15 Sep 2011

Tiba-tiba 10,000 Nama Terkait Dgn K/P Palsu Dikeluarkan Oleh SPR Dari Daftar Pemilih...

Kehilangan 'pengundi klon' menghairankan PAS

Pemuda PAS mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua bulan telah mengeluarkan nama lebih 10,000 pengundi yang dikaitkan dengan kes 'kad pengenalan palsu'.

Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih.

"Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.

"Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya.

Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwannya.

Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini.

Shubungan itu, katanya, bukti yang dibangkitkan melambangkang kecelaruan kerja dalam JPN yang memerlukan siasatan segera yang menyebabkan pilihan raya tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Suhaizan juga mendakwa, tiga daripada enam pengundi 'kembar' - mempunyai nama sama dan nombor kad pengenalan hampir sama - kini tidak lagi mempunyai rekod dalam sistem semakan daftar pemilih.

Pemuda PAS mendakwa, semakan mereka semalam mendapati dua pengundi Perlis dan seorang pengundi Kedah yang didedahkan media 17 Ogos lalu kini tiada lagi dalam rekod dalam talian SPR.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, kehilangan data Azhar Ahmad, Besah Mat Dan dan Mansor Abdullah menimbulkan persoalan besar apakah data itu juga termasuk dalam kes kad pengenalan palsu dalam pilihan raya.

Sehari selepas Malaysiakini melaporkan dakwaan enam pengundi 'kembar' itu, Sinar Harian melaporkan bahawa kesemua mereka memang wujud dan ditemui, sekali gus menafikan keraguan PAS bahawa kemungkinan terdapat pengundi tidak sah. -mk


Pemuda PAS dakwa kesan lebih 10,000 IC palsu

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa mengenal pasti terdapat lebih 10,000 kes kad pengenalan (IC) palsu.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, buktinya, pertama yang paling jelas adalah melalui kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang disiarkan The Star pada 24 Julai lalu.

Katanya, Wan Ahmad mengakui bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menambah, bukti kedua adalah melalui data yang telah dikeluarkan SPR daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).

“SPR telah mengeluarkan dua jenis data yang telah dibongkar oleh Dewan Pemuda PAS iaitu, pertamanya isu dua nama yang sama memiliki nombor kad pengenalan yang hampir sama, dan keduanya isu satu kad pengenalan lama dimiliki dua individu,” ujarnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, tengah hari ini.

Katanya, antara perkara yang menjadi persoalan pihaknya kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah SPR mengenal pasti kad pengenalan palsu berdasarkan kepada maklumat JPN.

Menurutnya, apabila SPR telah membuat pengesahan maklumat daripada JPN, maka langkah seterusnya adalah mengeluarkan maklumat pemilih palsu tersebut daripada DPI.

"Persoalannya, bagaimanakah dalam masa singkat, dua bulan sahaja JPN begitu mudah mengenal pasti data palsu dalam pangkalan datanya?

"Bagaimana JPN bolah mengesahkan salah satu data tersebut tidak sah?" soalnya.

Katanya lagi, bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.

"Persoalannya, apakah JPN sememangnya sudah memilik senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?

"Apakah JPN terlibat dalam penyelewengan kad pengenalan palsu," tanya beliau lagi.

Kalau Pemuda PAS yang tidak boleh masuk ke dalam bilik kebal JPN pun boleh membuktikan lebih 10,000 kad pengenalan palsu, beliau bertanya berapa jumlah sebenar kad pengenalan palsu yang telah dikeluarkan JPN.

Beliau berkata, bukti-bukti yang Permuda PAS bangkitkan adalah melambangkan kecelaruan kerja yang terdapat dalam JPN dan mendesak agar siasatan segera perlu dilakukan ke atas jabatan itu.

Tegasnya, pilihan raya tidak boleh diadakan dalam waktu terdekat jika kecelaruan maklumat di peringkat JPN dan akan menjejaskan SPR.

"Pemuda PAS bertekad akan terus membongkarkan manipulasi pilihan raya ini sehingga SPR dan JPN benar-benar bersih dan adil," tegasnya lagi. -HD




4 ulasan:

Khairi berkata...

Jgn terkejut, buang sementara waktu je, lepas PR & rakyat sibuk dgn isu lain yg cuba dialih oleh UMNO/BN, boleh masuk balik, inikan Malaysia Boleh, dah lupa?

Tanpa Nama berkata...

Benda haram pun boleh convert jadi halal. Selagi melayu bodoh selagi tu umno hidup.

adam berkata...

SPR-JPN perlu bekerjasama bagi menangani isu seperti IC palsu yang didaftarkan. Saya percaya JPN mempunyai kepakaran dalam hal ini.

adam berkata...

kepada mereka yang arif mengenai pendaftaran pengundi dan ic palsu,idea penyelesaian anda dialu-alukan. Tk