3 Okt 2011

Angkara Manusia Durjana, Dia Kini Tidak Mempunyai Mata Lagi

Mangsa asid tiada biji mata

PADANG BESAR – Deria penglihatannya terpaksa dibuang, manakala kedua-dua kelopak mata ditutup serta dijahit dan sedikit lubang ditinggalkan bagi membolehkan air matanya mengalir keluar.

KEADAAN wajah Muhamad Hanif selepas terkena simbahan asid di Padang Besar, Perlis.

Begitulah sengsara ditanggung seorang pemandu lori, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 25, yang menderita akibat disimbah asid oleh seorang individu di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini pada Mei lalu.

Muhamad Hanif menjadi sedemikian rupa disebabkan simbahan asid tersebut terkena matanya yang mengakibatkan pancaindera tersebut terpaksa dibuang selain dia melecur hampir 50 peratus di muka dan badan.

Dia memberitahu, kulit pada belakang badan, paha dan kaki dijadikan pengganti kulit di bahagian muka dan badan depannya yang rosak teruk terkena simbahan asid tersebut.

“Kini seluruh badan saya terpaksa berbalut kerana sedang bersalin kulit dan ini menyukarkan saya bergerak selain hanya mampu terlantar di atas katil.

“Dulu saya tidak macam ini tetapi kini dah jadi begini, saya hanya mampu reda dan cuba menyesuaikan diri,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Baru, Batu Bertangkuk dekat sini semalam. -kosmo

Ulasan GB

Banyak perkara boleh menimpa kebidupan kita, namun kisah di atas diantara yang menyayatkan hati kita.

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah kurniakan ketabahan dan ketenteraman di jiwa Muhammad Hanif disamping memberikannya kekuatan untuk mengahadapi kehidupan. Seterusnya kita berdoa agar yang durjana itu diberikan pembalasan yang setimpal.


2 ulasan:

Unknown berkata...

kejam la penjahat zaman la ni

Jom terjah sini:
1)Gambar Nabil Raja Lawak Dan Zira Berkahwin
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Bagaimana Nak Bagi Gigi Kuning Jadi Putih?
4) Porno Bagi Kesan Buruk Kepada Otak

zamani rajab berkata...

mengalir air mata aku, tapi aku seorang lelaki haruskah aku menangis...ya aku menangis kerana aku juga manusia,bagaimanakah perasaan pelaku tersebut tak adakah rasa belas kasihan bila melihat mangsa derita begitu rupa , nak bagi hukuman aku bukan hakim yang aku tau siapa yang melakukannya tiada tempat di dunia ini.....