13 Nov 2011

FOMCA: Kaji Segera Susu KR1M

Kuala Lumpur – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendesak agar Kementerian Kesihatan menjalankan kajian segera terhadap susu segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Pengarah Komunikasinya, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, ia bertujuan untuk membuktikan kesahihan dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua yang mendakwa susu berkenaan telah dicemari bakteria E.Coli.

“Jika benar susu itu telah dicemari, kerajaan boleh menukarkannya dengan jenama yang lain bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Beliau berkata demikian untuk mengulas dakwaaan Tony bahawa susu segar yang dijual di KR1M telah dicemari dengan bakteria E.Coli.

Dalam pada itu, Mohd. Yusof turut memberitahu banyak lagi kedai seluruh negara menggunakan bahan yang tidak menepati piawaian seperti yang telah ditetapkan dalam Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281).

“Tindakan (melakukan kajian) itu bagus, tetapi harus diingatkan banyak lagi kedai di seluruh negara menggunakan bahan serupa kerana KR1M menggunakan barangan yang telah dibungkus semula.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George berkata, dakwaan tersebut bukan sahaja bermotifkan politik malah ia juga tidak boleh dipercayai. -kosmo

MP Pakatan dakwa ujian kesan E Coli dalam susu 1M'sia

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua hari ini mendakwa susu segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dikatakan dicemari E Coli.

Ini, katanya, adalah berdasarkan ujian makmal bebas yang dilantik Pakatan terhadap produk tersebut.

Bagaimanapun, Pua enggan mendedahkan kedua-dua makmal yang terlibat menjalankan ujian tersebut, tetapi menegaskan bahawa mereka boleh dipercayai.

"Jika Kementerian (Kesihatan) minta laporan makmal tersebut, kita akan berikan kepada mereka, tetapi kita tidak mahu mereka menghadapi masalah kerana lesen mereka dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan."

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Semalam. Pua dan Nurul Izzah, mendakwa kerajaan telah terlalu membesar-besarkan potensi penjimatan melalui pembelian produk KR1M. -mk



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Klepet rakyat bawahan demi mencapai matlamt kita (slogan BN )
..RAKYAT DIDAHULUKAN ( kita klepet semua rakyat )PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (Klepet rakyat untuk mencapai matlamat kita BN )

Tanpa Nama berkata...

goblok punya yusof.
fomcalah buat kajian.
kr1m idea najib/rosmah.
takkan kem. kesihatan nak kata
susu segar tu tak bagus.
nak mampooooooos...
kalau tak bagus pun
mereka akan kata bagus.
ini malaysia, bukan jepun.