14 Sep 2011

[Video] Mohd Sabu Saman Utusan Malaysia, Muhyiddin & Musa Hassan Bakal Disaman Juga

Komunis: Utusan Malaysia disaman

KUALA LUMPUR, 14 sept: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran satu berita yang didakwa memfitnahnya berhubung isu komunis.

Saman tersebut difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Ianya berikutan laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya hanya mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah terutama tuduhan komunis, tuduhan sebagai pengganas dan mempertikai aqidah.

"Fitnah-fitnah yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka kita perlu ambil tindakan undang-undang," kata Mohamad pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS hari ini.

Turut serta pada sidang media itu peguam mewakilinya, Hanipa Maidin.

Menurut Hanipa, saman tersebut menamakan dua pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai pencetak dan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu.

Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah.

Dalam laporan Utusan Malaysia 27 Ogos lalu, akhbar itu menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia.

Ekoran laopran itu juga menurut Mohamad, beliau dan anggota keluarganya yang lain menerima pelbagai ugutan termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ‘awak patut bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan kamu.’

Beliau berkata, ada juga mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa memesongkan kenya­taannya.


Mat Sabu saman Utusan, Muhyiddin menyusul

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam isu tokoh kontroversi Mat Indera.

Peguam Hanipa Maidin berkata, writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

mohamad sabu, PAS deputy presidentPengarang Utusan Datuk Aziz Ishak dinamakan sebagai defenden pertama manakala Utusan Melayu (M) Bhd sebagai penerbit dinamakan sebagai defenden kedua.

Menurut Hanipa, saman itu difailkan berikutan tiga laporan Utusan pada 27 dan 28 Ogos yang didakwa memetiknya melabel Mat Indera sebagai komunis, menuduhnya sebagai "komunis sebenar dan didakwa "mengangkat kezaliman komunis sebagai kemuliaan".

Laporan muka depan pada 27 Ogos itu memetik ucapan Mohamad di Bukit Gelugor, Pulau Pinang manakala dua laporan sehari selepasnya memetik pemegang Pingat Jasa Malaysia Kanang Anak Langkau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

'Tuduhan politik' tidak disaman

Hanipa berkata, dalam writ saman yang difailkan, Utusan dituntut menarik balik penyiaran laporan itu, membuat permohonan maaf selama tiga hari di muka depan dan membayar gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi melampau, dengan kos kepada anak guamnya.

Jumlah saman tidak dinyatakan dan diserahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

Katanya, walaupun Utusan menjawab notis tuntutan yang dihantar anak guamnya sebelum ini, mereka mengambil keputusan meneruskan tindakan undang-undang kerana jawapan itu tidak menyatakan penarikan balik laporan dan pemohonan maaf akan dibuat.

"Atas keengganan itu, saya diarahkan anak guam saya meneruskan tindakan undang-undang," kata peguam PAS itu dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara Muhydin pula akan disaman kerana enggan membuat penjelasan walaupun diberikan peluang berdebat atau berdiolog dengan Mohamad berhubung isu berbangkit, kata Hanipa.

Sementara itu, Mohamad berkata, saman itu dibuat kerana tuduhan yang dibuat, termasuk mengelarnya sebagai "pengganas", "komunis" dan menyuruhnya "bertaubat dan bertakwa" boleh menyebabkan keselamatannya dan keluarga terjejas.

Katanya, ia tidak seperti "tuduhan politik" yang dibuat terhadapnya seperti gelaran bacul dan penakut yang boleh dijawab melalui media dan program penerangan PAS. -mk


Mat Sabu saman Utusan, Muhyiddin dan bekas IGP menyusul

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Selepas memfailkan saman terhadap Kumpulan Utusan dan Ketua Pengarangnya Datuk Aziz Ishak hari ini, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memfitnahnya kononnya mengagungkan-agungkan komunis.

Pagi ini Mohamad yang diwakili peguam PAS Mohamad Hanipa Maidin telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memfitnah pemimpin nombor dua parti Islam itu melalui artikel muka hadapan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu.

“Hari ini kita telah failkan saman di atas fitnah yang dilakukan di muka depan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu, saya hanya akan mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah-fitnah terutamanya tuduhan komunis dan pengganas... semua tuduhan lain adalah tuduhan politik yang kita boleh jawab.

“Fitnah-fitnah boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka perlu ambil tindakan undang-undang, saman ini adalah perkara yang ditimbulkan, yang saya langsung tidak sebut dalam ucapan pada 21 Ogos lalu di Tasik Gelugor, Pulau Pinang,” kata Mohamad pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Beliau yang mesra dengan panggilan “Mat Sabu” memberitahu saman terhadap Muhyiddin akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Hanipa.

“Beliau (Muhyiddin) kaya, kalau saman pun tidak mengapa,” katanya.

