6 Okt 2011

Bukan Makanan, Tapi Kondom Dihantar Untuk Mangsa Banjir Di Thailand

Thailand telah mengedarkan sejumlah kondom kepada mangsa-mangsa banjir bagi mengelak peningkatan kehamilan yang tidak dirancang.

Lima buah helikopter mula memindahkan bekalan perubatan termasuk kondom daripada Kementerian Kesihatan di Bangkok ke tujuh buah lokasi di Lop Buri.

"Para sukarelawan memberitahu kami bahawa penduduk kampung tidak dapat melakukan sebarang perkara semasa banjir, justeru bagi mengelak satu pertumbuhan pesat bayi, kami menambahkan kondom," kata seorang pegawai di Institut Perubatan Kecemasan Thailand, lapor AFP.

Banjir monsun yang luarbiasa kali ini telah mengorbankan 237 nyawa dan melanda tiga perempat negara Thailand, termasuklah bandar Chiang Mai di utara dan ibu kota lama Ayutthaya, yang kedua-duanya merupakan destinasi pelancong yang popular.

Jutaan rakyat mengalami kehilangan dan kerosakan tempat tinggal akibat banjir yang ada diantaranya sehingga beberapa meter dalamnya.

Pihak tentera telah dikerah untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dan kem-kem dibuka untuk menempatkan .mangsa-mangsa banjir

Pihak berkuasa juga sedang berusaha untuk mengatasi banjir dari melanda Bangkok, namun pihak peramal kajicuaca meramalkan keadaan ribut petir akan terus berlaku.

Menteri Sains dan Teknologi, Plodprasop Suraswadi mengakui bahawa kerajaannya sedang mengalami ketewasan dalam "berperang".

“Kita tak berupaya untuk menahan hujan dari turun dan sukar untuk mengalirkan air ke laut. Kami sudah lakukan segala-galanya namun ia tidak memadai,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, laporan menyatakan banjir besar telah melanda 46 kilang di Kawasan Perindustrian Saha Rattana Nakorn di Ayutthaya.

Anggaran kos kerosakan akibat banjir kali ini mencecah 30 billion baht.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Sex adalah keperluan fitrah manusia. Dalam apa keadaan pun keperluan/hajat ini perlu "ditunaikan".

Aku pernah mendengar cerita dari rakan yang bekerja di India & Pakistan. Dalam ketiadaan rumah yang sempurna dan kehidupan yang dhaif pun semakin ramai anak dilahirkan di sana, walaupun dalam khemah yang tiada bilik dan dihuni oleh ahli keluarga yg ramai. Naluri "hajat sex" amat kuat.

Pada pendapat aku langkah kerajaan Thai tu amat positif... mungkin makanan juga ada dihantar tapi berita tu kurang nilai komersial.

AzMiR

ALFARUQI berkata...

Sebenarnya di Thailand lebih dikenali dengan perdagangan sex dan mejoriti pelancung masuk ke Thailand lebih kepada mencari kepuasan sex. Kerajaan Thailand sendiri mendapat keuntungan tersebut. Oleh itu mereka menjaga keselesaan pelancung yang ingin melakukan hubungan sex.