3 Jun 2014

Isu Cadbury: Ramai Anggap Kenyataan Jamil Khir Mengelirukan & Tidak Boleh Diterima


Pengguna masih ragui Cadbury

Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pagi tadi mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi, namun beberapa pengguna Facebook masih lagi meragui status halal produk tersebut.

Mohamad Zairi Yaacob, 25, mempersoalkan sama ada sampel yang diambil terus dari kilang oleh Jakim itu merupakan dari stok sama yang sebelum ini dikatakan mengandungi DNA babi.

“Sampel di ambil dari kilang, adakah telah dirancang lawatan tersebut? Kemungkinan pengusaha sudah menukarkan kandungan coklat. Yang penting di pasaran, sebab itu yang dibeli oleh pengguna.

Lagi satu, coklat yang telah ditarik balik hari tu nak tahu juga statusnya. Adakah dilupuskan atau dikitar semula, atau dipasarkan di negara bukan Islam, atau tetap dipasarkan dalam negara tapi degan label nonhalal/tiada sebarang label?,” komen Mohamad Zairi.

Pegawai ekskutif komunikasi korporat Nurul Izwanie Hashim, 26, pula berkata dia masih meragui status halal produk Cadbury tersebut.

Masih meragukan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa pengguna laman sosial itu yang berfikiran berbeza.

Mohd Farwalis Bakri berkata “Tak salah makan babi kalau tak tahu,” manakala Mohd Fadzli Farid pula secara berjenaka berkata “Cadbury sedap, aku tak dapat nafikan,”.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh yang disahkan oleh Jakim.

“Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian,” Jamil Khir dipetik sebagai berkata dalam laman portal The Malaysian Insider.

Pada 23 Mei lalu, Kementerian Kesihatan mengesan DNA babi atau porsin dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015. -FMT


Pengguna Islam mahu prosedur penentuan produk halal diperhalusi

Beberapa pengguna Islam menggesa kerajaan mengatasi apa yang dilihat sebagai "kecelaruan" dalam penentuan status halal produk makanan susulan pengumuman dua produk coklat susu Cadbury, yang sebelum ini dilapor mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi, kini disahkan tiada bahan itu.

Mereka mahukan perkara itu diberi perhatian bagi mengelak kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam berhubung produk makanan.

Eksekutif swasta, Nurdzuladlina Masehat, 27, berkata perlu ada keseragaman dalam membuat ujian ke atas produk makanan bagi mengelak perbezaan keputusan yang hanya mengelirukan pengguna.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga perlu membuat pemantauan mengejut secara lebih kerap ke atas pengilang atau pengusaha yang mendapat sijil halal bagi memastikan piawaian halal itu sentiasa dipatuhi,"
katanya.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat susu Cadbury - Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) - disahkan tiada DNA babi.

Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan mengesan dua sampel coklat itu mengandungi DNA babi.

Jamil Khir berkata kedua-dua produk yang dianalisis itu adalah daripada kelompok yang sama dengan produk yang disahkan mengandungi DNA babi sebelum ini, tetapi sampel kali ini diambil terus dari kilang pengeluar produk itu di Shah Alam.

Peniaga, Siti Muzaimah Elias, 39, pula berpendapat kenyataan terbaharu mengenai coklat itu seolah-olah membayangkan status halal di negara ini diperkotak-katikkan.

"Sekejap ada, sekejap tiada (DNA babi). Macam mana tu? Apapun saya beranggapan coklat berkenaan sebagai makanan syubhah, maka saya sekeluarga tidak akan memakannya lagi di masa depan,"
katanya.

Pemilik pasar raya mini, Zaleha Kasim, 67, berkata pengumuman kerajaan mengenai coklat itu memberi kelegaan kepadanya, namun berharap Jakim perlu meyakinkan pengguna bahawa syarikat pengeluar produk itu benar-benar mematuhi standard halal yang ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata terpulang kepada pengguna Islam untuk membuat keputusan susulan pengumuman terbaharu mengenai coklat itu.

"Biarpun telah ada satu keputusan yang dibuat, terpulang kepada pengguna. Kalau masih ragu-ragu, tidak perlu makan," katanya.

Menurutnya perbezaan keputusan yang dibuat Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan juga menimbulkan keraguan sedangkan sampel diambil daripada produk keluaran yang sama.

"(Analisis) kena buat dengan teliti, ambil masa tidak apa asalkan pengguna ada satu keputusan jelas terhadap produk," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, PPIM berkata boikot pengguna ke atas produk keluaran Cadbury Confectionery Sdn Bhd diteruskan selagi Kementerian Kesihatan tidak menafikan kenyataannya sebelum ini yang mengesahkan kewujudan DNA babi dalam dua produk berkenaan.

