29 Dis 2011

Hassan Ali Nafi Ke Kelantan Mohon Maaf

Hasan Ali: Harakahdaily seleweng fakta

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin.

Sebaliknya, menurut bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, tujuan dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.

“Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

“Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Laporan Harakahdaily semalam menyebut Hasan Ali dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.

Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut.

Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, “sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia.”

“Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan,” katanya.

Malah, beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.

Sementara itu, menurut Hasan, majlis mahabbah tersebut berlangsung dengan penuh kemesraan, keakraban dan keikhlasan dan antara perkara yang disentuh termasuklah halatuju parti, persediaan PRU 13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti.

“Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya,” kata Hasan lagi.

Sehubungan itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadapnya dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam di negara ini. -TMI

Hasan denies report

BACHOK: PAS rebel Datuk Dr Hasan Ali has denied that he was in Kota Baru to apologise to PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat over his remarks against the party hours after the Harakahdaily claimed he had done so.

Former Selangor PAS Commis­sioner Hasan pointed out that he had already retracted his comments regarding the welfare state issue during a press conference at his residence on Dec 24 and had apologised to the party leaders at the same time.

In a statement last night, he said he was disappointed with Harakahdaily which had been reminded many times not to twist facts which could create confusion and disunity.

He clarified that he had been invited to attend a gathering involving former PAS deputy president Nasharudin Mat Isa along with PAS deputy spiritual leader Datuk Dr Haron Din and Nik Aziz at the Mentri Besar’s home at JKR 10 Kota Baru.

“The gathering went smoothly and it was pleasant and sincere.

“Among the things touched upon during the gathering were the party’s direction, preparation for the 13th general election and Harakah’s path as the party’s official voice,” said Hasan.

He pointed out that they had given their views on how to strengthen the party’s development and the rakyat’s support.

Hasan also stated that he was moved by the recognition shown by the leadership in his mission to elevate Islam in the country.

Harakahdaily had quoted Nik Aziz as saying that Hasan had withdrawn all his statements criticising the party after a meeting with the party’s top leaders in Kota Baru on Tuesday night.

Both Hasan and Nasharudin have been embroiled in a war of words with party colleagues for questioning the party’s direction under the new crop of non-ulama leaders.

Hasan also drew flak for pushing for a revival of unity talks between PAS and arch-rival Umno.

The spat got to a point where some top leaders told him that he was free to leave the party to join the other side. -thestar


Ulasan GB

Apa hal dengan "Hassan Putu Mayong" (gelaran ini adalah ungkapan Hassan Ali sendiri sewaktu menafikan adanya Hassan Ali yang menemui pemimpin UMNO) tiba-tiba menafikan sesuatu berita yang TG Nik Aziz sendiri telah sampaikan dan sahkannya?

Ini jelas menunjukkan Hassan Ali ini seorang yang angkuh dan tidak boleh dipercayai apatah lagi yang pertama menyiarkan berita itu ialah akhbar TheStar.

Benar-benar sebijik perangai UMNO dibawanya ke dalam PAS. Sama fe'el dengan rakan-rakan UGnya yang lain. Sungguh bertambah kecewa dan meluat ahli-ahli PAS dengan mereka selepas ini.

Itu sebab mengapa ada pihak menamakan UG sebagai "binatang".

18 ulasan:

Waris berkata...

Pulak dah... puak-puak munafik ni mmg tak boleh dipercayai. Puak-puak hardcore dlm pas yg serupa lembu dlm umno harus sedar. Sebelum anda semua nak jaga akhlak, anda perlu jaga akal dulu.

Akhlak yg baik tapi bodoh, maka anda semua tetap akan diperbodohkan selamanya mcm umno perbodohkan rakyat.

Melayu lembu umno diperbodohkan utusan, melayu lembu pas diperbodohkan harakah. Akhirnya kedua-dua puak sama bodoh. Akhlak baik tapi akal tak dak.

Tanpa Nama berkata...

hahaha... gua malu sama itu olang-olang PAS. wei! tarak malukah olang PAS macam ini.

Tanpa Nama berkata...

dia ni... asyik nak cari pasal aja.. udah lah, dah pun TGNA kata dia pergi rmh di JKR 10 tu, tak kiralah pergi pasal mahabbah ke apa ke, tapi yg penting... hsssan ali mintak maaf.

itu yg semua org pas nak tau mula2 sekali, hal mahabbah tu eloklah, mungkin pas pusat atur dialog ke apa (term mahabbah saya tak tau) supaya 2 dalam 1, dah pergi jauh2 dr KL, eloklah selesai 2 benda sekali, kan ke cerdik cam tu. itu andaian saya ajalah...

x paham dia ni manusia yg bernama hassan ali ni, tak habis2 nak cari pasal, sbb pada kami hal harakah salah lapor ke harakah tak bagi liputan ke.. tu hal no 2, tapi hal yg jauuuuuuh lebih utama dan mendesak ialah KENAPA DIA KONDEM PAS DGN CELUPARNYA DAN RASA DIA LEBIH BAIK DRP ORG2 PAS YG LAIN yang telah terbukti jauh lebih berjasa kpd parti. kalau nak dok dlm pas, ikut resam pas.

Tanpa Nama berkata...

Tak ada acuan jadi orang Pas lebih kpd sifat UMNO yang bongkak dan angkuh !

AliHasan berkata...

