27 Okt 2011

Cegah Murtad: Mantapkan Aqidah, Bukan Himpunan! - Prsiden PAS

PAS secara konsisten berpendirian bahawa kedah mencegah murtad adalah dengan cara memantapkan aqidah umat Islam itu sendiri seperti konsep yang ditunjukkan oleh al-quran dan Rasulullah S.A.W.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan hujah dengan ilmu dan perlaksanaan syariat yang tegas dan adil serta menghukum penganut Islam dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan adalah kaedah lebih lunak mencegah gejala tersebut.

"PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh Al Quran dan Rasulullah S.A.W. dengan cara memantapkan aqidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil, menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan dengan uslub hiwar antara agama dan tamadun, serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam yang adil dan sempurna," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian dipercayai sebagai mengulas pendekatan pihak tertentu yang menganjurkan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini bagi membantah usaha kristianisasi umat Islam.

Bagi PAS, kata Tuan Guru Abdul Hadi, pendekatan berhimpun tersebut ibarat "cuba menangkap segelintir pencuri yang ada bersama dalam himpunan tersebut".

Selain itu beliau mempersoal, jika perhimpunan itu satu bantahan, kepada siapa ianya dituju, dan apakah kesannya.

"Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan uslub yang akan diambil?," soalnya.

"PAS tidak bersedia bangkit laksana keluar beramai-ramai untuk menangkap hanya segelintir pencuri yang berjaya melepaskan diri, dengan cara pencuri berada sama dikalangan orang ramai yang memburunya, sama-sama meneriakkan : Pencuri! Pencuri! Akhirnya pencuri hilang bersama suara laungan yang berkumandang," katanya lagi.

22 Oktober lalu, beberapa NGO Islam mengadakan Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam atas menyelamatkan aqidah umat Islam.

PAS bagaimanapun mengambil sikap tidak terlibat dengan himpunan itu ekoran menghormati penganjur yang tidak mahu melibatkan penyertaan parti politik. -HD

Ulasan GB

Itu kenyataan Presiden PAS. Kepada pemimpin PAS yang hadir di HIMPUN dan juga mereka yang menyokong HIMPUN terutama sayap pemuda PAS, baca betul-betul apa yang Ustadz Hadi telah sampaikan di atas. Jangan jadi terlebih sudu dari kuah. Satu tamparan ke muka Exco Selangor yang bernama Hassan Ali dan Ketua Pemuda, Nasruddin Hassan Tantawi yang hadir melalui proksinya Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman.

Hujjah yang dikemukakan Presiden PAS pernah GB utarakan di blog ini. Petikan.

Pencuri yang berlari-lari kemudian menjerit-jerit "pencuri, pencuri" untuk menuduh orang lain mencuri supaya dia dapat selamatkan diri dari di kejar oleh orangramai yang sedang mengejar pencuri..


Malah penganjur HIMPUN belum pun menjawab soalan yang GB kemukakan iaitu jika benar nak pertahankan aqidah, kenapa tiada agenda solat Asar di hari perhimpunan?

Dan seperkara lagi yang menjadi persoalan, himpunan itu untuk memperjuangkan dan mempertahankan aqidah, tetapi mengapa tiada agenda solat Asar berjemaah dimasukkan? Majlis habis kira-kira jam 6.15 ptg. Apakah kesemua berkesempatan untuk sampai ke masjid atau rumah di dalam tempoh 45 minit sebelum masuknya waktu Maghrib? Daripada 5,000 itu berapa ramai agaknya yang tertinggal dan tak solat Asar sedangkan solat Asar itu menurut sesetengah ulamak adalah solat wustha (utama)? Tidak ada alasan darurat yang boleh digunakan untuk peristiwa semalam. Sedangkan waktu perang pun solat masih wajib didirikan (dengan kaedah tertentu), inikan pula di satu majlis demonstrasi yang hadirinnya kelihatan santai dan besahaja..

Apa ke jadahnya pertahankan aqidah jika Solat Asar pun tercicir? Jadikan teguran ini satu peringatan sekalipun mungkin nada GB keras demi mengelakkan kita terjerumus dan menjerumuskan umat ke lembah kebinasaan



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa himpun BERSIH tu ada solat zohor and asar jemaah ker? tak perlulah tuduh org tu tak solat, dia ni tak solat..tolonglah matang dalam berhujah...

Tanpa Nama berkata...

buang kerajaan BN baru boleh ubah undang-undang negara berkaitan islam

Tanpa Nama berkata...

anon 2:10

tak nampak ke org islam berpusu-pusu ke masjid? sampai org solat pun di kejar polis malah ada tembakan FRU.

Tanpa Nama berkata...

nak pertahankan aqidah, waktu solat asar pun langgar.... mufti plak tu, exco agama plak tu

Ismi Azraf berkata...

Isu murtad bukanlah sekadar kristianisasi kerana bukan terlalu mudah hendak mengkristiankan seseorang individu,malah berbagai punca murtad boleh berlaku seperti sekular.

