19 Sep 2011

"Tiada Bukti DNA Lelaki Y Itu Dari Sperma", Terkencing Dalam Kain Ahli Kimia Malaysia

Pakar: Ahli kimia 'sembunyi' maklumat DNA ketiga

Pihak pembelaan dalam perbicaraan liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menimbulkan kemungkinan sampel yang diambil dan diuji oleh ahli kimia dicemari tetapi hakikat itu diabaikan.

Tumpuan adalah terhadap calitan kapas B9 yang diperolehi dari kawasan rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tuala putih yang diperolehi daripada sel Anwar apabila beliau ditahan semalaman.

Ram Karpal, yang menyoal balas berkata demikian berikutan penemuan 18 allele yang menunjukkan kemungkinan kehadiran orang ketiga.

Katanya, keraguan timbul tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari.

Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald berkata kedua-dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon - tidak sepatutnya mengabaikan pencemaran berkenaan.

"Mereka sepatutnya menjalankan ujian lanjut untuk memperkuatkan penemuan tentang 18 allele itu,"
kata McDonald.

Katanya, berdasarkan laporan pakar kimia tempatan itu, mereka telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful.

Namun Dr McDonald berkata Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan 'lelaki Y'.

"Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa," katanya.

Apabila ditanya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengapa ini adalah perlu, Dr McDonald menjawab kerana lebih banyak ujian diperlukan bagi mengenal pasti milik siapa DNA itu (pada 18 allele).

"Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan mengapa ujian lanjut tidak dilakukan."

Justeru katanya lagi, pakar kimia tempatan itu telah mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada benda asing.

"Dia tidak boleh mengatakan ia milik sesiapa... hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli," katanya lagi. -mk


Kes liwat: Tiada bukti DNA ‘Lelaki Y’ hasil dari sel sperma

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Pakar dari Australia menegaskan tiada bukti yang menunjukkan bahawa profil-profil DNA yang diperoleh daripada “Lelaki Y” dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim datang daripada sel-sel air mani.

Dr Brian McDonald, saksi pembela memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pihak pendakwa tiada bukti bagi menunjukkan jensi sel yang profil DNA diperoleh.

Justeru, pakar DNA ini juga mencabar penemuan analisis yang dikendalikan oleh ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dan Dr Nor Aidora Saedon.

Malah Dr McDonald juga menekankan kemungkinan wujud kontaminasi ke atas sampel-sampel yang diambil dan diuji oleh kedua-dua ahli kimia, yang menurutnya telah diabaikan oleh mereka.

“Tiada bukti dikemukakan, yang membolehkan pendakwa membuat rumusan itu,” kata Dr McDonald ketika ditanya oleh peguam pembela Ramkarpal Singh sama ada pendakwa ada membuktikan bahawa profil-profil DNA daripada “Lelaki Y” sebenarnya datang daripada sel-sel air mani
.

“Kita tidak tahu jenis-jenis sel yang sampel diambil,” kata beliau.

Dr McDonald sebelum ini berkata bahawa profil-profil yang diperoleh daripada sampel sperma, yang diambil dari bahagian rektum pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak menunjukkan sebarang bukti yang keadaan bahan bukti itu terjejas.

Beliau ada memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa profil DNA di bahagian rektum tinggi adalah milik “Lelaki Y”, satu lagi kepunyaan Saiful dan yang ketiga, dari kawasan rektal rendah tidak konklusif.

Dr McDonald juga berkata Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengabaikan penemuan yang mengesyorkan mengenai kehadiran sampel DNA ketiga.

“Mereka seharusnya telah mengadakan ujian susulan untuk menguatkan penemuan ke atas 18 allele (profil DNA). Kedua-dua (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan sebarang penjelasan mengapa ujian susulan tidak dijalankan,” katanya lagi.

Pakar itu memberitahu ujian-ujian dijalankan oleh ahli kimia kerajaan gagal untuk menunjukkan dari mana sampel-sampel DNA diperoleh.

“Bukti ini tidak memberitahu kita (sama ada) ia datang daripada sperma atau air liur,” kata Dr McDonald.

Anwar, 64, yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008. -TMI




Ulasan GB

Apa yang yang sebenarnya berlaku ialah, dari sudut psikologinya, minda kedua-dua orang ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon telah terkepung dan tertumpu kepada kemungkinan wujudnya "arahan pihak tertentu" untuk menganalisa dan membuktikan DNA lelaki Y itu adalah Anwar. Itu pun sebenarnya gagal!

Akibat daripada itu, kedua-dua ahli kimia itu terabaikan SOP makmal bagi memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada benda asing seperti yang didakwa oleh Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald.

Ia adalah satu pencabulan professionalisme bagi seseorang yang dianggap "pakar kimia".

