19 Sep 2011

Bangla Ugut Sebar Gambar Lucah Gadis Nak Putus Hubungan Dengannya

Gadis diugut teman lelaki warga asing

JOHOR BAHRU - Seorang gadis berusia 23 tahun tertekan apabila bekas teman lelakinya, seorang warganegara Bangladesh mengugut akan menyebarkan gambar lucahnya selepas mangsa menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta yang dijalinkan sejak beberapa bulan lalu.

Mangsa mendakwaugutan itu mula diterima sejak awal bulan lalu selepas dia menghubungi suspek dan menyatakan hasratnya untuk memutuskan hubungan mereka.

Lelaki berkenaan yang berusia 40-an, sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu dikatakan akan menyebarkan gambar lucahnya menggunakan laman web sosial kepada ahli keluarga, jiran dan kenalan yang lain.

Lebih memeritkan, lelaki itu juga turut meminta mangsa memulangkan semula wang berjumlah RM25,000 yang dibelanjakan sepanjang mereka bercinta sebagai syarat memutuskan hubungan.

Dipercayai gambar mangsa itu dirakam menggunakan telefon bimbit lelaki berkenaan ketika mereka menginap di sebuah hotel di Seremban, Negeri Sembilan, beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat gadis berkenaan berhubung ugutan diterima daripada bekas teman lelakinya itu.

Menurutnya, mangsa yang tertekan dengan ugutan daripada bekas teman lelakinya itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Skudai, sejurus menerima kiriman gambar lucah berkenaan.

"Susulan laporan diterima, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di sebuah rumah dan berjaya menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.

”Lelaki terbabit ditahan kerana mengugut mangsa dan siasatan kes sedang berjalan. Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat,” katanya. -SH

Kekasih ugut sebar gambar lucah

JOHOR BAHRU: Terjerat dengan cinta ‘Bollywood’ seorang gadis berusia 23 tahun tertekan selepas teman lelaki warga Bangladesh mengugut menyebarkan gambar lucahnya sejurus mangsa menyatakan hasrat memutuskan hubungan cinta terjalin beberapa bulan lalu.

Mangsa mendakwa bekas teman lelakinya yang berusia 40-an dan sudah berkahwin serta mempunyai tiga anak berang mengugut menyebarkan gambar lucahnya di Internet.

Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai juruwang di sebuah syarikat kiriman wang ke luar negara turut menuntut mangsa memulangkan RM25,000 dibelanjakan ketika mereka bercinta sebagai syarat memutuskan hubungan.

Mangsa mendakwa diugut awal bulan lalu selepas menghubungi suspek dan menyatakan hasratnya memutuskan hubungan. Bagaimanapun, suspek yang berang menghubunginya dan mengugut menyebarkan gambar lucah wanita berkenaan
.

Pada mulanya, mangsa menyangka ia hanya gurauan, namun terkejut melihat beberapa gambar lucahnya dikirim lelaki Bangladesh itu menggunakan e-mel, selain menerusi Kiriman Pesanan Multimedia (MMS).

Gambar lucah itu dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit suspek ketika menginap di sebuah hotel di Seremban beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan gadis berkenaan Rabu lalu. -hm


Ulasan GB

Pertama, mangsa dah pun ambil duit Bangla itu RM25,000,
Kedua, mangsa mengetahui Bangla itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak,
Ketiga, dah bersama dengan Bangla itu di hotel beberapa bulan lalu apatah lagi kebodohan membenarkan gambar lucahnya diambil.

Fikirkan, what kind stupid fool the girl was.

12 ulasan:

Dr Twetnama berkata...

ini lah jadinya kalau bangla di berikan warganegara.. semuanya salah umno apco wal haramjadah!

entry terhangat - http://umnoisdead.blogspot.com

Awanama berkata...

nah..amik ubat. baghu ada akai. bodo...

Miecyber berkata...

Memang salah budak perempuan tu sendiri...

Awanama berkata...

gadis ini pun patyut terima hukuman, bila syok dengan bangla tak mau beritahu mak abapak dan polis, bila dah kena ugut bangla baru nak jumpa polis, polis jugak yang kena buat keje. polis dapat apa?

Awanama berkata...

Pertama, mangsa dah pun ambil duit Bangla itu RM25,000,
Kedua, mangsa mengetahui Bangla itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak,
Ketiga, dah bersama dengan Bangla itu di hotel beberapa bulan lalu apatah lagi kebodohan membenarkan gambar lucahnya diambil
Keempat.Nauzubillah Anak sapa la bodoh ni

Awanama berkata...

Balasan Allah Taala.

Awanama berkata...

Ini salah pemerentah.

Awanama berkata...

ayat menyebut 'warga bangladesh' kena ubah sebagai 'warga baru malaysia'.

Awanama berkata...

warga Bangla lebih berani dari pemuda UMNO, Bangla ugut anak bangsa sendiri wanita MELAYU kerana UMNO sekarang diketuai oleh MAMAK mengaku Melayu, mereka mamak UMNO setaraf atau seketurunan dengan bangla muka pun hampir Serupa.
PM bangla puji Kerajaan REJIM UMNO terkini kerana membenarkan rakyat BANGLA menjadi pengundi yang sah di MALAYSIA...
TAHNIAH UMNO>>> semuga boleh tawan MALAYSIA bersama rakyat asing dijadikan warga MALAYSIA.

Awanama berkata...

gadis ini menjadi umpan abang2 bangla untok kenegara ini supaya dapat dijadikan pengundi pru 13 akan datang, jahanam seorang gadis mungkin dapat mengail sepuloh abang bangla.

Awanama berkata...

Kepada Hishammuddin: Inilah jenis warganegara yang UMNO inginkan jadi pengundi.

Kepada gadis yang berkenaan: Padan muka.Seolah-olah tak ada Melayu lagi dinegara ini.

Awanama berkata...

makan cendoi atas bantai...dah bodo tadak akai.