17 Jun 2011

Kerana Percaya GPS, Kenderaan Tenggelam Masuk Tasik

Washington - Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

GAMBAR menunjukkan kenderaan utiliti sukan ditarik keluar dari dalam tasik.

Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.

Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS.

Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik.

Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.

Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik.

Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. - Agensi

Ulasan GB

GPS itu bagus, tetapi kena waspada dan gunakanlah akal waktu menggunakannya. Bukan kena ikut 100% jika tak mahu kejadian seperti di atas berlaku.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saman pembekal GPS

Tanpa Nama berkata...

Kami dah banyak kali kena. Mungkin sesetengah jalan / direction GPS tu tak familiar lagi . Dia main hantam aje, kita ni main foloow membabi buta. Nasib baik kat Msia. Mungkin klu kat obersi boleh sampai alaska kot.. huhu

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...jangan percaya 100% kepada GPS..saya pun terkena sewaktu di sabah...ikut GPS saya terpaksa melalui jalan balak 200KM dari KK ke Tawau...Sepatutnya jalan terbaik jalan KK Sandakan Tawau jalan pun cantik

Tanpa Nama berkata...

kalau rakyat pecaya UMNO dan BN boleh tenggelam lagi teruk

Tanpa Nama berkata...

kadang-kadang GPS pun nak begurau juga...

namialus67 berkata...

Saya pakai jenama "VONZO"buatan Taiwan.Setakat ni ok,tak pernah lagi sesat.Biasanya yang buatan "China" ni ada masaalah sikit bila lama kita guna.Kualiti buatan Taiwan dan China ni tak sama walaupun loghat mereka sama.