28 Dis 2011

Isu Salahguna Wang Zakat: Jamil Khir Terkedu Lalu Membisu?

Petaling jaya: Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini membangkitkan kes dwi-standard berhubung penyalahgunaan wang zakat.

Pertama, penyalahgunaan wang zakat sebanyak RM63,650 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua, kes Redzuan Mohd Said, bekas Imam di Kulaijaya, Johor, yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini. Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya.

Laporan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini, isu ini juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Katanya, Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.

“Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010. Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010,” kata Nik Nazmi.

Katanya lagi, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat. MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak RM700,000.


Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010, katanya.

“Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain?

“Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah Jawi?,” soal Nik Nazmi yang juga ahli dewan undangan negeri Seri Setia.

Tegas beliau, Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam di negara ini. -FMT

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menteri ugama Islam juga memiliki sifat orang munafik?

Tanpa Nama berkata...

Itu peguam mau claim juga ke?

Tanpa Nama berkata...

Penggunaan wang zakat sebagai biaya guaman untuk kepentingan diri sendiri,apa lagi sebagai menteri agama tidaklah terkecuali dari hukum hakam. Ianya tetap dikelasifikasikan sebagai tidak amanah dan adalah wajar didakwa.Tidak ada istimewanya jika seorang menteri agama yang tidak bercirikan khalifah sebenar dalam pentadbiran sesebuah institusi.Salah tetap salah walau pun pembelaan berlandaskan ciri-ciri politik.

Tanpa Nama berkata...

menteri wayang

Tanpa Nama berkata...

Pencuri wang zakat? eeeeeeee....nak sebut pun tak sanggup.
Habisla ko..sembahyang tonggang tonggik hapah tak dapat apa.

Putra IJ80 berkata...

simple kes sbgi contoh.

Saorg kakitangan Bank.,ada latihan bola pagi.

Dia mengambil wang RM200 pada kerani kaunter.,dgn menginggalkan buku saving ,yg.telah d tandatangai slip pengeluaran,.tetapi tidak ada balance yg.mencukupi (RM200)

pada hari tersebut,Gaji kakitangan Bank berkenaan pasti akan masuk apabila Bank memulakan operasi ia itu pukul 9pagi.

Malang nya pihak Audit datang sebelum pukul 9pagi dan pada pukul 9.03pagi minit pemereksaan Audit gaji staf berkenaan belum masuk.

Dan hanya masuk pada pukul 9.06pagi yg.sama.

Staf berkenaan di buang kerja.

Begitu lah Keadilan undang undang.

Tanpa Nama berkata...

patot la mangkok ni masok umno...
nak rembat macam geng dia jugak...
cisss...

Tanpa Nama berkata...

Dalam ceramah agama berdegar-degar memberi panduan supaya menjadi penganut Islam yang baik. Tapi diri sendiri melakukan sesuatu yang menimbulkan fitnah daripada orang ramai.

Tanpa Nama berkata...

Kalau sesiapa yang teringin nak menipu, rembat wang rakyat, jadi orang UMNO..! pasti tak kena tindakan apa-apa..!!

Tanpa Nama berkata...

kepada yg makan/menyeleweng duit zakat aku rasa korang bila pegi pasar, beli daging babi 2~3 kilo, pastu masak lemak cili api, pastu makan dgn nasik panas.. jgn lupa petai ngan sambal belacan.. sedap ooo

kir berkata...

Celaka la org makan duit zakat!!!
Amat celaka lagi org yg amat arif dan pemimpin negara!!

Tanpa Nama berkata...

Inilah penasihat agama kabinet Malaysia. Apa yang boleh diharapkan lagi. Beliau hilang kredibiliti sebagai orang agama dan sepatutnya berhenti bercakap bab agama.

Tanpa Nama berkata...

Allahyarham P.Ramlee sudah pun tunjukkan watak ni dalam filem 3 Abdul,Tuan Penasihat 10%.
Beranikah Ketua Polis Negara mahu pun Badan Pencegah Rasuah ambil tindakan? Jangan haraplah!!!Depa akan jawab: Tak ada yang buat laporan polis.

Tanpa Nama berkata...

Mulai tahun depan(2012) jangan lagi bayar zakat kepada Pusat Zakat negeri-negeri tadbir UMNO/BN.Zakat boleh dibayar dimana-mana.Lebih baik bayarkan kepada rumah-rumah anak yatim,rumah orang-orang tua atau mana-mana tahfiz,secara terus.