Di Labuan, Pengarah Urusan Sky Park Sdn Bhd Datuk Francis Tee berkata jualan coklat berkenaan dikedai-kedainya sedikit terjejas berikutan pengumuman awal yang ia mengandungi DNA babi.

"Namun, kami percaya semuanya akan kembali seperti biasa susulan pengumuman terbaharu hari ini," katanya merujuk kepada kenyataan Jamil Khir.
-Bernama



Pengguna Islam mahu prosedur penentuan produk halal diperhalusi

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tetap akan meneruskan kempen boikot ke atas produk keluaran Cadbury Confectionery Sdn Bhd walau ujian Jabatan Kimia tidak menemui DNA babi.

Satu kenyataan PPIM menyebut, mereka meneruskan kempen tersebut kerana maklumat awal yang diperolehi berhubung kandungan DNA babi dalam produk berkenaan berpunca dari satu laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Keputusan ujian Jabatan Kimia itu diumumkan oleh menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Kami menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh Jakim. Walau bagaimanapin, kami berpendapat pihak yang perlu mengeluarkan kenyataan untuk menafikan wujudnya penemuan DNA porcine dalam produk Cadbury adalah KKM memandangkan tindakan kami bersama NGO lain adalah berdasarkan kenyataan rasmi KKM.

"Ditegaskan di sini bahawa tindakan boikot pengguna diambil berdasarkan kenyataan KKM semata-mata.

"Boikot pengguna diteruskan selagi KKM tidak menafikan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini di mana KKM telah mengesahkan DN porcine (dalam sampel produk terbabit)," kenyataan PPIM dipetik.

Kempen itu digerakkan oleh PPIM bersama Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) yang mengumumkan, 800 anggotanya akan menghentikan jualan produk keluaran syarikat induk pengeluar coklat berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Cadbury Confectionery berkata mereka menyambut pengumuman dari Jamil Khir hari ini dengan senang hati dan meyakinkan pengguna bahawa produk keluarannya halal.

"Kami masih belum menerima laporan rasmi dari Jakim namun kami gembira kerana Jakim mengumumkan bahawa ujian ke atas dua varian cokal itu tidak mengandundi DNA porcine.

"Kami ingin meyakinkan para pelanggan dan pengguna bahawa kesemua produk kami dilabel dengan teliti dan pengguna boleh menikmatinya dengan yakin.

"Proses pengeluaran mengikut garis panduan halal Jakim dan turut disijilkan," kata ketua hal ehwal korporatnya, Raja Zalina Raja Safran.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh ke percaya dengan menteri umno/bn ni? sebab mereka ni sudah banyak kali menipu rakyat.samada yang sudah pencen mahu pun yang belum pencen.

Tanpa Nama berkata...

Ahhhhh.. boikot tetap boikot.. tak mati pun kalo tak makan cadbury ni.. ptuih!!

Anti Fitnah berkata...

Status Haram atau Halal, hangpa ingat kerajaan kita betul-betul ambil pedulikah? Kerajaan Malaysia yang didalamnya majoriti adalah orang Islam, benarkah depa ni utamakan halal atau haramnya? Bagi Melayu, yang haram hanyalah BABI. Tahu kenapa Melayu begitu marah dengan BABI? Ini semata-mata kerana BABI tu makanan orang Cina. Depa minum arak, Depa berzina, ... (pi Danok, hang akan lihat sendiri) tapi kalau suruh makan BABI, depa akan kata HARAM. Inilah kelebihan Melayu.
Kadang-kadang terfikir juga benarkah coklat tu ada DNA babi? Coklat ini HARAM waktu PRK Teluk Intan tapi tiba-tiba jadi HALAL selepas PRK Teluk Intan. Hairan bin Ajaib.

Tanpa Nama berkata...

Menteri kangkung..mmg dh leh agak pe yg akn kluar dr mulut mereka. DNA babi dh brtukar jd DNA panda..australia kan tlg cr MH370 free of charge. Tak kan xmo kaver beb

A5th berkata...

Mkn babi harĂ m.. Makan rasuah x haram kata menteri..

Tanpa Nama berkata...

Sampel diambil di kedai/pasaraya, bukan di kilang. Itu pun tidak tahu. Bagaimana BN mahu memacu negara ke arah negara maju tahun 2020?

Zuhair Zinal A'bidin berkata...

