19 Sep 2011

Anak Pengarah Di Putrajaya Dicekup Khalwat Jam 3 Pagi

Anak pengarah disyaki khalwat

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan anak perempuan seorang pengarah agensi kerajaan beribu pejabat di sini kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah hotel murah di Dengkil, dekat sini, awal pagi kelmarin. Gambar fail.

Difahamkan, perbuatan remaja perempuan berusia 19 yang bekerja sebagai kerani dan teman lelakinya berusia 26 tahun itu terbongkar selepas pegawai penguat kuasa JAIS dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyerbu bilik hotel disewa pasangan terbabit, kira-kira jam 3 pagi.

Sumber JAIS berkata, ketika serbuan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang memberi salam, mengetuk pintu beberapa kali serta menunggu kira-kira setengah, sebelum ia dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.

Katanya, pihak berkuasa kemudian melakukan pemeriksaan lanjut, sebelum menemui seorang remaja perempuan berpakaian lengkap yang sedang bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotel terbabit.

"Ketika disoal siasat lelaki dan remaja perempuan terbabit mengaku mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram yang sah. Malah, remaja berkenaan meminta dilepaskan kerana dia adalah anak seorang pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya.

“Teman lelakinya pula merayu supaya dilepaskan kerana mereka sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.

"Bagaimanapun, helah pasangan terbabit terbongkar selepas remaja perempuan terbabit akhirnya mengaku bahawa mereka hanya kawan biasa dan tidak pernah bertunang dengan lelaki berkenaan," katanya ketika ditemui di sini.

Mereka adalah antara enam lelaki dan wanita berusia 19 hingga 27 tahun ditahan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang dalam operasi cegah maksiat sempena sambutan Hari Malaysia di sekitar daerah Sepang, mulai jam 1 hingga 4 pagi, kelmarin.

Semua pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) (a) dan Seksyen 29(1) (b) Enakmen jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika didapati bersalah oleh mahkamah. -BH

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus JAIS, TERUSKAN KERJA MURNI INI (MENCEGAH MAKSIAT), TAPI KALAU ANAK MENTERI ATAU PM BERANI KE? ........., TAKAP CICAK MENGKARUNG, CUKUP HEBAT. BERUANG, SERIGALA, HARIMAU BEBAS TANPA GANGGUAN.

paktehku berkata...

... jangan fikir ibu bapa kamu berjawatan tinggi dalam kerajaan,jangan fikir kamu boleh melakukan sesuka hati kamu je ... kamu lupa bahawa kamu di perhatikan tentang tingkah laku kamu tu...

orang kedah berkata...

budak budak muda la nie memang macam setan betui........

kemarin aku pi kat Tupah di Merbok nak cari kayu buruk buang sebatang nak buat tempat semaian orkid aku.......
sampai sana ada empat lima pasangan muda mudi melayu tanpa rasa malu ke segan ke.....berpeluk peluk cukup lama pulak tu dlm air kolam kat ujung sekali........

kalau dah hari cuti.....puak puak pejabat agama sungai petani dok tidoq ke.......hantar laa penyuluh hangpa pi dulu standby....nie nak tunggu orang lapor.....mana nak tau no hp hangpa........

makan gaji buta ke??........

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

syabas JAIS jangan pilih bulu, kalau anak menteri sekali pun tangkap kerana tugas untuk agama adalah tuntutan ISLAM

Tanpa Nama berkata...

Kalau tidak 9 bulan lagi ada pulak kes buang bayi kat Putrajaya.

kembara putih berkata...

Biasa kes macam ni gempak mula2 je, lepas tu tutup kes. Biasa anak2 golongan ni terutama anak polis tak terikat dengan undang2 dan tidak akan didakwa langsung tak kira buat kesalahan apa pun. Jika tidak pasti penjara dipenuhi oleh anak2 golongan ni terutamanya anak2 polis.

adam berkata...

perkasakan penguatkuasaan tanpa mengira pangkat atau darjat. Barulah kami semua kata JAIS nie hebat