Mohamad juga kesal dengan tindakan Muhyiddin yang menolak untuk berdebat mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Jelas beliau, keengganan Muhyiddin untuk berdebat menyebabkan beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno itu.

Selain Muhyiddin, Mohamad juga akan memfailkan saman terhadap bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan kerana menyifatkannya sebagai pengganas dan pengkhianat negara.

“Itu kena tanya beliau (Muhyiddin), saya lebih rasa yang baik adalah debat atau dialog sebab tuduhan beliau bersangkut paut dengan akidah.

“Tuduhan ini adalah tuduhan berat, beliau suruh saya bertaubat dan bertaqwa sebab itu kita tawarkan penyelesaiaannya,” katanya menjawab keengganan Muhyiddin untuk berdebat.

Muhyiddin sebelum ini berkata Mohamad perlu balik ke landasan betul dan berpegang kepada prinsip takwa menambah sebagai seorang pemimpin Islam beliau patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan sentiasa bercakap benar.

Sementara itu Hanipa berkata, saman dibuat ekoran keengganan Utusan Malaysia untuk meminta maaf dan menarik balik artikel bertarikh 27 Ogos yang telah menimbulkan kontroversi.

“Jadi saman ini ekoran notis tuntutan yang kita hantar sebelum ini walaupun Utusan Malaysia ada balas tetapi mereka tidak menyatakan akan minta maaf atau tarik balik fitnah yang mereka buat terhadap Mohamad Sabu.

“Saman ini lebih kepada tuduhan mengaitkan Mohamad Sabu dengan komunis sedangkan tuduhan itu tidak berasas, selepas ini kita akan serahkan salinan writ saman kepada Utusan Malaysia dan saya percaya mereka akan lawan ... mereka akan lawan habis-habisan,” katanya.

Kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, tiada jumlah saman dikemukakan sebaliknya menyerahkannya kepada hakim untuk menentukan jumlah saman sekiranya menang.

“Kita tidak letak jumlah saman, biar mahkamah yang tetapkan jumlah sekiranya kita menang, kita juga minta Utusan Malaysia siarkan permohonan maaf selama tiga hari dan tarik balik artikel yang disiarkan.

“Selepas ini saya diarahkan untuk failkan saman terhadap Muhyiddin dan Musa Hassan yang mengatakan Mohamad adalah pengkhianat dan pengganas,” katanya. -TMI



6 ulasan:

adam berkata...

Segalanya dapat ditonton di dalam youtube. Sememangnya komunis tidak sesuai dijadikan contoh. Memohon maaf adalah perkara terbaik bagi menjernihkan keadaan. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

tapi najib cakap komunis sekarang baik...tak jahat dah..hehe. tapi pasal apa ahli PSM ditangkap kononnya cuba sebar fahaman komunis?...kan najib cakap komunis baik?...pening2...

1 Malaysia berkata...

Hai Adam,
Komunis tak sesuai dijadikan contoh? UMNO sekarang ni pun apa kurang, boleh dijadikan contoh tak?
Yang paling sesuai dijadikan contoh ialah ISLAM aje. Kalau ada sedikit saja pemikiran yang tak seiring dengan Islam, maka tak sesuai dijadikan contoh, terutamanya mereka yang bersaksikan Allah swt sebagai Tuhan mereka dan Nabi Muhammad saw ialah Pesuruh Allah swt.

hussein berkata...

Walau pun Mat Sabu baru saman Utusan Malaysia tapi dalam banyak perkara dia sudah menang.

(1)31hb Ogos bukan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu sebab Dr.Mahathir,bekas PM Malaysia dan Prof.Zainal Keling kata Tanah Melayu,tak pernah dijajah.Jadi UMNO bukan pejuang kemerdekaan.
(2) Tak perlu sambut Hari Kemerdekaan 31hb Ogos - Mat Sabu dah selamatkan berjuta wang rakyat kerana pembaziran sambutan Hari Merdeka.
(3) Melatahnya pemimpin-pemimpin UMNO dan Profesor-profesor serta pakar-pakar sejarah - menjadikan ramai yang mahu sejarah Malaysia
dikaji semula dan ditulis semula.
Disini pun Mat Sabu dah menang.

adam berkata...

1 Malaysia: Jalan penyelesaiannya adalah Mat Sabu meminta maaf kepada keluarga anggota kejadian Bukit Kepong + utusan Malaysia berhenti menyemarakkan api perkauman dan fitnah = selesai kes. Setuju?

kita berkata...

saya x berapa nak setuju la nak mintak maaf kat anggota keluarga bukit kepong tu. sebab dalam hal nih ada dua pihak yang terlibat. mintak maaf dekat keluarga polis, keluarga mat indera pula terasa. dan begitulah sebaliknya.

bagi saya, dua2 pon hero. polis mungkin berjuang untuk mempertahankan rakyat dari komunis yang kejam. komunis mungkin berjuang mempertahankan rakyat dari polis yang korup.