29 Dis 2011

Tindakan Hassan Ali Sudah Keterlaluan, Harakahdaily Pertahan Berita

Harakahdaily pertahan berita, ini transkripnya

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa.

Berikut adalah asas kepada berita berkenaan.

Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember.

Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.

Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.

Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?

Terimalah.

Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru?

JKR 10

Wartawan: Ustaz Nasha...

Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai.

Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.

Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru?

Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah.

Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini?

Ada peluang apa lagi lah...baik.

KLIK UNTUK VIDEO SIDANG MEDIA INI



Ulasan GB

Tindakan Hassan Ali menafikan dan menuduh harakahdaily memutarbelitkan berita yang tersiar sebelum ini yang memetik kenyataan TG Nik Aziz adalah umpama beliau meludahi muka Mursyidul Am tersebut.

Dan semuga episod ini juga membuka mata para wartawan harakahdaily seluas-luasnya, yang sebelum ini dikatakan orang sebagai mesra-UG.

GB tidak menuduh tetapi kebenaran telah tersingkap satu demi satu.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




11 ulasan:

Yong berkata...

Antara makna sociopathy ialah:

Pathological Lying
Has no problem lying coolly and easily and it is almost impossible for them to be truthful on a consistent basis. Can create, and get caught up in, a complex belief about their own powers and abilities. Extremely convincing and even able to pass lie detector tests.

Lack of Remorse, Shame or Guilt
A deep seated rage, which is split off and repressed, is at their core. Does not see others around them as people, but only as targets and opportunities. Instead of friends, they have victims and accomplices who end up as victims. The end always justifies the means and they let nothing stand in their way.

Saper agaknya yang ader pragei roper itu erk? Komer terjemah le sendiri ye.

Awanama berkata...

TGHA... cepat mintak maaf dan lepaskahn jawatan presiden dengan segera!!!

hussin berkata...

siapa yang kencing dan siapa yang dikencing?

sekarang dah berubah jadi harakah daily lawan hassan.

siapa jemput hassan ke jkr 10? mana mustafa ali? kenapa presiden yang turut hadir membisu seribu bahasa? ini pasti ada kaitan dengan skrip yang sudah tersedia hanya perlu dipatuhi.

tgna telah dikepung oleh ug. bermula di rumah sendiri selepas 'penasihat sesat' berjaya dinyahkan dan diganti dengan 'orang' mustafa ali. tekanan terhadap tgna terserlah lagi apabila didesak supaya menamakan pengganti mb!

walaupun majoriti rakyat pas tidak bersetuju dengan ug, tetapi saf kepimpinan parti telah berjaya dipenuhi oleh 'penjilat' atas pelbagai alasan - tawaran jawatan (sudah pasti dengan imbuhan), kepentingan keluarga (adik ipar, suami) sehingga yang tidak ada apa jawatan dalam parti pun menulis dalam blog "pecat exco itu"!

tgna merupakan penentang utama ug. maka perlulah dineutralisekan tgna. dengan episod ini, nampaknya ug telah berjaya menuutralisasikan tgna.

sehingga tgna boleh berkata bahawa pihak musuh tidak boleh jadikan isu lagi dengan "permintaan maaf" hassan ali. tgna tak nampak bahawa klip video serangan hassan ali terhadap pas dan pakatan rakyat sudah banyak terkumpul untuk dijadikan peluru bagi menyerang pas semasa kempen pru melalui media letronik mereka. manakala pas pula akan habis membuang masa untuk menangkis serangan musuh melalui media letronik pas - ceramah sepadang atau ceramah secawan, kempen rumah ke rumah oleh muslimat berhadapan dengan makian dan halauan, rayuan undi - sedangkan otak pengundi melayu sudah diisi dengan kata nista hassan ali terhadap pas!

selamat merempuh badai kerana setiap perjuangan mesti ada mehnah dan kerenah, begitulah sejarah. ini selalu kita kedengaran sebagai kata2 semangat dari pemimpin. rakyat pas pun bertungkuslumus berkorban semua - wang, keringat dan masa - untuk memenangkan pas. apabila sudah menang ini pula akibatnya - mehnah dan kerenah siapa?

wallahu'alam

Awanama berkata...

