13 Nov 2011

Penerimaan Orang Cina Terhadap PAS Jauh Berbeza Dari 5 Tahun Lalu

Sikap orang bukan Islam terhadap PAS kini ternyata amat jauh berbeza berbanding 5 tahun lalu sehingga menjadikan parti itu tidak lagi dianggap musuh oleh mereka.

Perkembangan tersebut ternyata memberikan gambaran yang amat baik terhadap PAS sehingga lebih memudahkan para pemimpin dan ahli-ahli parti itu mendekati golongan bukan Islam di tanah air.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kejayaan tersebut dicapai oleh PAS hasil penglibatan dan kesabaran semua pendokong parti dalam perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi bumi ini.

Menurut beliau, kejayaan itu juga dicapai berkat pendekatan-pendekatan yang tepat yang diambil oleh para pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam perjuangannya selaras dengan kehendak Islam.

Katanya, realiti itu lebih terserlah dengan pendekatan "Tahaluf Siyasi" yang diambil oleh PAS terutama dengan DAP dan PKR sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS turut dijadikan rakan oleh orang bukan Islam.

"Ini ditambah pula dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS sehingga menyebabkan orang-orang bukan Islam turut berminat untuk mengetahuinya dengan lebih jauh," katanya ketika berucap di majlis penutup Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di KUIZM di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Dalam ruang kejayaan yang semakin terbuka seperti sekarang, menurut beliau, ahli-ahli PAS perlu mempertingkatkan lagi usaha masing-masing untuk menyampaikan mesej Islam kepada seluruh rakyat negara ini.

Dalam hubungan ini, beiau menasihatkan setiap ahli-ahli PAS agar berdakwah dengan pendekatan yang tepat agar dakwah yang disampaikan itu memberikan kesan baik kepada golongan sasarnya.

"Selain menguasai ilmu syariat, kita juga perlu menguasai ilmu mantik dan corak penerangan yang baik ketika mendekati pihak terbabit seperti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.

Ketika mendekati golongan yang minum arak atau gemar melakukan maksiat walaupun beragama Islam, katanya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan yang berbeza ketika berceramah dan menyampaikan tazkirah di dalam masjid.

Tambah beliau, sewaktu mendekati golongan bukan Islam pula contohnya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan lain selaras dengan tuntutan Islam, dengan tidak mengenengahkan perkara-perkara yang tidak difahami oleh mereka malah boleh menimbulkan salah faham dan ketakutan mereka terhadap Islam.

"Sekiranya pendekatan-pendekatan yang diambil itu tepat, mesej dakwah yang disampaikan pasti akan memberikan kesan baik, lebih-lebih dalam suasana sekarang yang lebih memihak kepada perjuangan Islam," katanya.

Suasana yang memberangsangkan itu, tambahnya, antara lain boleh dirujuk kepada perkembangan dunia masa kini yang menyaksikan masyarakat di Barat semakin rosak akibat sistemnya yang tidak betul.

Manakala di negara-negara sosialis pula termasuk Sosialis Cina kini sedang dilakukan perubahan agar sistem yang diketengahkan oleh mereka itu dapat diterima dengan baik oleh rakyatnya," tegasnya.

Beliau menegaskan, perkembangan itu juga tidak terkecuali di tanah air dan jika berjaya ditangani dengan baik oleh ahli-ahli PAS pasti akan lebih memudahkan parti itu melangkah ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 nanti. -HD

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu saja yg tak kena. PAS pecat dgn Ustaz Kazim. Penyokong PAS ManjungMari pula asyik kutuk Ustaz kazim.

Tanpa Nama berkata...

hidup Bang Mat!, macam ni lah seorg tim presiden, dinamik dan bepandangan jauh.

cuma 1 nak sungut, pkr ada jugak kisah pasal penipuan spr, pasal pengundi hantu, pasal daftar pengundi yg meragukan di sana sini, pasal pertambahan pengundi yg mendadak di satu2 tempat.
pas? ada ka pas ambil berat pasal ni atau memang ada tubuh j/kuasa khas ka apa ka nak tanggani benda ni, sebab bagi kami lah, x guna bertanding dlm p/raya, kempen mati2an, habis duit ribu riban, last2 kalah sbb kena kencing dek amno. bukan pun kalah sbb x diterima rakyat, tu yg geram sgt2, parti harapan seolah2 berusaha sebaiknya, menghampakan harapan org yg inginkan perubahan. habis sampai bila asyik nak kena tipu.

Tanpa Nama berkata...

ustaz kazim dalam kuliahnya pernah kutuk pas dan sanjong pemimpin umno dia kata kita kena taat pemerintah selagi ianya mengaku islam sama ada bini dia tutup aurat atau tidak itu dia punya pasal bolehkah seorang ustaz cakap macam itu? sedangkan dalam hadis jelas nabi saw suruh cegah kemungkaran dengan tangan,lisan dan hati. dulu aku pun peminat ustaz ini tapi sekarang dah jadi ustaz puki mak,ini bukan fitnah tapi kenyataan yg aku dengar sendiri melalui youtube.

Tanpa Nama berkata...

TAK LAMA LG JD DATUK LAH TUUU.USTAZ MCM NI MMG BANYAK SERATA MALAYSIA...NAK CARI MAKAN TU AGAK2 LAH...YG XBETUL CAKAP XBETUL..YG BENAR KATAKAN BENAR WALAUPUN PAHIT UTK DI LUAHKAN...FIKIR2KAN LAH....