29 Jun 2011

Polis Ceroboh Parlimen, KPN Perlu Bertanggungjawab

Speaker akui polis tidak minta kebenaran

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan menyiasat dakwaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bahawa polis mencabuli kebebasan parlimen apabila mereka menyoal-siasat beberapa ahli parlimen pembangkang semalam.

“Polis tidak boleh masuk kawasan Parlimen tanpa kebenaran speaker. Polis hanya boleh membekalkan perkhidmatan kepolisian atas permintaan pegawai parlimen, bentara dan speaker,” kata Lim (DAP-Ipoh Timor) ketika mencelah perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Bisnes.

Hujah Lim, tindakan Lim mencatatkan kenyataan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) di lobi MP semalam mencabuli prinsip pembahagian kuasa.

Menurut Azmin beliau tidak menjangkakan kunjungan polis yang tidak diumumkan itu manakala Mohd Firdaus pula berkata dia 'dijemput' untuk merakamkan kenyataannya.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07Menurut Pandikar (kiri) beliau juga mengetahui mengenai perkara berkenaan selepas membacanya di media.

“Kami tidak terima sebarang permohonan rasmi daripada polis untuk berbuat demikian tetapi saya difahamkan daripada laporan akhbar bahawa kedua-dua pihak (polis dan MP) bersetuju berbuat demikian.

"Saya akan panggil mereka yang berkenaan untuk jelaskan apa yang berlaku," katanya kepada Lim.

Semalam, pasukan polis daripada ibu pejabat kontinjen Selangor mengambil kenyataan daripada Azmindan Mohd Firdaus berhubung ceramah mereka di Sabak Bernam pada 17 Jun lalu atas "dakwaan mengundang" orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Lim menyataan alasan persetujuan kedua-dua belah pihak tidak boleh digunakan kerana tindakan polis itu jelas bertentangan dengan keistimewaan khas ahli dewan rakyat.

"Saya minta Jawatankuasa Khas Hak Asasi dan Kebebasan Parlimen patut melihat perkara ini dan mengadakan satu garis panduan yang sesuai," katanya. -mk

Ulasan GB

Tindakan polis yang tidak mempunyai kebenaran Speaker untuk masuk ke parlimen boleh dianggap menceroboh dewan yang mulia tersebut.

Di dalam era kepimpinan Najib, polis dilihat telah bertindak sewenang-wenangnya dan membelakangkan undang-undang.

Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab dan apakah anda mengharap rakyat boleh mematuhi undang-undang negara apabila polis sendiri melanggarnya?


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aning-anjing di Malaysia nampaknya ada yang bertambah ganas...pasti yg tak berlesen punya???

nak bersih tangan berkata...

Apa lak Polis yang salah....tak salah laa.... tak salah..... dema ikut kata orang "atas" jer... tak lebih dari itu... jangan salahkan polis....tapi salahkan arahan tu... nanti I tak makan kalau engkar arahan...I tak rela you...auw!!!

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya bukan sahaja Akta Polis mengatasi Perlembagaan Malaysia malah anggota polis sudah boleh mencerobohi Parlimen .Nazri dan Hishammuddin apa sudah jadi ni?Kalau begini keadaannya,lebih baik bubarkan parlimen dan kuat -kuasakan undang-undang tentera(Marshall Law).

Tanpa Nama berkata...

saya setuju kuatkuasakan undang2 Tentera mengikut arahan yang dipertuan agung

Tanpa Nama berkata...

Malaysia Negara Polis. Tu le pasal pelabor dah mula bimbang & merosot.

akulajuki berkata...

Sedikit Pembetulan, Harap Maaf;
Bukan "Marshall Law" tapi Martial Law. Tapi apa guna kuatkuasakan Martial Law sedang sekarang pun dah macam umporno dah berkuasa mutlak dah. Malaysial ni dah ditakdirkan untuk melingkup jadi pakat2 tunggu ajer lah