15 Sep 2011

Noh Omar Gelabah Mengenai Konspirasi Penjarakan Khir Toyo

Konspirasi tumbangkan Dr Khir: Noh 'tak tahu menahu'

Menteri Pertananian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar "tidak tahu menahu" mengenai dakwaan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa tiga menteri persekutuan dalam kabinet sedang berkonspirasi bagi mengenakannya.

"Saya tidak tahu. Saya tidak ada komen. Awak kena tanya dia (Dr Khir)," kata Noh ketika ditemui pemberita sewaktu sambutan Aidilfitri anjuran kementeriannya di Serdang.

Diasak pemberita mengapa Dr Khir menimbulkan perkara ini di dalam blognya, Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang, sambil tersenyum, berkata:

"Saya tidak tahu, awak pergi tanya dia. Kena pergi tanya dia. Saya tidak tahu".

Dalam blognya 23 Ogos lalu, Dr Khir menulis ada menteri persekutuan yang sedang berkonspirasi agar beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah supaya membolehkan Selangor dapat dirampas semula oleh BN dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun Dr Khir tidak mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan walaupun yakin sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Noh adalah menteri kabinet mewakili Umno yang tunggal dari Selangor dan beliau juga adalah timbalan ketua badan perhubungan Umno Selangor .

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo, yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar - seteru politik Dr Khir - sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Pada 8 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan bekas menteri besar itu membela dirinya berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Dr Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.-mk

Ulasan GB

Sewaktu pendedahan itu dibuat oleh Khir Toyo, GB telah mengulas begini:

Tak tentu arah Khir Toyo sekarang ini apabila ada skrip lain sedang mengatasi skrip untuk membebaskannya.

Maka didedahkanlah skrip dari 3 Menteri Kabinet yang dikatakan sedang berkonspirasi untuk beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Tetapi beliau tak dedahkan pula bahawa sebelumnya ada skrip lain dari kalangan pihak paling berkuasa di dalam sistem kehakiman negara untuk membebaskan beliau dari tuduhan rasuah. Buktinya: apa pihak yang sudah menyuruh beliau duduk diam-diam dan jangan buat kenyataan mengenai kesnya.

Tetapi mungkin Khir berang kerana tak tahan kena bela diri di atas tuduhan rasuah, maka beliau buat juga kenyataan dedahkan apa yang dikatakan konspirasi menteri-menteri berkenaan terhadap dirinya. Sepastinya beliau sudah diberitahu ada kemungkinan skrip asal untuk membebaskannya sudah ditewaskan dengan skrip lain yang lebih bermutu tinggi.

Tak apalah Khir. Tuan pun dah lama "sapu" bersih wang rakyat semasa menjadi MB. Mungkin di dalam penjara tuan boleg "berriadah" memperbanyakkan ibadah menyuci diri dan kemudiannya siapa tahu diterima semula ke dalam masyarakat macam Mokhtar Hashim yang pernah jadi seorang Menteri kabinet kemudian, dihukum gantung sampai mati, kemudian mendapat keampunan dari Yang Di Pertuan Agong dengan cuma dipenjara seumur hidup. Kemudian setelah menjalani 10 tahun dalam penjara, beliau mendapat keampunan daripada Agong untuk dibebaskan.

Gigil tak bila GB kata kena masuk penjara jugak? Relaxler. Lom kena lagi. Doa banyak-banyak.


Baca entri sebelum ini:




4 ulasan:

Awanama berkata...

Didalam politik UMNO.. pada pagi hari mereka (Pemimpin UMNO)bersama sama minum kopi dan bermesra sebagai kroni kuat antara satu sama lain dan petang hari MEREKA (Pemimpin UMNO)juga bergaduh untuk merebut kuasa memerentah dan kuasa untuk merebut kekayaan diri sendiri untuk anak beranak dan kroni mereka sehingga habis wang dari cukai rakyat dikikis termasuk wang dalam kocek rakyat hendak di rembat oleh mereka yang berkuasa dalam UMNO.
Politik dalam UMNO hanya untuk orang hipokrit sahaja.
Rakyat jujur kena tipu hidup hidup.

mangchikla berkata...

takut biler dah masuk jail nanti jadi sasaran abg2 ensem yg gersang dan bergelora jiwa tgk pipi abg khir yg tembem tu, auwwww, tak relaaaa u! Kat luar u la hebat, dalam sana ade 'negara' tersendiri siap ngan PM dan TPM nyer dan para menteri kabinet..

Awanama berkata...

Apa perlu gelabah, apa perlu nak jawab. Soalaan bukan ditujukan kepada kamu. Macam pepatah lama sahaja 'siapa makan lada dialah merasa pedasnya'. Hi ..he..

pokpoktutu berkata...

pnjrakn khir toyo!..aku sokong dato noh...
apa nk tkutkn dgn khir toyo yg smmangya tlh lkukn bnyk pnylwengan...
aku grenti klo khir toyo kna pnjra ranking umno kt Selangor akn naik dan dato noh jd MB... tp jgn hdiahkn PENYAPU ha!