25 Dis 2011

Tribulasi Berdakwah: Selepas JAIS, Pahang Pula Siasat Bob Lokman

Bob Lokman disiasat Jaip

KUANTAN – Bok Lokman, bekas pelakon, kini terkenal sebagai penceramah bebas dalam kalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.

Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.

Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.

Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.

Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu. -SH

12 ulasan:

Awanama berkata...

siapakah ketua agama negeri2 ini.?

Awanama berkata...

donia.. donia.. ceramah agama ... jadi kesalahan dan bakal dipenjara 6 bulan...

tapi khir toyo buat jenayah .. penjara cuma sebulan.. apa punya lawak negara Islam konon.

agama lain tiadapun melarang penganutnya berdkawah dikalangan mereka... tak dengarpun ada yang kena tangkap mengajar agama tanpa tauliah. malunya akuuuuu

Awanama berkata...

Ketua agama negeri itu adalah yg selalu bagi pingat kat artis artis....he hehe

afzz berkata...

Ya Allah, pelik nya kat Malaysia skrg ni. Sesama insan hendak berdakwah pun susah. pelbagai diskriminasi & tekanan diberi kpd mereka. TETAPI JIKA SEKUTU BN MAHUPON UMNO MELAKUKAN KEROSAKAN, KEMUNGKARAN TIADA PON SIAPA YG AMBIL PEDULI MAHUPON TINDAKAN... adakah adil seorang bapa mencuri duit RM20 untuk membeli susu anak mereka dipenjara 3 tahun TETAPI kuncu2 UMNO didapati bersalah rasuah berjuta2 ringgit HANYA 1 TAHUN DIPENJARA.. itu tidak termasuk lg dalam rayuan. Ntah2 kurang drpd setahun...

Awanama berkata...

kalau ceramah d masjid tp dalam ceramah mengajak orng sokong umno yg tu blh law

Awanama berkata...

Just curious - kenapa orang2 "tabligh" boleh bergerak bebas beri ceramah (bayan) tanpa tauliah?

sorry- saja nak nyakat...

AzMiR

Awanama berkata...

BOK LOKMAN dianggap sebagai penjenayah mencuri dan menyamun, inilah dunia ahir zaman negara dipimpin oleh gulungan munafikin sepertimana yg tercatat dalam quran mereka gulungang munafik menyeru kepada kejahatan dan melarang kepada melakukan kebaikan, sepatutnya jaip buat siasatan samaada beliau menyampaikan kuliah /cerama yg boleh menyesatkan dan merosakan akidah umat islam seperti mana pemimpin UMNO melarang umat islam dari bercakap tentang hukum hudud dalam masjid inilah fahaman songsang yg ditanam dalam akidah umat islam negara ini oleh UMNO supaya mereka terpesong dari ajaran islam yg sebenar oleh itu sesiapa yg berfahaman seperti itu maka ia telah terkeluar dari akidah ahlusunahwaljamaa'h wALLAHUA'LAM.

Awanama berkata...

Katakanlah untuk berdakwah agama Islam diberi kebebasan oleh pihak berkuasa. Maknanya sesiapa saja boleh berdawah jika dia mahu. Maka Ayah Pin atau pengikutnya berdakwah depan orang ramai di pasar malam. Akibat terpesona dengan dakwah yang disampaikan mereka, maka ada sebahagian yang terpikat dengan ajaran ini termasuk saudara anda sendiri. Ini satu contoh dan banyak lagi ajaran sesat yang lain.

Bagi saya ini lebih bahaya hasilnya akibat tidak dipantau ceramah.

Fikirkan secara jauh dan saya tidak bermaksud tidak suka kepada dakwah. Yang dibimbangi musuh Islam dan ajaran sesat akan menyusup masuk dalam masyarakat Islam untuk menyesatkan jika diberi kebebasan.

Sekadar memberi pandangan untuk dibincangkan.

Awanama berkata...

kena tgk dan dengar la dulu oi, kalu ceramah untuk menentang kemungkaran kalau dihalang...... esok-esok nak duduk mana oiiiiii. ada otak pikir la. Nape jabatan agama tak halang artis pompuan buat konsert, nape tak tangkap wanita kat pasar raya yang dedah aurat sampai nampak lurah punggung. Jawapannya kerana bidang kuasa majlis agama sangat terhad, dari sudut Islam sepatutnya kedudukan majlis agama adalah tertinggi. Siapakah yang membataskan bidang kuasa majlis agama ..... fikir2 lah. Jgn pikir dunia semata2 ... akhirat jua kekal abadi.

Awanama berkata...

hai bob, kalau cam tu baik nyanyi la tak kena serbu, memang susah dan banyak cabaran untuk berdakwah walau cam ne pun Allah telah janjikan ganjaran untuk orang yang menyeru ke arah kebaikan. Teruskan dakwah anda ....... hanya orang yang cintakan Islam suka pada dakwah.

Awanama berkata...

Anon 11.29 pm

Undang2 ni baik tetapi pelaksanaannya tu yang x baik. Dalam kes Bob Lokman ni, dia bagi tazkirah. Kena phm apa dia maksud tazkirah. Tazkirah maksudnya peringatan. Kalau dia nak memberi hukum atau fatwa, betul la kena tauliah. Orang tabligh tu ( kalau ustaz azhar, ajaran sesat ) x de plk tindakan. Orang buat ratu pondan kat salah satu hotel di Pahang ni, x de jgk tindakan. Kenapa mesti ada pendakwaan terpilih? Bila gereja dtg membantu orang islam sendiri misalnya, kita melenting. Pernah kita berfikir adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab muslim sejati iaitu amar makruf nahi munkar?

1 Malaysia berkata...

Negara Islam? Mana ada, NEGARA MELAYU ada le? RASUAH, LIWAT, KHALWAT, .... BERLAMBAK DALAM NEGARA MELAYU NI DAN YANG TERLIBAT SEMUANYA MELAYU. BILA NAK BAGI TAZKIRAH TENTANG AGAMA UNTUK MEMPERBETULKANNYA, DEPA TANGKAP, JANGAN TAK TANGKAP. MALAYSIA BOLEH. 1 MALAYSIA BOLEH.
LEPAS NI KITA AKAN LIHAT WUJUDNYA TANAH PERKUBURAN MELAYU KAT TANAH MELAYU SEBAB TANAH PERKUBURAN ISLAM AKAN DIHAPUSKAN.