28 Dis 2011

Hassan Ali Minta Maaf Kepada TG Nik Aziz

Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran

BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat. -HD

Ulasan GB

Permohonan maaf hassan Ali kepada TG Nik Aziz adalah wajar justeru sebelum ini beliau telah mengheret nama TG Nik Aziz kononnya telah merestui tindakan beliau. Petikan:

Perjuangan saya turut mendapat respons positif Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Tantawi, mereka menyokong usaha saya meletakkan semula PAS di landasan awal,” katanya lagi. -TMI 20/12/2011


Namun selepas kenyataan itu dibuat, TG Nik Aziz telah menafikan memberi sokongan kepada Hassan Ali.

"Sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Datuk Dr Hasan Ali.

"Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Datuk Dr Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat.

"Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Datuk Dr Hasan Ali," kata kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu. -harakahdaily 22/12/2011


Ia adalah satu yang di luar akhlak Islam, bukan sahaja akhlak jamaah, untuk mengheret nama orang lain apatah lagi nama Mursyidul Am bagi menyokong "perjuangannya".

Dan perkara utama kini untuk disedari dan dijadikan iktibar ialah usah gunakan media arus perdana kerana disitulah punca berlakunya berbalahan.

Kerana itu telah berkali-kali diperingatkan supaya para pemimpin jangan terlalu cepat rasa teruja apabila didatangi wartawan media arus perdana - kerana - sudah diketahui bahawa nawaitu mereka bukan sekadar untuk mendapatkan kenyataan tetapi untuk mengketengahkan apa juga "kelainan" yang boleh dieksploitasi dan dimanipulasikan bagi memecah-belahkan jemaah.

Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa perlu banyak mengambil iktibar darinya dan tidak sepatutnya berulang lagi. Benar, bumi mana tak ditimpa hujan tetapi sekali lencong keujian, seumur hidup orang tidak percaya!

20 ulasan:

AliHasan berkata...

Majlis syura yang dihormati :
lepas perang ini ada lagi perang yang lebih besar, perang merebahkan UMNO.
Namun ingat, sebelum PAS rebahkan UMNO, Hasan Ali sekali akan memeningkan PAS.
sebelum UMNO direbahkan, Hasan Ali mesti dikeluarkan dari saf pimpinan yang hendak merebahkan UMNO.
bukan Hasan Ali yang cerdik namanya, apabila begitu mudah menelan balik muntahnya, apa yang dimuntah telah difikirkan sedalam-dalamnya, maka untuk menelan muntah sendiri kembali mestilah difikir sebaik mungkin.
jaga-jaga para ulamak bersetatus majlis syura, jangan pula digelar orang "ulamak dua kali disengat dalam lubang yang sama".
jadikanlah, Brahim Ali katak sebagai pengajaran yang menyayatkan hati.

Tanpa Nama berkata...

Selesai sudah satu isu. Sebenarnya bukan isu pun, cuma sudah terlalu diperbesar-besarkan oleh media, baik arus perdana dan alternatif.

Semua pihak perlu mengambil iktibar dari isu ini; khususnya bagaimana akhlak kita dalam gerakan Islam?

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan penyokong Hasan Ali, tetapi kenapa ada lagi yang hendak mempersoalkan isu ini?

Dia sudah meminta maaf, akan berintima', akan beristiqamah; selesai sudahlah.

Kata hendak berperang melawan musuh; mengapa perlu menambah musuh?

Apakah berita tentang Hasan Ali ini cuma sekadar persepsi, atau kebenaran?

Kalau ada isu dalaman sekalipun; bagaimanakah akhlak kita? Bukankah ada cara yang telah ditetapkan untuk menangani isu dalaman?Kenapa tiba-tiba kita hendak membuka pekung di dada, memudahkan musuh menyerang?

Isu ini semua adalah cubaan Allah semasa sudah hampir menang; bagaimana akhlak kita?

