29 Jun 2011

Isu Video Seks: Serang Datuk Johari Langkah Terdesak

Tunjuk bukti saya minta RM1 juta, Johari cabar trio Datuk T

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Datuk Johari Abdul menuntut trio Datuk T menunjukkan bukti bahawa beliau pernah meminta ‘ganjaran’ RM1 juta sebagai bayaran untuk meninggalkan PKR selepas menonton rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.

Justeru wakil rakyat dari Kedah ini mempertahankan beliau tidak pernah meminta sejumlah wang itu dan apa yang dikatakan trio Datuk T adalah tidak berasas sama sekali.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu memberitahu beliau telah memberitahu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim bahawa si pelaku dalam rakaman didedahkan 21 Mac lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu klip video terbaru muncul di Internet hari ini menyerang kewibawaan Johari dengan mendakwa beliau ada meminta RM1 juta untuk dirinya dan juga lima Ahli Parlimen lain jika mahu mereka keluar PKR.

“Buktikan saya mengambil duit, di akaun bank yang mana? Adakah ia (dibayar) secara tunai atau cek? Saya tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak itu di rumah.

“Saya tidak pernah menerima apa-apa atau saya pernah ditawar untuk meninggalkan parti untuk bayaran... saya tidak memerlukan wang,” kata Johari kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, trio Datuk T boleh mengatakan apa yang mereka mahukan.

“Tidak sesiapa pun yang boleh memberi keterangan apa yang saya kata di bilik (hotel) pada hari itu... saya tidak mahu membuang masa (dengan mereka,” kata Johari lagi.

Sejurus selepas rakaman video seks ditayangkan kepada pemberita pada 21 Mac lalu, trio Datuk iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim, Johari mendedahkan beliau menonton video itu bersama mereka di sebuah hotel di sini.

Wakil rakyat itu berulang kali menafikan bahawa beliau ada bersetuju yang lelaki dalam video seks itu ialah Anwar.

Bagaimanapun satu video yang disiarkan oleh blogger pro-Umno blogger “Papagomo” (http://www.papagomo.com) hari ini mendakwa sebaliknya.

Video yang panjangnya 1.59 minit itu, bersama dengan tulisan blog memetik Shazryl mendakwa Ahli Parlimen Sungai Petani itu yakin yang Anwar adalah lelaki dalam klip video itu dan Johari minta RM1 juta bagi diri beliau dan RM1 juta bagi setiap lima Ahli Parlimen yang bersedia untuk meninggalkan PKR selepas menonton video berkenaan.

Klip video itu tiada bukti yang dapat menunjukkan bahawa beliau ada meminta wang dalam jumlah itu.

Johari dilihat memasuki sebuah bilik hotel dengan diiringi trio Datuk T dan kemudian duduk di depan televisyen.

Satu kamera terselindung dilihat diletakkan di depan televisyen, oleh itu memberi gambaran mengenai reaksi Johari. dan suara trio Datuk T.

Berbanding naratif-naratif Johari sebelum ini tentang apa yang berlaku pada hari video itu ditonton, MP PKR itu kelihatan gelak ketawa dan mesra bersama ketiga-tiga Datuk T, dan berjenaka beberapa minit sebelum video seks ditayangkan.

“Sudah pasti saya mesra dengan mereka. Saya kena mereka secara peribadi. Shuaib pak cik saya, Rahim bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dan Eskay dari Sungai Petani... saya tidak tahu pada hari itu mereka hendak menunjukkan video seks kepada saya.

“Saya menghormati pak cik saya, meskipun saya tidak setuju dengan apa yang dia lakukan. Jika saya bertemu Shuaib lagi, saya cium tangan dia, dia lebih tua daripada saya,” kata pemimpin PKR ini. -TMI


Video seks: Hati nurani saya jelas, kata Johari

Ahli Majlis Tertinggi PKR Johari Abdul menolak dakwaan penulis blog pro-Umno bahawa beliau meminta wang bagi tugas menyakinkan ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya menonton video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hati nurani saya jelas,” kata Johari yang juga ahli parlimen Sungai Petani, apabila ditemui di lobi parlimen hari ini.

Johari hari ini dituduh oleh blog Papagomo cuba mendapatkan RM100,000 sebagai 'bayaran pelincir' bagi menjalankan tugas itu.

Penulis blog itu juga menuduh beliau cuba meminta RM1 juta bagi setiap ahli parlimen yang berjaya yang dipujuknya menonton video itu.

Papagomo tidak membekalkan bukti bagi mempertahankan dakwaannya tetapi hanya menyiarkan klip video yang memaparkan Johari menonton video seks berkenaan dengan kumpulan trio 'Datuk T'.

Beliau dilihat sedang bergurau dengan kumpulan Datuk T dan bergelak ketawa sepanjang klip dua minit itu.

Adalah dipercayai klip video berkenaan dirakamkan pada 21 Mac di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari yang sama Datuk T menayangkan video itu kepada sekumpulan wartawan dan editor terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

Datuk T adalah nama samaran yang sebelum ini digunakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKAS Datuk Shuaib Abdul Lazim.

Ditanya mengapa beliau sebegitu tenang semasa tayangan itu, Johari berkata beliau rasa 'rileks' kerana merasakan sesuatu yang tidak kena.

“Saya suspek yang saya dirakamkan sebab itu saya banyak tersenyum,” jelasnya.

Lebih-lebih lagi, kata Johari, beliau mengenali Rahim sejak zaman mereka bersama di Umno manakala Shuib adalah bapa saudaranya.

