30 Nov 2011

Shahrizat Perlembukan Perwakilan, Guna Kes Liwat Anwar Alih Skandal NFC

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini berhadapan dengan tekanan daripada PKR agar meletakkan jawatan kerajaan dan politik ekoran siri pendedahan berkaitan NFC, yang diuruskan oleh keluarganya.

Antara isu yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PKR ialah salah guna dana projek ternakan lembu NFC termasuk untuk membeli kondominium mewah dan membiaya perbelanjaan keluarga, antaranya kos menunaikan umrah.

Sekali lagi hari ini, Shahrizat mempertahankan dirinya bahawa beliau tidak kena-mengena dengan syarikat diuruskan oleh suami dan anak-anaknya.

Sebaliknya beliau mencabar Ketua Wanita PRK Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.

Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.

Projek NFC kini disiasat oleh polis. Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan suami Shahrizat.

“Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?” kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. “Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan,” katanya lagi.

“Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa,” katanya lagi.

Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama “gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak.”

“Wan Azizah patut didesak meletak jawatan kerana suaminya, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pernah disabit dan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan,” katanya lagi.

“Buat Zuraida, jangan ingat Wanita Umno penakut, walaupun kamu menghentam saya, saya tetap senyum sampai dah tak boleh nak senyum lagi ni, itu belum kita angkat kain lagi,” tegas Shahrizat memberi amaran kepada Zuraidah supaya jangan memperlekehkan wanita Umno kerana pergerakan wanita itu jelasnya sentiasa bersedia menepis dakwaan fitnah dan songsang PKR.

Shahrizat dalam ucapan dasarnya turut menyelar Zuraida dan mengingatkannya agar tidak mengambil kesempatan terhadap Wanita Umno.

“Untuk Wanita PKR, saya beri ingatan, jangan cuba ambil kesempatan kepada kami, kami telah bersedia,” tegasnya.

Menurut Shahrizat, Zuraida dan Wanita PKR sebenarnya takutkan perjuangan Wanita Umno kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan 1.3 juta wanita menyokong perjuangan Umno-Barisan Nasional.

“Pembangkang dan PKR sebenarnya takutkan Wanita Umno, kita ada kekuatan 1.3 juta ahli kalangan wanita untuk memastikan kemenangan Umno, sebab itu mereka cuba untuk merosakkan kita dengan pelbagai cara,” tegas beliau lagi. -TMI


Skandal NFC: Shahrizat jangan emosi, tapi jawab isu – Zuraida

KUALA LUMPUR 30 Nov: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menasihati Datuk Seri Shahrizat Jalil agar jangan emosi berhubung skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

Sebaliknya, kata Zuraida, Ketua Wanita Umno itu perlu menjawab segala persoalan mengenai penyelewengan membabitkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat berkenaan.

Zuraida ketika membuat laporan polis terhadap NFC 23 November lalu

“Dari awal kita tegaskan isu besar di sini ialah RM250 juta itu wang rakyat dan Sharizat kata dia tiada kaitan.

“Bagaimana dia boleh kata begitu, sedangkan NFC diterajui suaminya sendiri,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Ahli Parlimen Ampang itu diminta mengulas kenyataan penuh emosi Shahrizat dalam perhimpunan Agung Umno yang memberi amaran supaya KEADILAN tidak memainkan isu berkenaan.

Mengulas lanjut, Zuraida sekali lagi menegaskan bahawa NFC memperoleh kontrak Pusat Fidlot Kebangsaan ketika Shahrizat menjadi menteri kabinet, yang menyebabkan berlakunya konflik kepentingan.

“Dari awal kita tegaskan, ini bukan isu peribadi, tapi isunya ialah syarikat keluarga kamu memperolehi tender dengan kamu ketika itu sebagai seorang menteri.

“Kalau dari awal kamu tahu projek itu bakal diserah kepada keluarga, sepatutnya kamu orang pertama menolak kerana berlakunya ‘conflict of interest’ ,” tegasnya.

NFC diluluskan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain kegagalan NFC mencapai sasaran penternakan dan memenuhi pasaran daging tempatan, jutaan ringgit dana itu diseleweng syarikat tersebut untuk membeli kondominium mewah di Bangsar.

Malah, suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFC mengakui syarikat itu membeli dua unit kondominum bernilai RM13.8 juta.

Sementara itu, KEADILAN akan mengadakan sidang media tergempar bagi menjawab serangan pimpinan Umno berhubung isu itu di lobi parlimen petang ini.

Selain itu, beberapa pendedahan baru dijangka akan dibuat untuk membuktikan berlaku penyelewengan di peringkat tertinggi Umno dalam skandal berkenaan. -KD


Ulasan GB

Isu lembu tak nak jawab, tapi cuba alih ke topik lain. Mudah sangat taktiknya cuba melarikan diri dari isu lembu NFC.

Dia ingat dia boleh melembukan rakyat seperti dia telah melembukan sekalian pemimpin UMNO dan para pengikutnya?

Lagi dipertahankan lembu-lembu di dalam UMNO, lagi cepat UMNO akan ditolak oleh rakyat.

