19 Sep 2011

Halang Ahli Politik Beri Kuliah Agama, Tindakan Tidak Masuk Akal

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman menegaskan tindakan menghalang mana-mana ahli politik dan wakil rakyat daripada menyampaikan kuliah agama di masjid mahupun surau adalah langkah “tidak masuk akal.”

“Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung,” katanya.

Dr Rani yang juga ADUN Meru itu berkata, beliau kesal dan tidak berpuas hati kerana tauliahnya untuk mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah ditarik balik.

Khamis lalu, Pengarah Jais Marzuki Hussin dipetik berkata ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor.

“Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini,” kata Marzuki.

Marzuki berkata, larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lalu.

Menurutnya lagi, Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor.

Dr Rani yang dilantik sebagai ketua PAS negeri Jun lalu menambah, pentauliahan diadakan bagi mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang tidak dikenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.

“Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.

“Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki,” tambah beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Dr Rani memberitahu, sebelum ini pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja termasuk menyampaikan dakwah di surau-surau mahupun masjid.

Katanya, jika dulu pemimpin-pemimpin Umno bebas melakukan apa saja yang mereka mahu termasuk menyampaikan tazkirah di surau mahupun masjid, malah bermacam-macam perkara mereka lakukan.

“Sepanjang itu jugalah kita melihat tidak pernah ada pentaulihan diberikan malah Jais hanya berdiam diri dan yang paling mendukacitakan Jais juga turun sama dalam program yang dianjurkan oleh Umno itu.

“Dulu tak pernah wujud seperti ini tetapi sekarang macam-macam halangan ada. Kita tidak bebas lagi hendak menyampaikan dakwah malah setiap pergerakan kita dipantau,” tambah Dr Rani.

Beliau juga menjelaskan, walaupun tauliahnya telah ditarik balik aktiviti dakwahnya tetap diteruskan.

“Saya akan tetap berdakwah walaupun tidak diberi tauliah oleh Jais, jika sebelum saya menjadi Adun saya bebas melakukan dakwah atas sebab apa saya hendak hentikannya.

“Jika ada pihak mengatakan isi penyampaian dakwah saya ada yang salah sila buktikan kesalahan itu dan setiap tuduhan perlu ada bukti yang kukuh bukannya sekadar cakap kosong,” kata wakil rakyat penggal pertama ini. -tvsnews


10 ulasan:

Awanama berkata...

Tenang sahaja wajah Pesuruhjaya PAS yg baru ni, x macam yg dulu...

Anak Raja Selangor berkata...

Sultan kalau tak reti pasal agama Islam, duduk je diam-diam kat istana tu. Tak payah campur hal agama. Lagi campur lagi nampak kebodohannya.

Selalu-selalulah menziarah hard rock cafe untuk memantau ajaran sesat.

Hairan... orang yang bersolat dikata sesat. Yang meneguk arak dan berzina tak sesat pulak. Islam jenis apa ni?

Awanama berkata...

itu sebab kadang kita berketuakan orang yang tidak faham islam dan ingin rakyat jauhkan diri dari isalam, nilejadinya...ibu bapa pun tak boleh cakap fasal agama sbb tak de tauliah dari sultan.

Awanama berkata...

Inilah yg dikatakan tanda2 kiamat..
Agama dipegang oleh mereka yg bukan Ahli..
Apa jenis keputusan utk menghalang Ahli Politik yg punya latar belakang agama dari timur tengah dan tempatan dari menyampaikan pesanan2 atas kebenaran dan kesabaran..
Inilah yg dikatakan bahawa kebodohan berluasa dimana Jabatan Agama dh bertukar kpd Sayap parti politik dan bertindak atas kepentingan politik sebelah pihak sahaja..
Inilah langkah undur kebelakang dan menghina ijazah atau bai'ah diberikan oleh Mursyid2 ditimur tengah dan tempatan kpd lepasan2 penuntut mereka dimana Jais berada lbh tinggi dari Al-Azhar serta Universiti2 yg menawarkan pengajian agama dan punya taklid mengatasi Allah dan Rasul serta para Malaikat keatas agamawan yg menceburkan diri dlm kancah politik..
Rasakanlah kelak persoalan Allah krn kamu sudah menjadi Human Servant dan bukan lg God Servant..
Kamu sudah menjadi sebuah Jabatan Sekular dan memisah2kan agama dgn politik krn kamu mahu kekal politik Yahudi dan Nasara berjalan dibumi Allah ini..

Tajul Muluk berkata...

Dasar tidak memberi tauliah kepada ahli politik yang alim adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah
dalam berdakwah. Kepada YDP JAIS sila rujuk hadis-hadis. Ingat kamu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti kerana menyekat dakwah Islamiyah.

Batu Pelangi berkata...

Sebab utama ialah SEMUA kuliah agama
wakil PR mendapat sambutan mengalakkan kerana ilmu agama yang
dimiliki dan latar belakang yang baik.Hadirin tak payah disogok untuk
hadiri kuliah.Teruskan berkuliah
kerana ALLAH SWT.

paktehku berkata...

... mula mula melarang ahli politik memberi ceramah hal agama di masjid dan surau kemudian menghalang mereka menjadi imam solat di masjid dan surau dan termasuk di rumah mereka sendiri...

... tetapi sebaliknya berlainan berlaku pada mereka yang tidak mempunyai latar belakang ilmu agama, di beri pula kebenaran berbuat demikian termasuk mereka yang terang terang mendedahkan aurat untuk memberi ceramah tentang agama di masjid dan surau...

Awanama berkata...

Pengarah JAIS ni tak ikut politik,tak penah mengundi ke?
mana kau nak cari guru agama yang tak terlibat politik?
guru2 sekolah semua terlibat politik samada ikut PR atau BN.ada ke budak2 sekolah jadi sesat?

Awanama berkata...

ajaran sesat yg diterima kebanyakan orang islam memisahkan politik dari agama,hukum taklif dikecualikan kepada orang politik
dan ramai yg menyesatkan ajaran yg memasokan politik dalam agama.

Awanama berkata...

pelik sungguh JAIS ni TIDAK akan mengeluarkan permit senang cerita mengharamkan orang yang ingin menyampaikan seruan agama. Langgar hukum kena denda.. dia ingat dia tu Tuhan nak hukum haram. Wahai kaum Jais segeralah bertaubat nasuha selagi pintu taubat masih terbuka...