28 Dis 2011

Gerakan Mahasiswi Turut Kecam Tindakan LPF Mahu Lepas Tangan

LPF mahu lepas tangan

KUALA LUMPUR: Sinergi Gerakan Mahasiswi (Sigma) menyifatkan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tidak lagi menapis filem-filem yang disiarkan di Malaysia adalah keputusan yang tidak wajar dan bersikap lepas tangan.

Gambar: Pengerusi & Timbalan Pengerusi SIGMA

Melalui satu kenyataan media hari ini, pengerusi Sigma Rohayu Rusli mendesak agar LPF menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem yang akan berkuatkuasa tahun depan.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam minggu lalu berhubung dengan tiada lagi penapisan filem oleh LPF.

“Apatah lagi beliau (Mahmood Adam) juga menyebut bahawa segala urusan perfileman adalah di bawah tanggungjawab pengarah dan penerbit filem tersebut, termasuk masalah-masalah yang berbangkit di kemudian hari.

“Saya melihat tiada satu jaminan yang kukuh di peringkat Kementerian berhubung perkara ini dan mahasiswa sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat menilai filem-filem di Malaysia sekarang ini banyak berunsur negatif dan tidak membina,” tegas beliau.

Festa filem hantu, lucah

Menurut Rohayu, dalam tahun 2011 ini sahaja Malaysia seolah-olah meraikan festa filem hantu dan lucah kerana banyak cerita-cerita hantu dan lucah yang memenuhi pawagam sepanjang tahun.”

“Apabila melihat tujuan LPF, badan ini jelas ditubuhkan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia,” katanya.

Beliau menerangkan bahawa LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971) dengan tujuan untuk menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif.

“Dari sisi pandang masyarakat yang menilai, apabila sesebuah filem itu melalui LPF ianya sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.”

“Sigma juga meluahkan kebimbangan terhadap keputusan LPF dengan senario masyarakat kita yang mudah terpengaruh. Apatah lagi filem-filem tempatan dan barat banyak memberi pengaruh besar kepada perkembangan anggota masyarakat terutama golongan muda.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Sigma, Nur Syazwani Aziz berkata, beliau mendapati banyak pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan LPF, seperti Presiden Persatuan Pena Nasional, Saleeh Rahamat dan Presiden Persatuan Veteran RTM, Helan Adam.

“Keputusan LPF ini menimbulkan banyak kerisauan dan kami berharap LPF mengambil sikap bertanggungjawab dan tidak berlepas tangan,” katanya. -FMT

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





4 ulasan:

Amuraria berkata...

MERELAKAN JARUM HALUS YAHUDI DAN NASRANI MENULAR DALAM MASYARAKAT ISLAM,SIKAP YANG MENYERONOKKAN PIHAK ANTI-ISLAM !SYABAS LPF !

Tanpa Nama berkata...

diorang tapis ke, xtapis ke, sama je..mcm xwat keje..kalo bg ustaz azhar idrus tapis, mesti best an?hehehe

Tanpa Nama berkata...

Drama2/filem melayu kat tv mmg aku menyampah. Ok le juga ada rancangan dokumentari spr melihat negara lain, kejadian alam ciptaan Allah, tapi yg aku boring kalau pengacaranya wanita pakai seksi tak tutup aurat.

Tambah pula klu rancangan masakan pengacara rambutnya mengerbang, pakai low cut, tshirt ketat.
Terus tak de mood. Mentaliti zaman jahilliah.

Sekurang2nya klu national geog tu memang kafir, lagipun mostly lelaki.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin nak buat filem tak senonoh yang dikaitkan dgn Anwar Ibrahim. Sebab itu LPF tak tapis.