“Saya seorang MP lah bagaimana harus saya bertindak? Patutkah saya menanggis?” soalnya lagi. -mk


Ulasan GB

Pertama, GB lihat penerbitan video klip yang menyerang ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul oleh papagomo itu lansung tidak ada merit dan tidak ada kelas untuk disiar dan diulas. Kerana, penerbitan video klip itu sendiri adalah respons bodoh setelah Datuk T tersentak & terkejut beruk dengan pendedahan video dokumentari Datuk Johari yang telah merungkai hal sebenar mengenai konspirasi video seks "Anwar".

Sekalipun sebelum ini peguam yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Muhammad Shafee Abdullah menyatakan mengikut laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, kononnya terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah, namun beliau enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat.

Malaysiakini melaporkan, Walaupun Shafie mendakwa pakar-pakar tersebut melaporkan bahawa mereka 99 peratus pasti, tetapi Malaysiakini tidak nampak maklumat tersebut pada dokumen berkenaan.

Bukankah pendusta namanya tu! Tetapi aneh, laporan yang dusta itu diperbesarkan oleh media perdana di negara ini dan polis juga turut mempercayainya setelah berulangklali membuat kenyataan kononnya video seks itu tulen dan kenyataan yang seumpamanya.

Video dokumentari yang dikeluarkan Datuk Johari Abdul lebih meyakinkan. Bahawa, wajah di dalam video seks yang dikeluarkan oleh Datuk T itu rupa-rupanya wajah "make-up" dari Thailand. 99.99% seiras. Tetapi bukan Anwar. Itu sebab kita lihat pelaku seks di dalam video asal, orang berwajah Anwar tetapi bertubuh badan Eskay dan Rahim Tamby Chik!

Tentang papagomo, siapa tak kenal dengan penulis upahan UMNO ini yang selama kes video seks ini menjadi penulis upahan Datuk T? Malah polis sendiri tidak bertindak ke atas blogger jahat ini walaupun telah ternyata bahawa blogger tersebut merupakan orang yang bertanggungjawab menyiar dan mengedar video lucah di alam maya.

Itulah pentingnya untuk kita berdoa dan mengharap kepadaNya seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu:

1) Allahumma arinal haqqan haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathilan bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud ,


Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Ada kaitan:

[Video] BONGKAR: Pendedahan Dalang Video Fitnah

7 ulasan:

Beruk Ketawa berkata...

Minta maaf jika aku berkata...'Johari Abdul ini ibarat Nasarudin Mat Isa dalam PAS juga'.

Kedua orang ini patut dipijak lumat-lumat. Tidak boleh dipercayai.

Tapi hairan kenapa PR masih tak sedar 2 ekor musang berbulu ayam ini.

Awanama berkata...

Org2 ni mesti kaya2 kan, kan, kan? Agak2 aman & tenang ke org kaya2 banyak duit ni.. kpd yg teringin kaya sangat2 tu, amik le iktibar, doa le mohon yg terbaik di sisi Allah dlm apa jua urusan dunia & akhirat. Klu dah usaha cara baik tapi tak kaya2, ade le hikmahnya tu.

Yg miskin2 pula, jgn le relax je, pi le jemaah di rumah2 Allah & buat baik dgn masy.

1 Malaysia berkata...

kalau dah biasa makan daging busuk, pantang jumpa, mesti terkam.
Datok 'T' kaya pada fizikal saja, tapi rohaninya, papa kedana. Depa ingat duit boleh beli segala-galanya. Pemikiran ini hanya untuk manusia yang sukan makan daging busuk aja.

Pippo berkata...

eh,ade plak color video yg ini...

azeimsayang berkata...

skrg trbukti Anwar x bslah.mcm mne kisah smpah di dlm masjid itu ari.adakah allah akan blas org2 yg brsmpah tu.aku hrp allah akan bg blas prbuatan org itu.tupai da jtuh dlm gaung.pd awal lg aku da agak,itu bukan Anuar.wajah di buat2.aku bnci org smpah2 di dlm masjid,ttp hakikatnye smpah bohong2 belaka.aku hrp plis trus hukum org sebegitu.klau bleh polis jgn brsubahat pula dng kte2 org yg jtuhkan Anuar.dimanakah keadilan....

Awanama berkata...

Hanya ahli UMNO bawahan yg TOLOL aje percaya pada fitnah yg dibuat oleh pemimpin UMPORNO. Dulu kata jumpa rakaman kat Almari masa nak ambil jam Anwar yg tertinggal???...Pass tu kata hanya ada satu aje rakaman yg ORI??? Hanya ada satu rakaman aje...tapi bila lihat dah lebih dari 1 sudut rakaman dlm video??? Ahli UMNO yg bangang terus diperbodohkan oleh pemimpin UMNO yg sedia ada Tolol...kerana banyak makan nasi kangkang kat mesyuarat Cawangan & bahagian.

Awanama berkata...

Pada kebiasaan Papagomo buat cerita khasnya pada Anwar Ibrahim, tiada siapa yang lawan balik. Tidak ada apa-apa tindakbalas.

Kononnya dia dipihak yang benar, mempunyai maklumat A1 rasa betul dan hebat. Tak rasa takut kerana Polis UMNO Baru jaga...

Sekarang baru betul, buku bertemu ruas. Tunjukkan bukti bro... tunjukan jantan lu.... jangan bersembunyi didalam jubor saiful.

Datuk Johari Abdul tak takut dengan lu walaupun dilindungi olh polis.

Jangan tunjukkan diri lu yang sebenar hanyalah seorang penyebar fitnah.....