13 Nov 2011

SAMM: BERS✔H 3.0 Dilancar Bila-bila Masa. Tarikh Sudah Dipilih

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membayangkan perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan kerana mendakwa kerajaan tidak membuat apa-apa bagi menambak baik perjalanan pilihan raya.

Bersih 3.0 bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri sama ada melakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar.

Bersih 3.0 akan turut memantau perjalanan PSC supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharim berkata, “Bersih 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang.”

“Setakat ini, kerajaan melalui agensi SPR dilihat masih tidak membuat apa-apa pendekatan awal untuk baik-pulih sistem pilihanraya terutamanya dalam aspek tuntutan yang tidak memerlukan perubahan akta seperti penggunaan dakwat kekal.

Tekan BN

“Justeru itu, Bersih 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang demi memastikan BN benar-benar menunaikan janjinya terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen.

“Tarikhnya sudah dipilih dan akan diumumkan dalam masa terdekat,”
kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Beliau menambah, timbul pelbagai spekulasi negatif terhadap SPR dan JPN dalam isu kewarganegaraan segera untuk membenarkan warga asing mengundi dan juga spekulasi memanjangkan penggunaan undi pos kepada anggota Rela dan penjawat awam selain polis dan tentera.

Katanya, Ini sama sekali bukan satu usaha baik-pulih sistem pilihanraya tetapi melacurkan sistem pilihan raya demi untuk terus berkuasa. -FMT

14 ulasan:

zul kg gajah,pk berkata...

Lakukan dgn lebih sistematik/plan altenatif pelbagai - selain 'main location' kalau boleh di semua negeri juga lancarkan serentak/lokasi bermula dan berakhir yg matlamatnya bersifat memenangi masyarakat undi PR

Awanama berkata...

Tolonglah buat masa Perhimpunan UMNO kat PWTC dijalankan......kita tgk berapa banyak jalan raya barua-barua ni nak sekat????

Tolonglah buat....aku pasti 3 permintaan bersih ( Pakai ink kat jari, media bebas & undi pos )belum tentu dia org nak buat inikan 8 plak.

Mak Cik cina tua tu pun nak repeat lagi sekali dengan penuh persedian diri dari segi mental & fizikal...

Awanama berkata...

yahoo!
inilah anak2 muda mau
jangan kl aje
seluruh negara
kangar
alor setar
pulau pinang
ipoh
kota bahru
kuala terengganu
kuantan
shah alam
putrajaya
kuantan
seremban
melaka
johor bahru
kuching
dan
kota kinabalu
barulah hebat
kita tengok macam mana polis nak handle
hidup anwar
hidup azizah
hidup hadi
hidup lim
hidup chegubard
hidup amiga
tak mau, cakap aje tindakan takda
(no more nato, no action talk only)
kerajaan bn/umno sudah melampau
tuntutan 8.0 perkara dipermain2kan
kini, tiba masanya rakyat bertindak
bersih 3.0 sebagai petunjuk rasa

Awanama berkata...

kalau buat di banyak tempat, tak ke pecah kecil2 pulak, baik buat di KL saja dtg dr berbagai2 arah menjadi lautan manusia yg besar. saya setuju sgt buat time perhimpunan agung amno supaya jln2 x di tutup, cuma hotel lah pulak payah time tu, org amno tempah habis.

cuba sama2 fikir dan cadang supaya bersih 3 lebih dasyat impak nya.
rasanya liputan media asing paling amno takut. why not buat ally dgn pihak luar/antarabangsa macam pertubuhan hak asasi manus etc.

Awanama berkata...

Setuju cdgan buat kat KL jer...setuju juga cdgn buat masa Perhimpunan UMPORNO......Hotel penuh??? Bila dtg tu ckp la nak poei Perhimpunan UMPORNO...polis lepas punya ..bila dah masuk KL...'BERTUKAR"...PAKAI LA BAJU BERSIH. PAKATAN RAKYAT pastikan keluarkan arahan semua YB - YB Pakatan rakyat diarahkan hadir...jika tak buang aje teloq bagi YB lelaki. Jangan lupa jemput anak Mahatir. Kawasan Titiwangsa...biarkan ahli Perkasa dalam 5 - 12 org utk berkumpul disana.

