18 Okt 2011

Warga Asing Dipaksa Ikrar Undi BN

Kuala Lumpur: PAS mendakwa 240 warga asing yang dikesan cuba mendaftar menjadi warga negara Malaysia di Astana Dugang Country Resort dekat Putrajaya pada 12 Oktober lalu telah dipaksa berikrar mengundi parti kerajaan.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ikrar secara lisan itu dilihat saksi yang berada dalam bas yang dipenuhi warga asing terbabit ketika dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Putrajaya.

Suhaizan mendakwa, berdasarkan saksi itu terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kulai.

“Wanita itu kemudiannya memberi taklimat tanpa menggunakan mikrofon, namun tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Astana Dugang Country Resort,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau berkata, arah perjalanan warga asing ini juga berubah-ubah kerana tujuan asalnya adalah bermesyuarat di Putrajaya, kemudian dipecahkan d ibeberapa lokasi di Johor.

Apabila sampai di Putrajaya bas terbabit berlegar-legar disekitar dan kemudian diarahkan membawa sekumpulan warga asing itu ke Astana Dugang Country Resort.

Sehubungan itu, Suhaizan mahu satu badan siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan selain jaminan saksi yang terlibat bebas tampil untuk memberi keterangan dan bukannya secara paksaan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN), JPN dan agensi yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan tidak perlu terlibat dalam jawatankuasa bebas ini,” kataya.

Himpunan di Parlimen

Beliau berkata Dewan Pemuda PAS (DPP) akan membuat himpunan beramai-ramai di hadapan bangunan Parlimen pada pagi Isnin 24 ini bagi mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjelaskan isu terbabit.

Suhaizan berkata, beliau dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan menyerahkan memorandum kepada Hishamuddin di Parlimen pada hari berkenaan,

Sementara itu, Suhaizan turut menyelar kenyataan Hishamuddin yang seolah-olah lepas tangan dalam isu ini apabila mhu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).

Katanya, PSC ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihan raya dan bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan JPN.

“Menteri Dalam Negeri juga tak tahu apa tujuan warga asing berkenaan berada di sana sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang tahu.

“Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan tertentu,” katanya. -FMT


Siasat pendatang asing bebas dapat IC

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, didesak menubuhkan satu badan penyiasat atau jawatankuasa bebas bagi menyiasat kejadian warganegara asing didakwa diberikan IC dengan mudah yang berlaku di Istana Dugang Country Resort, Sepang, Selangor pada 11 dan 12 Oktober lalu.

Bagi tujuan itu, semua pihak terbabit mesti dipanggil termasuk pengusaha Istana Dugang Country Resort, penganjur program, warga asing terbabit, pemandu bas, Pemuda PAS dan pihak polis.

Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam desakannya berkata, bagaimanapun pihaknya mahu satu jaminan bahawa semua pihak diberi kebebasan untuk memberikan keterangan kepada jawatankuasa bebas itu bukannya dipaksa menyatakan sesuatu yang tidak benar.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan agensi yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan tidak perlu terlibat dalam jawatankuasa tersebut.

Menurut beliau, desakan agar ditubuhkan jawatankuasa tersebut dibuat berikutan kejadian 240 orang warga asing yang telah berkumpul di Istana Dugang Country Resort pada 12 Oktober lalu sehingga menimbulkan kecurigaan kepada Pemuda PAS berhubung beberapa perkara.

Katanya, kecurigaan pertama timbul ekoran kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman bahawa warga asing yang berkubu di resort itu bertujuan untuk kursus keusahawanan adalah tidak konsisten dengan bukti dan keterangan saksi.

"Antara keterangan yang diperolehi adalah pertama tiada sebarang kursus pun diadakan dalam tempoh 5 jam tersebut dan resort itu. Malah warga asing itu hanya mundar mandir dalam resort tersebut. Ini telah disahkan oleh petugas-petugas Pemuda PAS yang berada di lokasi kejadian," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Kecurigaan kedua, menurut beliau, tiada ekonomik suatu kursus dalam tempoh masa hanya 5 jam dengan jarak 800 KM pergi dan balik dari Johor Baharu ke Putrajaya untuk melatih 240 orang warga asing.

Katanya, ketiga, apakah keperluan untuk mengadakan kursus keusahawanan kepada warga asing yang tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini.

"Justeru, pihak polis seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam kejadian yang berlaku itu," katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Katanya, menurut saksi kejadian, terdapat ikrar yang telah dibacakan tanpa menggunakan mikrofon dalam bas yang memberi maksud bahawa kad pengenalan biru akan diberikan kepada warga asing itu dengan diminta mengundi parti kerajaan yang memerintah.

"Menurut saksi kejadian, terdapat seorang wanita yang memakai jaket JPN telah menaiki bas dari hentian Rawat & Rehat (R&R) Kulai, Johor dan telah memberi taklimat tertentu di dalam bas tanpa menggunakan microfon, tetapi tidak bersama kumpulan warga asing itu semasa di resort tersebut.

Katanya, menurut saksi kejadian, arah perjalanan warga asing itu sering berubah-berubah, apabila mulanya atas tujuan mesyuarat di Putrajaya, kemudian ada ura-ura dipecahkan di beberapa lokasi di Johor dan setelah sampai di Putrajaya, mereka berpusing-pusing di Putrajaya dan akhirnya diarahkan ke resort itu.

"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin seolah-olah lepas tangan dalam isu ini dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihan raya dan SPR.

"Pemuda PAS berpendapat bahawa Jawatankuasa Terpilih Parlimen ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihanraya di negara ini, bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan JPN," tegasnya.

Menteri Dalam Negeri juga, katanya, tidak mengetahui tujuan 240 orang warga asing itu berada di resort tersebut, sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang mengetahui tujuan mereka berada di situ.

"Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan-tujuan tertentu," ujar beliau. -HD


8 ulasan:

JayPieNo berkata...

bukan kat resort je..kat cawangan jpn pun berduyun duyun indon pergi pada hari sabtu...pemuda pas sila pantau

Tanpa Nama berkata...

wahai...pemuda2 PR sila rakamkan semua penyelewengan ini..upload kat you tube..barulah tertiarap BN tu...

Tanpa Nama berkata...

Maklumat pegawai bawahan JPN sendiri sememangnya berlaku tetapi mereka tidak dapat berbuat apa2 sebab arahan dari atas. Dakwa Menteri KDN dan KP JPN. Negara lain mungkin sudah dipancung kepala kalau buat kerja begini.

Tanpa Nama berkata...

tak ada ke pegawai2 JPN pro PR boleh kongsikan maklumat?

tanda soal berkata...

pegawai yg pro PR ramai..tapi takut kene buang kerja!(mcm la rezeki ni makhluk yg bagi....)

Tanpa Nama berkata...

Macam ni kalu sampai mampus pun PR tak akan menang, jawapannya satu sahaja, iaitu BERSIH 3.0 sedang menunggu...

Tanpa Nama berkata...

perancangan tersebut telah direstui oleh rejim UMNO untuk menghancurkah rakyat Melaysia sendiri,
UMNO pandai rakyat yang bodoh..

Tanpa Nama berkata...

Keris yang dicabut Hishammuddin akan menikam dirinya sendiri. Dia sudah menjualkan negara ini kerpada PATI sekadar untuk mempertahankan kuasa pemerintahan UMNO/BN.Pakatran Rakyat wajar buat satu keputusan - semua pengundi baru yang didaftar satelah dilaksana sistem bio-metrik,dikira tak boleh diterima terkecuali dari rakyat tempatan yang punya sijil kelahiran dinegara ini.