Ingat wahai saudara. Kalau timbul di hati rasa was atau syubhah adalah haram bagi kita untuk menikmati, adakah saudara2 was-was? Kalau was-was jatuh hukum haram, oleh itu sebarkan

Tanpa Nama berkata...

JAMIL KHIR . kkkkkkkkkkk.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ragu tak payah makan. Kenapa tak kata kalau ragu JAKIM tak payah ada dan menteri tak payah ada.Biar rakyat tentukan halal dan haram.

Tanpa Nama berkata...

mana lebih besar dosa, makan babi atau mentedarah duit rakyat? rasuah jgn cakap la, merata, dah x dapat beza. riba pulak apa hukumnya? yang terbukti rembat duit rakyat berjuta masih bebas dalam kemewahan, rakyat masih bodoh dan diperbodohkan!

Tanpa Nama berkata...

kita pegang yg asal drpd kkm yg kata haram abes cerita tak makan cekelat itu tak umum balwa yg byk umum barua

Tanpa Nama berkata...

jom sedekahkan seberapa banyak cadburi kepada seluruh kelorge jemil dan jekim supaya mrk makan kasi abisss

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku babi tetap babi..banyak benda lain yg bolih di mkn..mana mungkin babi jadi ayam dlm sekelip mata..lawak tadika betul...

Tanpa Nama berkata...

Jika UMNO tidak boleh dipercayai boleh ke kita percaya pada menteri UMNO yg jaga JAKIM...

Ummi Naimie berkata...

Sekejap haram, sekejap halal...pelik dibuatnya.
Kita sebagai pengguna menjadi mangsa. Walau apa pun takkan kusentuh lagi produk ini...

Tanpa Nama berkata...

jakim takda kuasa nak paksa orang pi beli dan makan ceklet cadbury ni kan...tepulang pada diri masing-masing nak percaya atau tidak pada kenyataan tu..walaupun Pegawai Jakim sedia makan ceklet Cadbury tu,..ia tetap tak boleh nak paksa orang pi beli dan makan ,..kalau pegawai jakim tu makan itu adalah kehendak diri dia sendiri...duit masing-masing yang empunya terpulang lah pada diri masing-masing nak pi beli dan makan atau tidak.tapi kalau rasa was-was dan ragu lebih baik jangan makan ..bye-bye cad

Tanpa Nama berkata...

Jakim kata halal ??? Bila kala ko dah pi sertu kuali (mesin pembancuh) coklat tu.

Tanpa Nama berkata...

Sekejap haram sekejap halal...sijil Jakim sembrono kasi...Klu nak tahu Cadbury ni asal Britain, produk depa kat sana memang ada yg mengandungi porcine iaitu pengemulsi yg berasal dari khinzir. Ini biasa bagi produk makanan depa contoh biskut, kek, roti...klu depa tak guna vegetarian butter makna yg diguna adalah 'lard' iaitu lemak dari babi. Jadi jgn heran. Kat Malaysia je yg senang dpt sijil halal.. wlupun hakikatnya tak halal. Sy sekeluarga mmg berwaspada hal spt ini. Sama mcm kita jaga akan haramnya rasuah, judi, arak, zina, salahguna kuasa...yg kini sinonim dgn pemerintah umno.

Tanpa Nama berkata...

Makanan orang Islam tak leh jaga. Akidah org Islam tak leh jaga. Abih tu apa yang diaorang boleh jaga. Perut kut....

Tanpa Nama berkata...

Takyah nak pening mikir kandungan yg ada di dalam cokelat cadbury...jangan beli jangan makan, klu sblum ni mmg dah didapati ada dna babi takkan tiba tiba takda plak...maknanya sekejap ada sekejap takda...bikin was was baik jangan beli terus...tak luak apapun klu tak makan.

Tanpa Nama berkata...

Apa ni beb, sudah tak tahan kena complain terus cakap tiada DNA babi? Kalau tak tahan lu resign sahajalah dan berikan kpd orang muda pegang jawatan lu. I guarantee diaorang blh buat kerja lebih baik daripada lu.

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik haramkan saja produk cadbury. walaupun dua saja tak ada dna babi tapi yang lain tu sapa yang campurkan dna babi....cadbury jugakan. jadi kalau dah tau sykt yg sama jelas guna babi knp perlu JAKIM masih nak pertahankan?...
Kemungkinan satu masa nanti Kilang ARAK juga akn mohon status halal untuk keluarkan minuman tanpa alkohol....

Tanpa Nama berkata...

boikot tetap boikot.
Ayuh,luaskn kuasamu..

Tanpa Nama berkata...