KAH KAH KAH!
Broker utama yang menjadi balaci kepada Hasan Ali untuk mengadap TGNA sepatutnya malu, kerana Hasan Ali bukan sahaja memperbodohkan mereka, bahkan dengan sengaja menghina TGNA.
Sekali lagi Hasan Ali dengan angguh mengunakan media UMNO untuk menghina TGNA. Seolah-olah Hasan Ali berkata kepada TGNA, "siapa kau untuk aku minta maaf".
Inilah tolol dan bangangnya pimpinan PAS, manusia bernama Hasan Ali, Nasaruddin Mat Isa dan Harun Din sudah lama nak tinggalkan PAS, hanya menunggu masa yang sesuai, masih belum faham-faham lagi.

EzPayment2U berkata...

hmm... agaknya kita ni memang betul2 dah nak kiamat agaknya...

fakta kebenaran mmg mudah diputarbelit tak kira lah oleh siapa pun...

fitnah ni dari Dajjal... agaknya Dajjal memang dah sampai masa sangat2 nak menjelma tu...

beringatlah wahai saudara2 seIslam...

Tanpa Nama berkata...

Tiada peluang kedua lepas nie ....

Tanpa Nama berkata...

islam vs undi... kita tunggu siapa yang kena...

Tanpa Nama berkata...

“Sebenarnya saya DIJEMPUT untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

"dijemput" tu dah meletakkan diri dia ni di satu tahap yang lebih superior drpd nama-nama lain yg ada dalam ayat tu. Mempunyai 'self-regard' yg positif memang baik; tetapi kalau berlebihan...itulah perangai yg dimiliki (perangai hassan ali).

manmansur berkata...

Minta maaflah...HA ni dah jelas bukan jenis kaki PAS. Semata-mata jenis cari makan, cari pangkat, cari glamour saja.

Bila kedudukan dalam PAS makin tiada tempat, mulalah merasakan dirinya hebat (macam ini ke pakar motivasi memotivasikan diri sendiri), merasakan dialah pakar PAS dalam segala hal.

Sekarang natijahnya apabila membiarkan HA ni...sekarang TGNA pun di pandang sebelah mata saja...TGHA dan geng UG- belalah dan belailah HA yang sorang ni...Simpanlah rahsia pertemuan kalian.

Sekarang ALllah sudah menunjukkan duri-duri dalam kalangan pimpinan PAS...Ingatlah jangan kecewakan akar umbi yang menjadi ahli PAS tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan. Malahan lebih lama lagi jadi ahli daripada HA.

Eloklah bela HA ni sampai PRU13...lepas tu pakat2lah melopong melihat HA menghunus keris UMNO dan menikam PAS dalam rumah PAS sendiri...

Nak simpan lagi ka HA ni...hambat sajalah biar dia menyalak tepi pagar lebih baik daripada dalam PAS. Bosan2 dengar salakan HA boleh juga baling batu...

Tanpa Nama berkata...

Harap sgt supaya pimpinan PAS tidak lagi mengambil Hasan Ali dan Ustaz Nasa sbg calon pada PRU akan dtg...

hairan berkata...

something 'wrong' dengan abg hassan kita nih... bila baca kenyataan TGNA aku respect gak abg hassan nih... tapi bila tiba2 dia menafikannya... wowwwwww sasah manusia yang bernama abg hassan nih mmg jenis ego tinggi, tak nak kalah dan tak nak mengaku kalah. Sikapnya saling tak tumpah dengan sedara tiri dia dalam umno. Sebiji mcm sharizat al-lembu... mana dia nak mengaku salah!!

sebiji... sebiji...

memang patut abg hassan kita nih diumno kan.

matantiug berkata...

Satu pengajaran kepada pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli PAS.Inilah tahap pemikiran dan kesombongan puak UG.Yang TGNA "jemput" keJKR 10 tu semua panglima-panglima UG dalam PAS.Lihat apa sudah jadi? Hassan Ali masih menggunakan media-media citak UMNO untuk membuat kenyataan.Bak kata Inggeris: "they have a field-day".Puak UG ni sudah tak boleh dimaafkan lagi,mereka wajar diusir keluar dari PAS.Sudah tidak ada pilihan lagi.

Tanpa Nama berkata...

cepatlah...cepat!!!! Bila lagi mau kluar!!! ...................

Dah awal-awal bagi tau HA dijangka telah memerangkap sejumlah pemimpin. PRU hampir tiba, inilah masanya. Hanya tunggu masa bila dia nak berakkan PAS secukup-cukupnya.

Tanpa Nama berkata...

tu la bang hasan oii jgan cakap ikut sedap aja memang la bang hasan ni seprti kadok naik junjung orang bodoh tak blh ckp sprti org pandai org pandai blh cakap seperti org bodoh lu pikir la sendiri

Tanpa Nama berkata...

kelu lidah aku baca penafian hasan antu ni, aku ingat dah betul2 insaf rupa2nya biawak lidah bercabang.wei hasan antu kau tak ada otak ke? takkan tgna pun nak kau tipu, ini dah lebih ni....kau balik rumah hantukkan kepala kat tiang 13 kali kalau sakit tu makna soheh kau nak masuk umporno kalau tak sakit mungkin kau boleh "stay" dengan pas,tapi aku cadangkan kalau tiada 100000000000000000000000 kali lebih baik....

Tanpa Nama berkata...

sayang,hasan ali memilih untok jadi kupang tembaga dalam PAS kemungkinan beliau bercadang untok jadi dinar emas bersama UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya Hassan Ali dah tak selesa lagi dengan PAS. Kalau dia cerdik sudah tentu dia akan segera keluar daripada jemaah PAS. Masalah akan selesai. Kalau PAS tendangnya keluar pun rasanya tiada masalah besar kerana dia bukannya golongan ulama. Dia hanya pandai bercakap tentang motivasi.