28 Nov 2011

UMNO Lebih Rela Bergelumang Dengan Najis Lembu Daripada Buang Shahrizat

Shahrizat tenang berdepan isu projek lembu

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diheret dalam isu salah guna dana projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Nasional (PFN), yang dikendalikan suami dan anaknya, akan tetap bersama perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno.

Sambil menganggap isu berkenaan yang tercetus susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai asam garam dalam kehidupan ahli politik, Ketua Wanita Umno itu, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ia tidak mengganggu kepemimpinannya dalam pergerakan itu.

Datuk Seri Shahrizat berkata, kurangnya penampilannya di majlis atau media adalah kerana bercuti dan kebetulan cuti tahunannya diluluskan awal dan ketika isu PFN timbul.

'Program Wanita Umno tidak tergugat, semua berjalan lancar mengikut perancangan. Seminggu lalu saya menunaikan umrah.

'Pagi tadi (kelmarin) saya bersama ribuan ahli dan pemimpin Wanita Umno di Pahang dalam program dihadiri Sultan Ahmad Shah.

'Saya akan bersama perwakilan minggu depan dan kita akan bersidang sepanjang tempoh itu,' katanya ketika dihubungi Berita Minggu Malaysia (BMM) kelmarin.

Mengenai kemungkinan pembangkang menggunakan isu PFN untuk memecahbelahkan Wanita Umno, beliau berkata, sudah tentu pembangkang akan melakukan pelbagai taktik dan cubaan untuk melemah serta memusnahkan pergerakan itu.

Namun, Wanita Umno akan terus memberi perhatian sepenuhnya kepada tugas diamanahkan, kata-nya.

Mengenai tambahan kerusi kepada Wanita Umno pada pilihan raya umum nanti, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi bagi menentukannya kerana percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, peka dan prihatin dengan sumbangan sayap itu kepada parti dan negara.

Perhimpunan Agung Umno 2011 selama lima hari itu dilihat banyak pihak sebagai yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sementara itu, menjelang perhimpunan itu, Datuk Seri Najib, dalam wawancara khas dengan agensi berita Bernama di sini, kelmarin, menggesa ahli Umno mengutamakan parti melebihi kepentingan diri.

Datuk Seri Najib juga menafikan dakwaan bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan kepentingan Melayu sehingga menyebabkan kaum itu berasa terpinggir kerana sejak dulu hingga kini agenda berkenaan terus diperjuangkan parti itu.

'Itu tidak benar. Walaupun kita dengan slogan 1Malaysia tetapi kita tidak pernah kata agenda Bumiputera itu kita sudah tiadakan. Malah ia masih lagi menjadi agenda utama (Umno) dan sebahagian agenda nasional kita.

'Apa yang kita lakukan terhadap kaum lain ialah untuk melakukan apa yang perlu bagi menunjukkan kerajaan kita adil dan berdiri atas tunggak keadilan sosial,' katanya. -BH

NFC: Wanita PKR ulangi gesaan Shahrizat lepas jawatan

PULAI, 25 Nov ― Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini mengulangi gesaan agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ekoran pendedahan isu projek ternakan lembu Pusat Fidlot Nasinal (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Jelas Zuraida , cabaran itu dibuat berdasarkan tindakan menteri itu yang dilihat gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan dan memperjuangkan institusi wanita di negara ini secara berkesan.

“Kontroversi NFC ini telah mencalarkan imej beliau sebagai menteri dan juga imej wanita di negara ini,” katanya dalam ucapan dasar pada Kongres Wanita PKR di sini.

“Wanita PKR dengan ini mencabar Datuk Seri Shahrizat untuk meletak jawatan kerana beliau tidak lagi dapat menjalankan tugas dengan sempurna, dan tindakan itu perlu bagi memelihara maruah wanita,” tegasnya.

Jelasnya lagi, tindakan Ketua Wanita Umno itu merupakan pengkhianatan yang memalukan golongan wanita termasuk Umno.

Dalam ucapannya, Zuraidi berkata, Shahrizat perlu berbuat demikian untuk menjaga maruah beliau sebagai seorang wanita.

“Demi menjaga maruah wanita, Shahrizat perlu meletak jawatan kerana beliau sendiri seorang wanita,” katanya lagi.

Masalah membabitkan NFC didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara bulan lalu dan kini disiasat oleh polis.

Mengulas mengenai calon pilihan raya akan datang, Zuraida menjelaskan, Wanita PKR tidak meletakkan aspek rupa dan pendidikan sebagai syarat utama, sebaliknya akan meliputi pelbagai aspek secara keseluruhan.

“Kalau Shahrizat hendak meletakkan calon yang cantik, hak mereka, tapi wanita PKR bukan memandang dari aspek imej dan pedidikan yang paling tinggi, sebaliknya mempunyai kredibiliti yang mampu berjuang untuk parti dan berkhidmat untuk rakyat,” katanya. -TMI


Ulasan GB

Dengan pembelaan yang dilakukan oleh PM, TPM, Menteri-menteir kabinet dan bekas PM terhadap Ketua Wanitanya, Shahrizat Jalil yang terpalit dengan isu lembu Fidlot, ternyata, UMNO tidak berupaya untuk membersihkan partinya daripada "tahi lembu".

Ini adalah kerana salahlaku, penyelewengan dan korupsi sudah lama mendarah-daging di dalam UMNO.

Ia juga petanda bahawa UMNO bakal tumbang akibat keengganan UMNO untuk bertindak di atas isu Feedlot yang telah mencemarkan partinya.

Laporan sebelum ini:



3 ulasan:

Awanama berkata...

Aku sedia maafkan atau tutup sebelah mata kalau aku juga diberi pinjaman RM250 juta dengan kadar 2% setahun untuk beli dua kondo sebagai pelaburan yg memberi pulangan RM70 ribu sebulan.

Awanama berkata...

Percayalah pada Perhimpunan UMNO akan datang,Shahrizat tidak akan diapa-apakan sebab itu budaya UMNO.Khabarnya Wanita UMNO sudah pun bersedia untuk mempertahankan Shahrizat.Kalau Shahrizat "dihukum" hakikatnya ramai lagi yang patut dihukum kerana UMNO adalah sebuah parti "yang busuk hingga keusus".Apa yang akan berlaku ialah :"kamu garu belakang aku,aku garu belakang kamu":.

Awanama berkata...

sumpah hg tuah x melayu hilang didunia..perlu ditafsir selagi melayu kekal dgn PHDnya dn umNO dgn tradisi membela KRONI dn rakyat 1msia diperbodohkan pencapaian kroni dutamakan selagi itulah kita terus dime LAYUkn oleh mereka ini.SPRM POLIS dn yg berkaitan hilang kuku dn taringnya jd buta dan pekak.jd s/a umNO boleh diri rumah 3-4tgkt apa lg jemaah menteri disuapkan dgn najis lembu sebab mereka anggap lebih maksum dr nabi.