27 Okt 2011

[Bergambar] 3 Kereta Terbabit Dalam Kemalangan Terbakar, Suami Isteri Rentung

Suami Isteri Rentung, Dua Anak Cedera Parah Pada Pagi Deepavali

Seremban, 26 Okt (Bernama) -- Hasrat sebuah keluarga untuk meraikan Deepavali di rumah seorang daripada anggota keluarga mereka di Alor Gajah, Melaka tidak kesampaian apabila pasangan suami isteri itu maut manakala dua anak mereka cedera parah dalam kemalangan di Batu 10, Jalan Seremban-Tampin, Rabu.

P. Mugunthan, 42, dan isterinya, K. Sothi, 36, rentung dalam kereta Honda Civic mereka yang terbakar selepas terbabit dalam nahas jalan raya dengan dua lagi kenderaan pada kira-kira 8.56 pagi, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Zamrus Zainal.

"Kedua-dua anak lelaki mereka yang berusia 13 dan 10 tahun berjaya diselamatkan oleh orang ramai," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Dua lagi lelaki yang memandu kereta Proton Iswara dan Toyota Camry yang terbabit dalam kemalangan itu juga terselamat, katanya.

Mayat pasangan suami isteri itu dihantar ke Hospital Seremban untuk bedah siasat dan kedua-dua anak lelaki mereka turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan, kata Zamrus.







foto-foto ehsan fotoBernama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dasar RON95 BN biar rakyat mati terbakar, bukan ada kaitan dengan BN dan UMNO

Tanpa Nama berkata...

betul tu..sejak pengenalan ron 95..byk kete terbakar bila eksiden..ron 95 xstabil..