30 Nov 2011

Muhyiddin Dan Kisah Serigala Yang Kata Anggur Itu Masam

Selepas gagal pikat, Muhyiddin tegas PAS tak boleh ganti Umno

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PAS tidak boleh menggantikan Umno dalam memperjuangkan hak orang Melayu atas alasan “Umno tiada galang-ganti” walaupun sejak tiga lalu parti teras BN itu mempelawa agak ia membentuk kerjasama politik.

Sebelum ini Umno berulang kali mengajak PAS agar membentuk kerjasama politik dan kerajaan perpaduan termasuk menyertai Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti.

“Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja,” kata Timbalan Presiden Umno ini ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno di sini hari ini.

Muhyiddin mendakwa “DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?”

Sehubungan itu kata Muhyiddin, untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan.

“Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka,” kata beliau.

Dalam ucapannya, Muhyiddin seterusnya mengecam “walau apa pun, kita hendak bertanya kepada PAS... Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan?”

“Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan.

“Justeru, kita nak katakan kepada PAS, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dahulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan,” katanya lagi.

Kata timbalan perdana menteri, sebenarnya PAS bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan.

“Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik PAS untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam.

“Apa yang penting bagi PAS, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP,” katanya lagi. -TMI

Ulasan GB

Apabila melihat gelagat Muhyiddin di atas, teringat kita tentang cerita zaman kanak-kanak dahulu tentang serigala dan anggur masam.

Sang serigala yang sangat kepingin memakan buah anggur telah terkial-kial melompat untuk mendapatkan buah anggur yang terlekat di atas pokok anggur tersebut.

Meskipun beberapa kali serigala malang itu cuba mendapatkan buah anggur tersebut tetapi usahanya gagal kerana lompatannya tidak cukup tinggi untuk mencapai anggur tersebut.

Akhirnya serigala malang tersebut dengan perasaan hampa berlalu pergi daripada pohon anggur tersebut sambil mengeluh saya bukan nak sangat makan anggur tersebut sebab anggur itu masam rasanya.

Anekdot di atas menjelaskan sikap Muhyiddin dan UMNO, tak dapat pikat PAS, berkatalah dia macam-macam mengenai PAS...




7 ulasan:

Awanama berkata...

statement dari wak sembab...seekor serigala jadian. lidah bercabang mcm lidah zul katak....

puspawangi berkata...

Masalahnya serigala yg busuk hati ni, dah makan macam2 hak rakyat..lembu pun dah makan, ayam itekapa lagi..

Awanama berkata...

Apa guna buang air mata PALSU.....Simpan airmata mu...utk terima kekalahan selepas PRU13....TAK SEDIH PUN? MAKIN Meluat luat...

Awanama berkata...

Kita MENANGkan pakatan pada PRU13 nanti. Kepada semua pengundi yang dihormati, sila berikan undi anda (pangkah) PAKATAN RAKYAT..

fik017.

Awanama berkata...

BETUl,jadikan PRU13 hayat terakhir umnongok yang banyak menyusahkan kita,,ambo dah kempen kpd semua kuarga yang dulunya sokong kuat umno kini dah beralih dan tekad nak tumbangkan parti korup yag nyanyuk tua yang banyak makan rompak rakyat...

lepas PR menang siasat semua kes2 rasuah umno ngok terutama sharizat dan lembu yang tinggal di kondo,,,jgn lupa siasat mamak kutty skali...pok jib dan lidah kontot sekali,,bukak syarikat TV percuma penyiar rasmi untuk PR,,saingan kpd TV3 suku dan Astro..utusan loya

Awanama berkata...

bn parti rasuah,kroni,tak telus dulu kini dan selamanya.kalau pas masuk umporno biar aku mandi kolam taik namun nak masuk umporno "mustahil"

Awanama berkata...

Muhyidin bimbang BN kalah dan tak sempat merasa jadi PM.