Khairy, Ketua Pemuda UMNO, kenapa agaknya beliau beriya-iya pertahankan Shahrizat dan projek lembu berkenaan?

Semua orang tahu NFC diluluskan semasa bapa mertua Khairy, Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM dan Khairy ada di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri!

Dan PAC mendedahkan Wang peruntukan untuk projek NFC habis dikeluarkan baru tandatangan perjanjian! Ini yang memusykilkan dan perlukan siasatan ke akar umbi:

Laporan sebelum ini
klik untuk baca:




10 ulasan:

MalaysianDotCom berkata...

tq prend link kan blog den sesamao kito menentang kezaliman
http://malaysiandotcom.blogspot.com/2011/11/video-inside-skandal-nfchahrizat.html

Awanama berkata...

Memang umno bn ini semua otak lembu yang dapat duduk kondo mewah keluarga mamak sharizat yang melayu bodoh sangat ini kenapa nak bermatian menyokong skandal lembu nfc ini.

Awanama berkata...

Memang tak terlibat secara langsung. Kalau terlibat, dipanggil pecah amanah. Kes ni laki terlibat dinamakan KRONISMA...
Ada faham ke mami?

papagemok berkata...

kah..kah..kah...
Mama Lembu cuba nak buka langkah silat...

Tapi malang,,

Hari ni terpacul lagi skandal penggunaan wang utk beli kereta mewah dan lot tanah.

Memang layak lah di panggil "Keluarga 40 Penyamun"

James Labi berkata...

Ini perempuan, batu besar kepala atas ada duduk.

Itu ahli umporno, mau pikul itu perempuan macam pikul itu biawak.

Awanama berkata...

saudara GB..mohon disiarkan lah lagi berita mengenai salah laku yang dilakukan oleh wanita keparat ini..Dia berucap seolah tidak dapat dikalahkan dan penuh sombong bongkak..Dia sebenarnya berucap di MAJLIS nya yg terakhir dan aksinya serupa MAK LAMPIR YG MENYALAK TAK HENTI2..tunjukkan pada wanita yg tidak sedar diri ini..langit itu tinggi @ rendah..mari buat kan dia berpijak dibumi yg nyata...dia harus disingkirkan dek krn bersifat angkuh dan KRONISMA dan menyalah gunakan dana awam RM250JUTAAA, bukan sedikittt..saudara GB & blogger yg lain2..berilah pengajaran kepada wanita tua ini..(agaknya dia xigt kes si semi value? ungkapan "sy pasti menang"..tp akhir nya, meratap didlm gua di ipoh menangisi kekalahan nya)..

Awanama berkata...

kesian shahrizat ..masa tu saya ada dalam dewan jadi petugas...tapi saya dengar wanita tak semua sokong...yg salah tetap salag kalau tak silap dulu najib kata mana mana pemimpin yg menyusah parti tak peru ada dalam umno....kita tengok ya ..kalau salah dia akan dihukum kalau tak salah tak apalah biarlah dia teruskan teraju wanita he he

Awanama berkata...

Samaada betul atau tidak. Fitnah atau tomahan. Benda yang melibatkan wang awam sepatutnya tidak harus berlaku sebarang penyelewangan. So dimana letaknya ketelusan kesungguhan integriti akauntanbiliti dan mentaliti tidak kira siapa diri mereka. Jika ada bantahan atau ketidakpuasaan ianya harus disiasat dibongkar habis-habisan. Tidak perlu beri keistimewaan melindungi diri atau kroni. Sekiranya ianya benar..ia mungkin menjejaskan atau merosakkan intipati saranan kerajaan ke arah transformasi keseluruhan. Bak kata peribahasa kerana nila setitik rosak susu sebelanga..kalau orang itu ada satu dua mesej..saya juga ada satu mesej saja untuk disampaikan iaitu:..Rakyat tidaklah lagi sebodoh dan tunggul kayu seperti dulu..correct me if i am wrong.

Awanama berkata...

Tunggu jerrr...jawab lah di sana nanti....di bawah nuuu! setiap apa yg tidak halal di dunia akan di persoalkan?? jgn lupa tuuuuuuuu! mmg kami wanita di bwh UMNOGOK xdpt apa2.. yg kaya yg merintah...kami xhalalkan apa yg dia dpt....kami susah pun allahswt tetap bg rezqi....

Awanama berkata...

Dari segi undang-undang syarikat memanglah Anak Mami ni tak terlibat sebab namanya tak ada dalam senarai lembaga pengarah.Tapi,soalnya bolehkah suaminya dapat pinjaman sebanyak RM250 juta untuk buat perniagaan dengan begitu senang jika isterinya bukan Anak Mami yang berjawatan menteri?Sudahlah begitu,pinjaman tu diberikan sebelum perjanjian ditanda-tangani.Satu lagi isu!Dulu pun ada kisah Mahathir Kutty(Mama jugak) bantu syarikat perkapalan anaknya,masa jadi PM.Ini soal moral pemimpin.Kalau diBarat,Korea atau Jepun,seluruh anggota kabinet dah letak jawatan dah.