3 Okt 2011

Sekali lagi, Nong Chik Cuba Menipu Penduduk Kg.Baru

RUU Kg Baru: Kata tarik balik, kenapa bentang baru

KUALA LUMPUR, 3 Okt: PAS kesal dengan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg. Baru (RUU PPKB) yang baru tanpa sebarang perbincangan dengan wakil penduduk kampung terlebih dahulu.

Raja Nong Chik di Dewan Rakyat pagi tadi mengumumkan penarikan balik RUU PPKB yang lama namun membentangkan RUU PPKB yang baru.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, meskipun pihaknya menyambut baik penarikan RUU PPKB yang lama itu, namun tetap kecewa dengan pembentangan RUU PPKB baru yang disifatkan sebagai membelakangkan pandangan penduduk Kg. Baru.

"Walaupun Rang Undang-Undang yang lama ini dimansuhkan pagi tadi tapi tetap menggambarkan sikap kerajaan yang tak mengambil kira pandangan penduduk apabila membentangkan Rang Undang-Undang baru.

"Tak sewajarnya Rang Undang-Undang ini dimasukkan tanpa menteri memanggil sekretariat bagi mendraf Rang Undang-Undang ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Justeru Salahuddin berkata, PAS akan mengambil masa paling singkat seminggu untuk meneliti RUU tersebut dan merujuk kepada panel peguam yang menguruskan Kg. Bharu sebelum menyatakan sebarang pandangan.

"Kami belum ada masa untuk meneliti Rang Undang-Undang ini kerana baru dibentangkan tadi.

"Kami melalui panel dan sekretariat akan meneliti Rang Undang-Undang baru ini dan akan kami ulas kemudian.

"Kami memerlukan masa mungkin seminggu untuk rujuk kepada panel peguam Kg Baru," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mahu wakil penduduk Kg. Baru khususnya Lembaga Pentadbiran Kg Bharu dipanggil untuk membincangkan RUU yang baru itu.

"Kerajaan seharusnya sebelum membentangkan Rang Undang-Undang ini,seharusnya ia dirujuk kepada penduduk Kg Baru sebab ia khusus kepada penduduk Kg Bharu

"Kalau terus bentang di Parlimen yang akan bahas bukan orang Kg Bharu, mesti tak dapat gambaran sebenar.

Buktikan 90 peratus setuju RUU PPKB

Salahuddin dalam pada itu sekali lagi mencabar Raja Nong Chik membuktikan dakwaannya bahawa 90 peratus penduduk Kg Bharu bersetuju dengan RUU PPKB.

"Kita cabar menteri dedahkan referendum yang diedar kepada penduduk itu dan betulkah 90 peratus setuju.

"Kalau betul 90 peratus setuju kenapa Rang Undang-Undang ditarik balik? Banyak perkara yang disembunyikan dalam Rang Undang-Undang ini," katanya.

Raja Nong Chik dalam kenyataannya minggu lalu berkata sebanyak 90 peratus penduduk Kg Bharu bersetuju dengan RUU PPKB dan akan meneruskan bacaan kali ke-2.

Namun pagi tadi beliau mengumumkan RUU tersebut ditarik balik kerana mengambil kira pandangan penduduk. -HD






2 ulasan:

Awanama berkata...

Ingat rang undang-undang PPKB ditarik balik sahaja bukannya dibatalkan terus. Orang Kampung Baru wajib berhati-hati kerana ada musang berbulu ayam di kalangan orang Melayu.

anakjatikg.baru berkata...

Raja Nong Chik ni jenis syok sendiri.Pandai-pandai masuk-tarik undang-undang kedalam Parlimen,tanpa pengetahuan tuan yang empunya tanah.90% penduduk Kg.Baru telah menolak rang undang-undang yang pertama,tapi raja hisap darah ni tetap meneruskan agendanya.Kalau Raja Nong Chik ni dibiarkan oleh kerajaan UMNO/BN meneruskan agendanya,bermakna negara ini sudah jadi negara menggunakan sistem kuku besi - merampas tanah rakyat cara paksa.
PAS Titiwangsa wajar buat demo besar-besaran diMesjid Kg.Baru dan pasang banner besar-besar dan banyak disekitar Kg.Baru.