22 Jul 2011

Peserta BERS✔H Solat Dengan Tangan Diikat Polis, Tiada Dalam Video PDRM

Gambar peserta Bersih solat dengan tangan diikat polis
bukti 'layanan baik' polis Malaysia

Inilah layanan baik polis Malaysia yang tak mampu ditayang dalam video cut and paste polis.

Tidak bolehkah mereka membuka ikatan bagi membolehkan anak muda ini bersolat dengan selesa berhadapan Allah.

Anak muda ini bukan pembunuh, perompak , perogol tapi umat Islam yang taat kepada perintah Allah.

Anak-anak muda ini adalah antara yang ditahan secara zalim semasa Himpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

Mereka bersolat dengan keadaan tangan bergari (terikat). Polis hanya melihat sahaja mereka bersolat, Polis tidak solat bersama.

PAS terbukti berjasa mentarbiyyah ahlinya untuk sentiasa istiqamah mengerjakan solat walaupun dalam keadaan apa sekalipun.

Gambar ini diambil berhampiran Dataran Maybank.

Syabas kepada anak-anak muda ini ............ -PASPB

Ulasan GB

Allah dan RasulNya jadi saksi kezaliman polis.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allahu Akbar!!!!
di Malaysia ke ni???
Di bawah pemerintahan siapa ni?? DAP ke??

Tanpa Nama berkata...

Bangkai gajah tak akan dapat ditutup dgn nyiru.....Allah pasti akan membalas kezaliman yg mereka buat....jika tidak di dunia pasti di akhirat...

Dr mAsri berkata...

Kalau ada seratus polis... yg solat tak habis 10 jari kira

mie berkata...

subhanallah..
tangan berikat?
macamana nak amik wudu'

hehehe
patut patut la fitnah..
org lain pun islam gak,
jgn sesaja maen api..
kang masuk syurga dunia jek..
kat sana.. ? ...

UMproNO berkata...

mie...alahai...kesian...

dalam keadaan darurat ada cara bagaimana nak berwudu...

dan mungkin juga mereka telah berwudu sebelum mengadakan perhimpunan BERSIH...kesian..mie...masih nak menyokong anjing2 UMproNO...

Tanpa Nama berkata...

pada mie kau dalami lah islam dulu baru kau komen bagai mana mereka ambil wuduk

Tanpa Nama berkata...

Aku respect mereka2 ni yg tetap bersolat walaupun di tepi bangunan dlm keadaan tangan terikat..
Salute to you all.

Tanpa Nama berkata...

bro...
mie tu tau mandi junub n istinjak aje kot..

Tanpa Nama berkata...

mie...

mcm ni niat mandi junub.

sahaja aku mandi junub kerana ALLAH taala.

KALAU ADA KEMUSYKILAN LAGI HG BOLE TANYA UST KAZIM........

Tanpa Nama berkata...

jangan tanya ustaz kazim pi tanya ustaz najib dia lebeh alim malah lebeh warak dari nik ajis dan hadi awang maklumlah tok guru katakan.

Tanpa Nama berkata...

sedikit lagi fajar akan menyinsing..ALLAHHUAKBAR