Tidak salah berhimpun umat Islam tetapi perlulah untuk penerangan secara jelas segala punca murtad dan jalan penyelesaian dan usaha berterusan dalam memantapkan akidah.

Mungkin ada sebab kenapa sayap pemuda hadir,mungkin hadirnya sebagai individu Islam dan sebagai pemerhati untuk melihat himpunan tersebut secara lebih adil.

Tanpa Nama berkata...

anon 2:10 tulis "apa himpun BERSIH tu ada solat zohor and asar jemaah ker? tak perlulah tuduh org tu tak solat, dia ni tak solat..tolonglah matang dalam berhujah..."

bodoh bin bangang, BERSIH untuk bersihkan pilihanraya, HIMPUN kononnya untuk selamatkan aqidah...

nak selamatkan aqidah apa ke bendanya kalau azan Asar dari Masjid Besar Shah Alam pun buat2 x dengar?

Tanpa Nama berkata...

anon 2:10,nampak sangat tak mengikuti parkembangan yg berlaku dalam himpunan bersih itulah asyik sangat dengan berita2 yg dipaparkan melalui tv3/4 dan utusex ahirnya fikiran jadi jumud.
himpunan bersih tujuannya untok menyampaikan memo kepada YDP, ianya dihaziri oleh berbagai kaum dan agama, tujuanya untok menyatakan tak puas hati kita terhadap sistem pilihanraya yg ada.
walau bagamana pun umat islam yg hazir dalam bersih itu tetap menunaikan solat ada dikalangan yg hazir dimasjid untok bersolat telah dihalang oleh pehak polis.

Tanpa Nama berkata...

Salam, sepatutnya dikatakan bhw sepatutnya dijadikan solat asar itu salah satu agenda utama dalam HIMPUN, kerana sememangnya ia adalah agenda utama kehidupan mukmin.
Perlu dipertimbangkn kesan jika ia tidak dijadikn agenda ada kemungkinan hadirin terlepas solat asar sama ada dgn sengaja atau pun tidak. Adakalanya kita perlu lebih kpd tarbiah drpd terus menghukum di atas kekurangan saudara2 kita. TG Hi Hadi bercakap dr segi pendekatan ilmu & syariat, maka jgn dilihat ia adalah agenda politik sempit semata-mata. Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

yg nyata HIMPUN bukan untuk pertahankan aqidah jika bab paling asas iaitu agenda solat sendiri diabaikan.

terdedah bahawa HIMPUN mempunyai matlamat yg lain, agenda politik perkauman sempit untuk peralatkan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun tujuan BERSIH adalah berkaitan pilihanraya saya ada terlihat gambar2 yang menunjukkan ada diantara peserta yang sembahyang berjemaah di jlnraya dan dibawah pokok ketika demo diadakan..dan peristiwa itu sangat menyentuh perasaan saya..secara peribadi saya anggap itu salah satu daripada dakwah...mungkin anon 2:10 terlepas pandang agaknya..mungkin kalau blog Tuan ada menyimpan gambar2 tersebut,boleh siarkan sekali lagi..

Tanpa Nama berkata...

cuba lihat di SINI

matsebambu berkata...

Betul cakap TGHA tu.Perkokohkan Akidah,itu penting dan jadi benteng murtad.Tapi kalau nak buat kuliah magrib pun nak pakai tauliah,kerajaan pulak asyik adakan acara-acara maksiat bila menyambut sesuatu perayaan, show tv yang sudah diharamkan oleh Majlis Fatwa diteruskan juga - ini semua macam menyiram air kedaun keladi.Kerajaan mesti tunjuk bukti dulu nak tegakkan akidah,luluskan Akta Murtad,perbaiki sistem agihan wang zakat,itu baru betul.Berhimpun 10 juta orang pun kalau kerajaan UMNO/BN tak kisah soal akidah umat Islam,berhimpun buang masa dan tenaga aje.

hakem berkata...

saya nk berkongsi sikit..kawan saya ada pergi HIMPUN tempoh hari..sy tny dia apa yang ko dapat..die ckp xdapat apa2 pon..seperti curah air di daun keladi..msj yg disampaikan xmenyeluruh pon..silap2 yg hadir pon ibarat masuk telinga kanan kuar telinga kiri..sy bukan nk kondem HIMPUN, secara peribadinya saya sokong matlamat HIMPUN iaitu nk menyelamatkan akidah..tp lebih elok sebar melalui media massa, media cetak wujudkan kesedaran berkenaan gejala murtad..itu lebih senang kan..HIMPUN xsama dengan BERSIH..BERSIH diadakan sebab dah ajak berbincang bnyk kali tp ditolak dan dinafikan hak..sebab tu pemimpin perbangkang, NGOs, rakyat berhimpun utk protes menyatakan ketidakpuashati mereka terhadap sistem pilihanraya..wallahualam;)