Lebih banyak lagi nanti pendedahan terhadap perlanggaran SOP semata-mata untuk mengkaitkan DNA lelaki Y itu adalah milik Anwar. Ia seperti mengikut "skrip" yang disediakan. Stay tuned!


p/s Macam kes video seks papagomo jugak, mindanya dah terkepung dan terpimpin untuk hasilkan video seks, whatever it costs. Ia tidak mengikuti "kebenaran" yang ada dihatinya, tetapi mengikut skrip kehendak orang lain. Jadi yang dilakukan hanyalah "bagaimana nak mencipta dan mereka evidences" mengikut skrip tersebut sehingga terabai faktor-faktor penting yang lain. Hasilnya berlakulah kepincangan-kepincangan dari sudut teknikaliti dimana pakaian Anwar tak serupa dengan adegan yang didedahkan sebelumnya.

Ingatlah pembohongan itu sama sekali tidak dapat menutup kebenaran.

15 ulasan:

Awanama berkata...

Dua Dr tu jadi mangsa umno....sebaliknya papagomo jadi mangsa Guiness Stout.

Awanama berkata...

ksian papagomo, die pn sntiasa mnerima arahan dri org atas, klu tk buat keja mmfitnah mana nak dpt RM..hihihih.

Awanama berkata...

kalau macam ni laa caranya orang yg terpelajar menggunakan kepandaiannya... biar laa x yah belajar langsung....makin menambahkan dosa aja...

Awanama berkata...

dulu orang melayu suka jadi talibarut orang putih,sekarang orang melayu seperti papa gomo suka jadi payet umno bekas payet orang putih nak pelingkup melayu.

Awanama berkata...

aku sokong 7:30PM,perut dia punya pasal le,dia sanggup buat kerja yg hina.

Mohd Firdaus berkata...

dah x lama dah tu..umnoo..umnoooo...knpa lah hg ni x abih2 wt fitnah...ish3~~



New Entry : Keyword Terbaik Minggu Ini

Daftar 'Free Traffic' Untuk Website Anda

Amuraria berkata...

PAPAGOMO NI SEBENAR NYA LEMBU PAWAH JADIAN MANUSIA ! NAMPAK SAJA MACAM MANUSIA TAPI LEMBU YANG DAH DIPAWAH & DICUCUK HIDUNG ,KESIAN ...BAGI DIA SATU JUG LAGI ...

maluk halus berkata...

papagomo org terpelajar kah...kah..kah jgn buat lawak la

kembara putih berkata...

Nasib baik la kes kali ini diundang pakar dari luar negara, jika tidak seluruh rakyat ditipu hidup-hidup oleh 2 doktor Malaysia ni, polis dan Najib.

Lain kali lepas ni apa2 kes, panggil pakar dari luar negara sebab mereka profesional dan minda mereka tidak terjajah.

adam berkata...

mungkin ada baiknya kita tgu sehingga perbicaraan selesai. semuga kebenaran akan muncul jua..

Awanama berkata...

jika DNA lelaki Y, milik dsai bkannye drp air mani, ape lgi gerombolankan bak kaitkan supaya dsai dpt d sumbat di kemunting?....doalah smoga Allah menyemblahi di pihak yg benar,amin.

Awanama berkata...

aku x bangga jd org Malaysia, tp aku mengaku aku org Malaysia... contoh betapa kurapnya taraf "pakar" di Malaysia nih...aku lak yg Rasa Malu teramat sgt bila org luar comment basil kerja "pakar" kita...walaupun terang2 tindakkan itu adalah arahan..tp kalau arahan tu suruh anak pompuan kau jadi pelacur pun kau ikut ke Haas????

1 Malaysia berkata...

Malu dan sedih bila AKU dengar dari TV menyebut "pakar kimia" dari Jabatan Kimia Malaysia. Bagaimana boleh disebut "pakar kimia" kalau Jabatan Kimianya sendiri pun tak diiktiraf?
AKU pun belajar sains kat universiti. Hasil eksperimen selalu tidak memihak kepada kehendak kita kalau alatan yang digunakan tidak standard. Dari awal lagi, AKU dah tergelak bila mengetahui bahawa "Pakar Kimia" tidak mengkaji kemungkinan-kemungkinan yang wujud. Kita harus ingat bahawa dalam otak depa ni hanya ada bayang-bayang DSAI saja. Kalau tak mahir, cuba-cubalah belajar dari cerita TV, CSI, CSI Miami atau CSI New York pun tak pa. Barulah skripnya lebih lojik.
Kasihan tengok dua ahli kimia Malaysia telah diperkudakan dan diperbodohkan.

Awanama berkata...

Apa pun ceritanya skrip sudah siap....Anwar mesti dipenjarakan,ambillah pakar mana pun kerana perbicaraan ini adalah perbicaraan politik.

adam berkata...

perbicaraan nasih panjang..kita tunggu lagi..