Kita berperang memerlukan sokongan semua pihak, sehingga kita mengambil jalan tahalluf siyasi dengan bukan Islam? Kenapa perlu meminggirkan orang Islam?

Tanpa Nama berkata...

anon 9:49

saya tgk awak yg x berakhlak. beriya-iya pertahankan hassan ali.

walaupun dah minta maaf, tapi dia minta maaf dgn nik aziz, sebab memang nyata buat salah dgn tuanguru nik aziz. dia tak minta maaf dengan PAS pun walaupun telah mengkhianati PAS.

yang boleh memaafkan hassan ali ialah PAS.

saya setuju dengan pandangan anon 9:41

"Selesai sudah satu isu. Sebenarnya bukan isu pun, cuma sudah terlalu diperbesar-besarkan oleh media, baik arus perdana dan alternatif.

Semua pihak perlu mengambil iktibar dari isu ini; khususnya bagaimana akhlak kita dalam gerakan Islam?"

Tanpa Nama berkata...

PAS TAK RUGI TANPA HASSAN ALI, NASRUDDIN TANTAWI ATAU NIK ABDUH!

Tanpa Nama berkata...

Saya masih lagi sketikal dgn HA ini melainkan sekiranya selepas ini disusuli dengan tindakan beliau yg tidak membelakangkan jemaah... barulah agaknya saya boleh menerima beliau sebagaimana semasa awal kemasukan beliau dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Letaklah Hassan Ali, Nasharuddin, Tuan Ibrahim, Nasruddin Tantawi, Nik Abduh atau mana-mana pemimpin UG di mana-mana kawasan pilihanraya, aku kata mereka akan kalah. Tak percaya sama-sama kita tengok nanti.

Tanpa Nama berkata...

saya tidak bersetuju Hassan Ali keluar PAS, kerana ramai orang umno dekat dengan pas melalui perwatakan seperti Hassan Ali. Ia ibarat timbal balik perangai timbalan menteri saifudin abdullah. Ramai penyokong PR suka perwatakan beliau. Fikir2lah...

Tanpa Nama berkata...

Begitulah apabila PAS menerima seorang yang ada nama, lalu menyanjungnya secara berlebihan.

Maka HA pun mendapat tempat yang baik dalam saf kepimpinan PAS. Lalu diketepikan ramai lagi pimpinan yang nyata setia dan kukuh perjuangannya.

Memberi maaf kepada HA wajar dan mesti dilakukan, tetapi mengekalkan HA dalam saf kepimpinan PAS dan juga negeri Selangor sebenarnya ibarat menyimpan duri dalam perjuangan.

Sedar diri setelah tiada pengikut (lihatlah sidang media syok sendiri), barulah terhegeh2 mahu mengemis maaf.

Pengajaran yang berharga buat ahli-ahli PAS.

AHA berkata...

UNTUK IMBASAN KEMBALI, HASSAN ALI TELAH MENGENCAM PAS DI MEDIA ARUS PERDANA YANG DITONTON OLEH SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT MALAYSIA. MAKA HASSAN ALI HENDAKLAH MEMINTA MAAF SECARA TERBUKA MELALUI MEDIA-MEDIA YANG DIA MUNCUL UNTUK MENGHENTAM PAS. BUKAN SETAKAT PERGI JUMPA TGNA. BARULAH PAS BOLEH MENERIMANYA KEMBALI

Waris berkata...

Cuma perlu berhati-hati dengan orang munafiq. Akhlak, akhlak juga. Strategi munafik jngan dipandang ringan. Aku pernah terbaca bahawa orang yahudi sanggup masuk Islam semata-mata nak menghancurkan Islam.

Belajar dari sejarah tentang UG yang sekejap tutup sekejap terbuka dengan sendiri. Walaupun bertaraf presiden skali pun ia tetap tak boleh dipercayai bila dah pernah buat hal.

Kuda Perang berkata...

Alhamdulillah...

Tidak salah keyakinan saya selama ini... Saya tersangat yakin kontroversi ini akan selesai dengan baik dan Dr. Hassan Ali tidak akan keluar daripada PAS.