"Lawan Tetap Lawan".......'Lawan sampai UMNO naik Sawan"...

Awanama berkata...

yA ALLAH SAYA SOKONG DAN AKAN TURUN SEKALI KALI INI DEMI AGAMA ISLAM DEMI RAKYAT DEMI ANAK2 CUCU KITA PADA MASA DEPAN...KITA MAUKAN KEMAKMURAN...YA ALLAH LANCAR KAN PERJALANAN SETIAP PERHIMPUNAN YG MULIA INI....... ALLAHHUAKBAR10000X

Awanama berkata...

nak tengok lebam muka najibrosmah....kali ini polis pegang mmg kena parang...xkira xkira..kalau aku xmati polis3 tu yg matiiiiiiiii

Tengku Cik Tengku Jamil berkata...

jika bersih 2.0 dulu hebat,tentu bersih 3.0 lagi hebat. cuma kekangan pihak baju hitam sahaja yang membosankan. mereka tak belajar daripada bersih 2.0. semua rakyat akan bangkit menjayakannya. kalau boleh biar padat dan sendat. nanti akan ada pencacai kumpulkan peniaga yang tak jalan ikut tanda tangan petisyen, konon perniagaan rugi, biasa dapat RM3,000 masa bersih 3.0 dapat RM30 je. ingat, kelompok peniaga yang dihasut oleh kelompok dari masjid india memang begitu kerana nak menaikkan imej Senatornya. maklum baru dapat jawatan tu. betul kata komen tu, kena buat dengan lebih teratur dan sistematik, beri luputan menyeluruh, undang RTM, TV3 menyertai perarakan bersih 3.0, wartawan utusan kena siarkan muka depan BERSIH 3.0 LEBIH BERGAYA! barulah sedap. ni tidak keluar cerita muka depan DALANG BERSIH 3.0 DITAHAN.kemudian muncul tajuk ANASIR ASING DALAM BERSIH 3.0 dan macam-macam tohmah lagi.

Awanama berkata...

kalau buat kat kl aje.
senang polis nak handle.
kalau banyak tempat pening igpnya.
lagi pun takkan orang kk, kuching nak turut ke kl.
boleh buat semua bandar besar,
tapi yang terbesarnya di kl.

Man Asal Kulim (MAK) berkata...

Bersih 3..bunyi simple tapi bergegar jiwa dibuatnya...bagi akule, molek sgt ibuat masa persidangan umngok di pwtc tu, bagi kekawan dilembah kelang,Selangor, perak n N9 bolehle bertumpu di PWTC dan kekawan yg lain berkumpul di bandar masing2..just n idea...tp make sure this time kita lebih bersedia terutamanya provokasi pihak umngok dan angkatan beruniformnya..jgn lupa, bomba juga terlibat..

Awanama berkata...

kalau boleh buat hari jumaat memang hebat...BILA NAK MULA????

Awanama berkata...

Buat di KL malam sambutan tahun Baru 2012, memang best!!!

Awanama berkata...

lancar BERSIH 3 SEGERA, najib nak perbodohkan rakyat...

Awanama berkata...

PASTIKANYA LEBIH HEBAT, LEBIH RAMAI, LEBIH SEMANGAT, LEBIH SISTEMATIK. SEMUA KAUM PERLU TERLIBAT SEBAB SOAL KEADILAN DAN HAK RAKYAT TELAH DI RAMPAS OLEH UMNO/BN DENGAN CARA YANG BEGITU ZALIM.

KALAU MESIR, TUNISIA, LIBYA BOLEH KENAPA MALAYSIA TAK BOLEH.