bersama-samanya berjam-jam (Ust Nasha tidak mengenali dan menyedari bahawa yang mengatur dan menemaninya di sebuah bilik gerakan ketika itu ialah blogger kecil bernama GB).

Di dalam satu aktiviti yang diaturkan untuk kami iaitu pertemuan dengan penduduk kampung di sebuah restoran yang dihadiri sama oleh Datuk Mahfuz Omar, GB duduk bersebelahan dengan Ust Nasha.

Ketika itu ramai wartawan membuat liputan.

Dan diperlihatkanlah kepada GB bahawa rapport (hubungan) Ust Nasha dan para wartawan media pro-UMNO memang baik. Ia bukan satu kesalahan, malah ia boleh menjadi sesuatu yang baik jika kita dapat menggunakan kelebihan itu untuk sesuatu yang baik.

Kelemahan ketara yang GB lihat ialah Ust Nasha akan memberi responsnya kepada semua soalan wartawan, yang kemudian responsnya itu dilaporkan secara tidak betul di dalam akhbar keesokan harinya.

Dan itulah yang berlaku selama ini.

Jangan lupa bagaimana kenyataan-kenyataan Ust Nasha semasa muktamar diputarbelitkan oleh para wartawan (jika bukan para wartawan maka sang editornya) sehinggakan jemaah PAS bergolak sakan lantarannya ketika itu.

Sudah seringkali dinasihatkan oleh pemimpin tertinggi parti terutama oleh Mursyidul Am PAS sendiri, TG Nik Aziz supaya berhati-hati dengan corong mikrofon media pro-UMNO, tetapi masih kerap pemimpin PAS terjebak dan tertipu dengan keghairahan untuk mendapatkan publisiti.

Lain kali hubaya-hubaya.


8 ulasan:

Awanama berkata...

tulah, teringin sgt dgn UG...

kita tengok adakah dia ni nak berubah ke tak nnti, bukan boleh percaya sgt geng UG ni, dah termakan racun UG, pertimbangan jadi tak betul.

Aki44 berkata...

cakap tak serupa bikin.... itulah masalahnya.

samagreen berkata...

Niat yg baik tu tentunya berpaksi kpd Lillahitaala.... barulah ianya jadi ibadah.

Kalimah yg baik, umpama pokok yg baik, yg pangkal (akar tunjang)nya kuat, dan cabangnya teguh menjulang k langit!!

Boleh sdr kupaskan apakah niat dia yg 'baik' tu, kalo sdr 'nampak'?

Akar kita tak nampak, krana ia terletak dlm tanah. Perlu ada usaha utk mengali tanah tu utk lihat akarnya!!

Tapi di ujung akar ada lgi 'benda2' yg tak nampak dgn mata kasar spt mikoriza, bacillus etc. (mcm ghaib2 bunyinya).

Wallahualam

Yong berkata...

Mana kita tau niat dia baik ke atau tak baik? Niat tu mana boleh nampak. Kita nilai hasil dari perbuatan, bukan niat.

Misalnya, Yong niat nak pergi pasar. Kemudian Yong balik bawak keju, beras risoto, ikan salmon, dan lain2 makanan omputih, tentu orang tanya Yong pergi pasar mana ni?

Awanama berkata...

yong,

x da hasrat masuk umno tu kira baiklah yong macam gb cakap.

cuma niat yg baik saja x cukup sebab itu cuma syarat utk sesuatu amal itu diterima.

macam org nak pergi kl cuma ada steering tapi kereta x da.

jadi dok merapu jelah pegang steering ...

byk ajaran sesat pon gitu. sembahyang pakai niat saja.

hussin berkata...

niat dan tindakan mesti selari. saya setuju bila nasha kata dia tak ada niat sebesar zarrah pun nak masuk umno. perbincangan diaanatar kepimpinan pas dengan kepimpinan umno pun bukan kerana mereka nak masuk umno. isi pemimpin pas nak masuk umno tak timbul. kita kena faham dahulu perkasa asas.

sekiranay pada asalnya pertemuan berlaku kerana nak tolong paklah, kenapa ia berterusan sehingga ke era najib? justeru ia tidak ada kena mengena dengan pemimpin pas nak masuk umno. apa susah sangat nak masuk umno, sehingga terpaksa bertemu dalam gelap?

memang niat nak masuk umno tak ada dan tak relevan. tidak perlu masuk umno untuk mendapat tawaran jawatan di putrajaya. kalau masuk umno tawaran itu tak valid lagi. tawaran itu dibuat kepada kepimpinan pas dan bukan untuk yang mahu masuk umno. ini perkara asaa yang perlu difahami. mendedahkan rahsia parti kepada blogger umno juga tidak ada kena mengena dengan nak masuk umno. masuk umno, kemudian dedah, tak boleh? kenapa dedah sebagai kepimpinan pas? kerana ia ada 'harga' dan memberi keuntungan kepada umno. kepimpinan pas apa yang bodoh sangat sehingga inipun tak boleh selami" bagaimana pula dengan rakyat pas? masih khayal dengan candu wala'?

nasha tak perlulah berbelit2. begitu juga dengan hassan ali. kalian telah khianati pas dan 'damage has been done' to the party. and mind you, there are others who are in the same shoes as both of you. rakyat pas tak namap2 lagi? apakah kalian tidak pernah bertanya kenapa ustaz yahya osman kata "ulama pas pelawok (penipu). jangan digelar karat hijau dah la.

wallahu'alam

Awanama berkata...

Salam,klau shbt2 skalian masih ungkit berkenaan UG seolah2 shbt2 hilang wala' kpd Presiden PAS yang sbb Presiden yg sampaikannya seolah2 jg shbt2 tolak Kerajaan Berkebajikan yg disampaikan jg oleh Presiden..jgnlah jd pencacai kpd puak jemaah dalam jemaah.. org yg pandai menulis/mengkritik sbb dia xsibuk bekerja memenangkan Islam tetapi hanya melepas batuk di tangga serta melukut di tepi gantang menunggu habuan dunia semata2

hussin berkata...

anon 1:33pm,

"melepas batuk di tangga", "melukut di tepi gantang", "menunggu habuan dunia semata2"?

mana dahulu, ug atau negara berkebajikan (bukan kerajaan berkebajikan!)? negara berkebajikan tak mampu menghakiskan imej yang mencemari pas - ug! pertikaman lidah antara anak2 ali bukan bersebabkan negara berkebajikan. tak nampak? ia berkaitan 'pertemuan dalam gelap', kesinambungan 'kerajaan perpaduan'. ia langsung tiada kaitan dengan "kerajaan berkebajikan" yang dengannya sdr cuba tutupkan "ug"!

jangan sanggup menggelarkan diri/dijenamakan "karat hijau" lantaran ketaksuban sehingga kebenaran "ulama pas pelawok (penipu)" seperti yang dinyatakan oleh murrabi pas, ustaz yahya osman, diketepikan! setiap yang ber"karat" tidak berguna lagi.

wallahu'alam