Salam
Teman dah kabo. Wak Hassan ni tak bolih pakai. Selagi tak di sepak keluar dari PAS selagi itulah wak Hassan ni buat masalah. Wak Hassan ni memang seorang yang SOMBONG, BONGKAK DAN EGO. Teman tak tipu. Dia rasa dia hebat, tapi percayalah dia habuk pun tarak. Wak Hassan ni Cakap tak serupa bikin dan bila cakap tak bikin-bikin.

Awanama berkata...

Dia seorang 'sleeper agent' yang berjaya menyusup ke dalam PAS. Masihkah kau ingat kisah Kolonel Mat? Yang tidak pernah dibincang ialah Lt Kol Hassan.

Awanama berkata...

sebagai penyokong PAS tegar,apa yang diketahui HASAN ALI hanya memakai baju PAS dan dalam dirinya adalah proksi (BARUA)UMNO, lakonanya, hipokritnya hanya tunggu pemecatan keAhlian PAS sahaja, barulah dirinya dirasakan begitu harga MAHAL untuk dibeli oleh UMNOBN, jika pemimpin pAS mudah latah, maka HASAN ALI akan meratah.
Hasan ALI masih menggangap dirinya bijak dan boleh kencing sesiapa saja.

Awanama berkata...

TGNA "menjemput" Hassan Ali dan panglima-panglima UG lain - Hadi Awang,Nasaruddin Mat Isa,Harun Din keJKR 10 untuk berbincang.Munkin dalam pada berbincang tu,Hassan Ali sadar akan kesilapannya,lalu minta maaf.Inilah sepatutnya cara Harakah Daily menulis,bukan Hassan Ali pergi keKota Baharu untuk minta maaf.Ini permainan Stopa Ali untuk terus "menghentam" Hassan Ali.Sekarang sudah jadi perang peribadi antara Hassan Ali dengan Stopa Ali,TGNA yang terkapai-kapai ditengah.Dah lama dah ramai ahli-ahli PAS mahukan Stopa Ali meninggalkan jawatan Pengerusi Lembaga Harakah sehingga telah dibincangkan dalam beberapa Muktamar yang lalu tapi Hadi Awang tetap berkeras hati masih inginkan Stopa Ali.Bayangkan dari jualan 400,000 naskah sudah jatuh kepada 9,000 naskah sebab ramai sudah tak mau membaca Harakah selagi Stopa Ali ada disitu.Pada satu peristiwa dulu kenyataan TGNA pun tidak diberi tempat yang wajar oleh Harakah atas arahan Stopa Ali.Harakah mahu pun Harakah Daily sudah tidak lagi menjadi "Lidah Resmi PAS" tapi sudah jadi milik peribadi Stopa Ali.

Waris berkata...

Kah kah kah... penyokong pas nak jaga akhlak punya pasal sanggup kena kencing hidup-hidupdengan hasan ali. Tak tau apa jadi dengan pas setelah TGNA tak ada lagi di dunia ni.

Nak harap tuan presiden? Rasanya pas akan balik semula ke zaman gelap. Jadi ustaz je lah tadbir masjid. Tak mampu nak tadbir negeri atau negara.

Awanama berkata...

Assalamulaiakum tak ah dipanjangkan perbalahan ini sudah la tutup je cerita tu. Yang menjadi masaaalahnya puak amno sedang mentertawakan Pas kerana mula melatah ini lah yang diinginkan oleh mereka ....sedar lah kit a nak berjuang nak tumbangkan mereka kita layan benda2 gini wat apa??...Fokas pada pru 13 kan lebih baik.

Awanama berkata...

anon 11;15

bagaimana utk fokus pru jika ada orang seperti kamu yang lalai dgn musuh dalam selimut?

matantiug berkata...

Anon 11.15,

PAS sudah hampir 4 tahun hilang fokus tentang PRU akibat isu UG ni.Sejak Mat Sabu menyandang jawatan Tim.Presiden,nampaknya parti dah mula nak fokus kepada kerja-kerja PRU malangnya dah "buka pulak isu baru" yang juga membabitkan geng UG.Setuju dengan Anon 12.00pm,selagi puak UG ni ada dalam PAS,mereka merupakan musuh dalam selimut atau dulu disebut "anai-anai".Puak UG ni bertindak ikut arahan UMNO itu sebab Hassan Ali dapat pembelaan dari akhbar-akhbar UMNO.