18 Jun 2011

Rais Mengingau, Kaitkan Penggodam Dengan Bersih 2.0

Rais Mengigau, Kaitkan Bersih 2.0 Dengan Serangan Siber-Mat Sabu

SHAH ALAM 18 JUN : Cubaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mengaitkan perhimpunan aman Bersih 2.0 dan serangan siber ke atas laman-laman web kerajaan, tidak berasas sama sekali.

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang dihubungi Tv Selangor sebaliknya menyifatkan Rais sebagai mengigau apabila menyifatkan serangan siber yang menyasarkan laman sesawang milik kerajaan dan agensinya ada kaitan dengan perhimpunan Bersih.

"Saya tidak nampak langsung di mana relevannya itu. Barang kali Rais, dia mengigau," katanya.

Rais yang dipetik Bernama berkata, serangan siber oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous dipercayai ada hubung kait dengan penganjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Malah Rais menyifatkan serangan itu jelas bermotif politik dan bertujuan untuk melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

Tambahnya, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan.

Namun menurut Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, penggodaman laman web kerajaan yang bermula Khamis lalu bersifat baru sedangkan himpunan Bersih 2.0 sudah dicanang sejak sekian lama.

"Perhimpunan Bersih ini, NGO telah menghebahkannya kepada awam begitu lama dan lebih banyak kita turun ke bawah memberi penerangan di samping menggunakan laman web yang tidaklah sebanyak mana,"tegas beliau, justeru menasihati orang awam supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan Rais itu.

Sebelum ini Anonymous menggodam beberapa laman web kerajaan dengan serangan DDoS (Distributed Denial-of-Service) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail, termasuk Pirate Bay dan Wikileaks.

Rais semalam mengakui 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara. -tvsnews


PAS cabar Rais, buktikan serangan siber ada kaitan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Dewan Pemuda PAS pusat mencabar pentadbiran Najib membuktikan “fitnah” anggota Kabinetnya, yang semalam mendakwa serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya baru-baru ini, ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0.

Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara.

Kata Rais, beliau juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Rais.

Menegaskan pendirian mereka, Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Riduan Mohd Nor berkata, pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab Rais, didakwa menyalahgunakan kuasa beliau sebagai anggota jemaah menteri dengan menyebarkan fitnah berasaskan andaian semata-mata.

“Amat buruk dan sangat tidak profesional bila mana seorang menteri berkelakuan begini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu Riduan berkata, pihaknya mencadangkan penganjur Bersih 2.0 membuat laporan polis dan menyaman menteri terbabit atas kenyataannya dikeluarkan semalam.

“DPPM menasihatkan pihak kerajaan membuat siasatan terperinci terhadap serangan siber itu dan mendedahkan hasilnya kepada rakyat.

“Kerajaan yang membelanjakan bilion ringgit wang rakyat untuk menyediakan fasiliti keselamatan siber harus menjawab kepada rakyat bagaimana dengan begitu mudah laman-laman berkenaan diserang hingga menyusahkan ramai pihak,” kata Riduan lagi.

Riduan juga mahu kerajaan mempertingkatkan sistem keselamatan siber negara dan tidak menyekat kebebasan rakyat untuk menyampaikan pandangan mereka melalui medium alternatif ini. -tmi




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan mengigau...tp lebih tepat adalah dah NYANYUK....hahahaha

Tanpa Nama berkata...

loohhh..bukan ke penggodam sendiri dah bgtau tujuan depa godam pasaipa kan..depa xpuas hati pasai kjaan dok sekat file sharing tu..apa kena mengena dgn bersih..cmna la leh jd menteri otak masing2 bdoh.. td belek2 B.HARIAN nmpk sgt depa nk burkkn2 himpunan bersih smpai ckp pon mcm org bodoh...

Tanpa Nama berkata...

selalunya BN yang serang blog bebas, masa nak pilihanraya

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula dengan BN serang Malaysiakini?

Tanpa Nama berkata...

dari zmn mahadey lg org tua ni dok dlm kerajaan,lm sgt...ptt le xtau ape yg berlaku kat luar sane tu.dh tua kerenyot pun nk jd menteri lagi,minda dah lemah...itu yg meraban cari slh org lain.sendiri punyer kes pun x selesai lagi.sudah lah tu...ramai lg pemimpin muda kat luar ni.