Porcine atau porsin maksud bahan berasal drpd babi yg diguna dlm proses pembuatan sesuatu biasanya produk makanan. Bahan porsin berDNA babi ini sbg pengemulsi spya bahan minyak serta air jadi sebati. Bahagian babi yg biasa digunakan sbg pengemulsi adalah sumsum drpd tulang dan protein sel darah merah haiwan berkenaan. Selain itu lemak babi juga selalunya digunakan utk produk biskut dan kek. Ini biasa berlaku di negara-negara bukan Islam spt negara Eropah misalnya, tetapi pengeluar biasanya akan lebih telus mempamerkan kandungan bahan-bahan yg digunakan di bahagian belakang packaging, termasuklah jika produk tersebut ada menggunakan bahan-bahan drpd babi, atau kekacang. Kekacang krn ada pengguna yg allergik bahan kekacang, manakala kandungan porsin pula adalah bagi mereka yg tidak mengambil babi/babi haram menurut agama mereka iaitu orang Islam dan juga orang beragama Yahudi. Di Malaysia para pengeluar harus telus dgn isi kandungan sesuatu produk, manakala Jakim juga sepatutnya tidak mengeluarkan sijil Halal dgn begitu mudah tanpa betul meneliti kandungan bahan produk.

Tanpa Nama berkata...

Kalau puok puok Umno BN ni... mati idup balik pun aku dop caya..... Nyawa dlm MH370 pun puok ni dok peduli... Ni kan pulok setakat makanan.... ape sangat puok ni nak kesah...

Tanpa Nama berkata...

Sendiri mau ingat la..tepuk dada tya selera

Tanpa Nama berkata...

Species terakhir semuanya halal dgr del orh asal sama je ngan aku umah dan kerete je beza. Semua leh balun Tu yg babul Dan bebal Tu. Muka pun kena pakai bedak Baru nmpak beriman

Tanpa Nama berkata...

TAK ADA DNA BABI......
SENANG MUDAH CEPAT DAN PANTAS JAKIM DAN JAMIL KHIR BUAT PENGUMUMAN.

PERSOALAN:

Sampel cokelat itu di ambil dimana, jika TERUS DARI FAKTORI maka kebodohan yang nyata telah di lakukan oelh JAKIM. SUDAH PASTI PRODUK TIDAK LAGI MENGNADUNGI DNA. Pihak pengeluar sudah pasti membersiah buang bahan berjenaan dari pengeluaran.

SEPATUTNYA Sampel di ambil dari peruncit seluruh negara yang ada STOK LAMA terutama kedai diluar bandar..... Dan uji..

JIKA SAH TAK ADA MAKA bolehlah diterima dengan sedikit keraguan.

KEPADA JAKIM.... JADILAH PEGAWI DAN AGENSI YANG CERDIK, TELUS, IKHLAS DAN BERWIBAWA.
JANGAN AMBIL JALAN MUDAH

INI AQIDAH







Bannister Road berkata...

sekejap haram sekejap halal, ntah apa2laa punya statement ni, suruh menteri tu dan ostad2 dekat jakim tu makan cokelat cadbury tu bagi habis... yang mana yang ada dekat pasaran sekarang ni...

taikoi berkata...

aummmmmmm

Tanpa Nama berkata...

NGO jati dan zul ...tak komen apa-apakah..,senyap aje ..mana pi 2 orang ni ..

Tanpa Nama berkata...

Apa pun kerajaan sedia Ada pun haram sebab menipu penggudi

Tanpa Nama berkata...

Paling lama 3 bulan umat melayu malaysia berkata tentang isu coklat babi lepas itu senyap lah. Bagi umat melayu yg memiliki roh islam mereka tidak akan memakan lagi coklat babi tapi bagi umat melayu yang 50/50 dimakannya habis. Kalau arak pun minum,rasuah pun ambil,berzina aps mereka nak heran dengan coklat yg mengandungi DNA babi bukan seekur babi dalam coklat.Bagi yg beriman dan islam itu adalah agama yg dianuti lupakan sehaja untuk meniakmati coklat babi banyak lagi coklat lain kalau nak makan yg disahkan halal toyibbah oleh JAKIM DAN KKM.

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya bila Jakim tak buat kerja, umat Islam jadi mangsa. Bukan cadbury saja, produk lain yg kita tak tahu, contoh sos, mayonis? Pandai2lah kita menilai sendiri, klu ragu2 janganlah beli. Nak harapkan sepenuhnya pihak yg sepatutnya berwajib mereka pun tak buat kerja.