25 Dis 2011

MB Selangor Bidas Noh Omar: Wang RM2.71 Bilion Milik Rakyat, Bukan Milik BN

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor kerana wang tersebut adalah milik wang rakyat yang membayar cukai.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.71 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di Selangor.

Justeru, menyebabkan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor memberikan reaksi dengan menggesa wang berkenaan disalurkan terus kepada kerajaan Selangor untuk membela kebajikan rakyat dan bukan untuk digunakan demi kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional.

"Ini adalah duit pembayar cukai dan bukan duit parti Barisan Nasional, wang RM2.71 bilion itu adalah untuk prasarana dan pembangunan infrastruktur dan saya rasa masalah terbesar dalam pentadbiran Barisan Nasional dia tidak boleh menjalankan projek dengan harga yang terbaik," kata Abdul Khalid yang ditemui TVSelangor selepas program Jom Shopping anjuran Dun Ijok di Pasaraya Econsave Alam Perdana di sini.

Menurut Menteri Besar, sewajarnya Kerajaan Persekutuan mengambil contoh pengurusan kewangan dan pelaksanaan projek kerajaan negeri yang menekankan konsep nilai wang atau 'value for money' untuk mengelakkan pembaziran wang rakyat.

"Seumpamanya sebagai contoh kerajaan negeri menjalankan program Jom Shopping, kita mengeluarkan kos untuk seorang peserta ialah RM100 yang mana terus diberikan kepada peserta tersebut, tetapi apabila Barisan Nasional membuat program, dia melalui perantara.

"Kalau projek itu sepatutnya sampai kepada pengguna ialah RM100, tetapi kos untuk pengoperasian, ia semakin bertambah antara RM50 sehingga RM100 lagi, jadi maknanya kos keseluruhannya ialah RM200. Maka pembayar cukai terpaksa membayar kos tambahan sebanyak RM100 lagi untuk kos pengurusan yang tidak diperlukan," tegas Abdul Khalid.

Abdul Khalid juga mempersoalkan pelaksanaan projek-projek penswastaan Kerajaan Persekutuan dengan kos yang terlalu tinggi sedangkan kesannya terhadap membela kebajikan rakyat dipersoalkan.

"Contohnya lagi, seperti projek untuk pemeliharaan lembu ataupun National Fidlot Corporation (NFC), untuk mendapatkan lembu pun kosnya adalah RM250 juta, ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak sensitif tentang penggunaan wang rakyat," katanya.

Beliau juga mempersoalkan pengendalian peruntukan wang rakyat untuk skim insentif peningkatan hasil padi dan subsidi padi kepada petani yang mana dipersoalkan golongan petani dan pesawah berhubung pengendaliannya yang didakwa tidak telus.

"Jadi Noh Omar kena tengok juga kos untuk mengendalikan subsidi padi, adakah kesemua peruntukan itu kembali kepada rakyat, itu pun kerajaan negeri akan menjalankan penyelidikan berhubung perkara tersebut," katanya. -tvsnews


4 ulasan:

Amuraria berkata...

BILA PENYAMUN CAKAP MACAM LEMBULAH TANPA GUNA AKAL !

Awanama berkata...

cube tgk beliau pergi melawat pasaraya rakyat..takde pon nk buat majlis beiyer2 bagai..tp klu UMNGOK..huishhh..musti ade polis escort la..itu laaa.ini laa..memcm..dasar UMNGOK akan binasa nnti..

Awanama berkata...

Dan secara tak langsung menaikkan harga barangan dan perkhidmatan seperti dialami rakyat sekarang.

Awanama berkata...

yang aku herannya, bila barang naik, orang yg ditemuramah dalam TV cakap, memang patut barang naik, .... memang bodoh la org cakap gitu. ada ke patut. Kita sebagai pengguna mana boleh setuju dengan kenaikan harga barang. Mungkin org ditemuramah tu hari tokey sayur kot.