28 Nov 2011

Isu Lembu Feedlot Lagi: Wang Habis Dikeluarkan Baru Tandatangan Perjanjian - PAC

Pengurusan Lemah Punca Masalah Projek Kerajaan - PAC

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Rabu berkata sistem pengurusan yang lemah menjadi punca kepada wujudnya kelemahan terhadap projek-projek kerajaan termasuk kontroversi Pusa tFitlot Negara kendalian National Feedlot Corporation (NFC).

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata kelemahan sistem yang digunapakai sekarang ini menimbulkan pelbagai masalah berulang setiap tahun membabitkan pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan.

"PAC dapati ini merupakan petanda bahawa sistem pengurusan kita sendiri ada masalah yang perlu dilihat semula.

"Kita perlu kaji semula adakah cara kendalian kita bersesuaian dengan kehendak semasa," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung isu NFC.

Menurut Azmi, penelitian khusus PAC berhubung isu NFC ialah mengenai aliran kewangan yang disalurkan pada 2008 seperti yang ditegur Laporan Kedua Audit Negara 2010.

"Antara faktor kelemahan ialah berhubung kelewatan pengurusan. Kelewatan yang didapati antara kementerian dan NFC ialah wang yang dikeluarkan pada 2008/2009 menerusi satu akaun khas.

"Selepas wang itu habis dikeluarkan, pada 2010 barulah perjanjian ditandatangani.

"Kelewatan seperti ini bukan sahaja berlaku kepada NFC, malah turut terjadi kepada kementerian dan jabatan lain," katanya.

Dalam pada itu Azmi berkata, PAC akan memanggil Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi mendapatkan penjelasan mengenai kelemahan menguruskan projek kerajaan.

PAC juga akan mendapatkan penjelasan daripada NFC berhubung isu tersebut pada Januari depan.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain wujud dakwaan pembelian kondominium mewah di Bangsar yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Sejak Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan pada bulan lalu,pembangkang membuat beberapa dakwaan termasuk penyelewengan peruntukan kerajaan bernilai RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience SdnBhd.

Malah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah memulakan siasatan termasuk kemungkinan wujudnya elemen pecah amanah atau penipuan berhubung pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Kes pembelian kondominium itu dirujuk oleh polis kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ia diklasifikasikannya sebagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah bidang kuasa SPRM seperti yang termaktub dalam Akta SPRM (ASPRM 2009). -mstar

Ulasan GB

UMNO sering menuduh Pakatan Rakyat sengaja menimbulkan isu lembu Feedlot sedang isu itu didedahkan oleh Jabatan Audit Negara sendiri yang mendapat terdapat penyelewengan dan salahlaku di dalam projek lembu NFC berkenaan.

Kini, sekali lagi, daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pula yang mendedahkan berhubung kelewatan pengurusan. Kelewatan yang didapati antara kementerian dan NFC ialah wang yang dikeluarkan pada 2008/2009 menerusi satu akaun khas.

"Selepas wang itu habis dikeluarkan, pada 2010 barulah perjanjian ditandatangani," katanya.

Malah beliau berkata: "Kelewatan seperti ini bukan sahaja berlaku kepada NFC, malah turut terjadi kepada kementerian dan jabatan lain"!

Memang binatang sungguh.

7 ulasan:

sireh pinang berkata...

Ayo..yo apaaaaa!

Wang sudah angkat.....baru mau kasi sign agreement ka?

Banyak sinang ini macam business?

Awanama berkata...

Kalau macam ni cara dapatkan pinjaman, aku atau sapa-sapa pun ndak. Ambik duit sebanyak tu, labur dalam ASB atau fixed deposit selama dua tahun, ambil dividen bonus, lepaih tu bayaq balik pinjaman sepenuhnya.Buta-buta saja jadi jutawan..mentekedarah sampai mampuih pun tak habih!! tak payah nak penin kepala..Orang bongok pun tau nak buat duit, kalau cara ni..Awat DEPA (UMNGOK) tu ingat kami semua ni BODOH sangat kah.???

Awanama berkata...

Lepas satu-satu rakyat Malaysia kena tipu dek UMNO.

Awanama berkata...

Sdr GB, off topik.

Cuba2 juge korek2 kenapa projek2 perumahan SPNB (Sykt Perumahan Negara Berhad) banyak terbengkalai, yg dah siap masih lum dapat diduduki, wlu pembeli2 dah kena potong loan.

Kata nak tolong rakyat, ni nak menyeksa.. Sapa org2 di belakang SPNB tu..

Awanama berkata...

Apa yang saya nak beritahu apa-apa projek yang melibatkan kerajaan semunya tak menjadi...sbb dia orang tu bukannya iklas nak kebas adalah...

Awanama berkata...

Shahrizat kata dia tak terlibat.Kalau suami dia tu beristerikan perempuan FELDA bolehke dia dapat pinjaman RM 250 juta dan terima duit sebelum tanda-tangan perjanjian pinjaman? Atau bolehkah dia dapat pinjaman sebegitu banyak?Suami Shahrizat senang dapat pinjaman sebab malam-malam tidur sekatil dengan Shahrizat.Itu bukan penglibatan namanya.

Awanama berkata...

bodoh punya umno....dh mkn duit rakyat byk plak dalihnya.... yg shahrizat tu nk bagi cth skandal anwar tue pasal? kalu betoi le anwar buat...tue salah dia,mintak ampun dgn Allah...Yg ko plak kebas duit rakyat?nk mintak ampun dgn rakyat???! bila3x?