18 Okt 2011

Kulim Dilanda Ribut Lagi, 20 Rumah Rosak

Kulim: Dua puluh rumah di Mukim Padang China dan Sidam Kanan di sini rosak akibat dipukul ribut petang semalam, demikian lapor Bernama. Gambar fail.

Kejadian kira-kira 10 minit pada pukul 4.30 petang itu turut menyebabkan banyak pokok tumbang dengan satu daripadanya menghempap sebuah gerai nasi kandar di Jalan Sultanah Bahiyah.

Kawasan yang terlibat di Mukim Padang China ialah Kampung Syed Sheh, Tunku Putra, Sungai Badak dan Kampung Baru (sekitar Kilang Lama) manakala di Mukim Sidam Kanan pula ialah Kampung Nesa, Kampung Padang, Taman Bunga Raya dan Ladang Victoria (sekitar Padang Serai).

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakt Daerah Kulim Rohana Mohd Yusuff berkata 15 petugas JKM bersama kakitangan Pejabat pembangunan Persekutuan Daerah Kulim/Bandar Baharu membuat bancian kerosakan yang dialami penduduk kawasan terbabit hari ini.

"Bumbung dua rumah di Kampung Syed Sheh perlu diganti kerana diterbangkan angin," katanya.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana pi zul kulim?????? pi la buat lawatan kat kawasan lu...asyjk nk tunjuk pandai je...hal rakyat kat kawasan sendiri pun x ambil peduli...pru 13..kita bungkuskan si zul ni buang kat sungai...

gulai batang pisang berkata...

sat lagi dia mai la lani dia dok wirik lagi dia kan seorang islam yang sangat warak hampa toksah dok kalut la bila dia mai habiq hutang kawanx dia bayaq nuu...