Alhamdulillah akhirnya keyakinan saya ini BETUL...

Ya Allah bantulah kami berjuang di jalanMU... amin.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

saya ni Anon-Anon 9:49 dan 9:41.

Saya ini sememangnya bukan penyokong Hasan Ali, ceramah dia, bengkel dia dsb memang tak pernah kenal, cuma kenal dari media.

Hasan Ali ini bukan siapa, saudara saya dalam jemaah, saya pula memang sayangkan jemaah dan saudara sejemaah.

kalau dia terkhilaf, tegur senyap-senyap, jangan buka pekung dia.

Sekrang dia sudah minta maaf, bukan sekadar kepada Mursyidul Am, TGNA, tapi dalam majlis yang sama, dianjurkan pula oleh Pusat, ada Tuan Presiden, ada juga Dr Haron Din.

Maknanya dia sudah minta maaf kepada jemaah semua. Kalau pimpinan tertinggi sudah terima, kenapa kita di bawah ini hendak mempertikaikan?

Di mana akhlak kita?

Tanpa Nama berkata...

anon 2:38

dalam majlis tahkim, golongan munafik bukan saja minta maaf, siap junjung Al-Quran lagi. rupa-rupanya nak menipu khalifah ketika itu.

Rasulullah saw pernah bersabda yang mafhumnya bahawa jangan sampai umatnya terjerlus ke lubang biawak dua kali.

ini dah berkali-kali.

Tanpa Nama berkata...

Berhati-hati apabila di 'provoke' oleh wartawan arus perdana dan ditanya soalan perangkap.

Tanpa Nama berkata...

Siapakah anda (Anon) untuk mengetahui isi hati manusia?
Bahkan Allah jualah yang Maha mengetahui isi hati manusia.
Maka hendaklah kita sentiasa bersangka baik sesama Muslim.

Tentang Majlis Tahkim, adakah riwayat yang disebutkan Anon itu bersumberkan dari riwayat Tabari yang diriwayatkan oleh Abu Mikhnah? Sedangkan Abu Mikhnah itu seorang yang tidak dipercayai riwayatnya.

Semaklah semula Tarikh Kabir dan Tarikh Damsyiq yang diriwayatkan oleh Ibnu Arabi, betapa Abu Musa Al- Asyari menyebut:
"Aku lihat perkara ini (pertelingkahan) berlaku antara kaum yang telah diredai Rasulullah s.a.w ketika baginda wafat."

Peristiwa Tahkim ini berakhir dengan tiada keputusan muktamad kecuali Saidina Ali r.a terus kekal sebagai Khalifah dan Saidina Muawiyah r.a terus kekal sebagai Gabenor Syam.

Sedangkan perselisihan Muawiyah hanyalah kerana beliau menuntut Qisas atas asbab beliau adalah wali kepada Uthman.
Sedang Saidina Ali berijtihad bahawa menjaga keamanan negara lebih utama daripada hukuman Qisas pada ketika itu. Wallahu 'Alam.

az berkata...

Baguslah dia minta maaf, namun dia dan nasaruddin telah membuat kesilapan yg tidak sepatutnya dibuat oleh pemimpin yg disegani namun begitu mudah diperkudakan media musuh. sukar nak percaya, mereka perlu tunjukkan komitmen dlm perjuangan sebelum diberi kepercayaan kembali. Perjuangan islam bukanlah untuk jawatan!!!!

Tanpa Nama berkata...

Penyokong Hassan Ali macam lembu NFC.

Sekarang Hassan Ali nafi ke Kelantan minta maaf. Baca sini

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana dengan khalayak yang telah 'menghadam' tohmahan anda melalui aksi mesra media anda itu...? Bagaimana anda nak betulkan fahaman mereka.

Terlajak perahu boleh undur, terlajak bicara neraka padahnya.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah .... baru mengelecek, mengelecong pulok