17 Jun 2011

Sistem Komputer Digodam: Menunjukkan BN Boleh Tumbang Bila-bila Masa

Penggodam uji strategi: Pakar

KUALA LUMPUR: Pakar teknologi maklumat (IT) tempatan berpendapat serangan terhadap laman web kerajaan sejak malam kelmarin, hanya strategi percubaan kumpulan penggodam terbabit sebelum mereka melancarkan 'perang sebenar' yang lebih serius tanpa memberi sebarang amaran awal pada masa depan.

Jururunding Keselamatan di sebuah syarikat IT di ibu negara, Hazrul Hamzah, berkata kumpulan penggodam terbabit dipercayai ada muslihat tertentu kerana sanggup memaklumkan secara terbuka menerusi internet mengenai tarikh dan masa mereka akan melakukan serangan berkenaan.

“Kumpulan penggodam terbabit pasti tahu bahawa pihak kerajaan sudah tentu akan mengambil segala langkah yang mampu untuk mematahkan serangan berkenaan, justeru, dipercayai mereka tidaklah sebodoh itu.

“Serangan setakat ini dipercayai hanya untuk menguji serta menjadikan kerajaan leka seolah-olah sudah berjaya mematahkannya, sebelum mereka menggodam dan melakukan kerosakan yang jauh lebih serius tanpa amaran terlebih dulu pada suatu masa nanti.

“Selain itu, kumpulan penggodam terbabit juga sudah berjaya mendapat publisiti meluas yang dikehendaki untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa mereka membantah tindakan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.

“Mereka jelas berpegang teguh kepada prinsip kebebasan mendapatkan maklumat,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Sebanyak 51 laman web dengan domain .gov.my diserang sejak jam 11.30 malam kelmarin sehingga pagi semalam menyebabkan sekurang-kurang 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap berbeza.

Serangan itu dikesan berlaku lebih awal daripada ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa menggelar diri mereka ‘Anonymous’ untuk menyerang portal kerajaan www.malaysia.gov.my melalui ‘Operation Malaysia’ pada jam 3.30 pagi semalam.

Hazrul berkata, ‘Anonymous’ boleh disifatkan sebagai sebuah organisasi tersusun dan disertai ramai penggodam antarabangsa yang memiliki kepakaran tinggi dalam bidang IT.

“Justeru, kerajaan diharap jangan cepat berasa lega apabila dapat mematahkan serangan ‘Anonymous’ kali ini, sebaliknya mesti mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan keselamatan rangkaian internet kerajaan sebelum mereka melancarkan serangan sebenar pada bila-bila masa yang tidak diketahui,” katanya. -BH

Ulasan GB

Inilah akibat apabila di zaman IT, para pemimpin Malaysia pula buta IT.

Masing-masing menteri kononnya ada facebook, ada twitter, ada blog, tetapi rupa-rupanya semuanya dikendalikan oleh orang lain yang diupah. Sedangkan diri sendiri buta kayu mengenai teknologi maklumat. Belajar tak mahu, tapi bercakap mengenai sistem teknologi maklumat macamlah merekalah yang paling handal.

Walaupun sudah diberikan "amaran awal" beberapa hari, namun sistem keselamatan komputer negara tidak berupaya untuk menghalang penggodam dari menceroboh sehingga akhirnya kerajaan dimalukan apabila lebih 50 lamanweb telah gagal diakses pada hari semalam.

Serangan semalam menunjukkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau ringkasnya MAMPU jelas hanya gempak pada nama dan strategi, tetapi terdedah fakta yang mereka tidak mampu dan kosong pada isi serta kebolehan di bidang teknologi maklumat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pula hanya gah menghabiskan wang berjuta ringgit mengedarkan netbook-netbook percuma tetapi dari sudut ilmu, kesemuanya hampas. Yang kaya hanyalah pembekal-pembekal komputer bersama-sama syarikat-syarikat kroni yang makan persen.

Maaflah, kasar bunyinya ulasan GB, tetapi itulah hakikatnya. Ia memberikan signal yang amat jelas:

Jika sistem komputer kerajaan oleh diserang sebegitu mudah walaupun telah diberi amaran, ia menunjukkan bahawa kerajaan yang ada hanya gah di zahir tetapi kosong di dalamnya dan justerunya boleh diserang dan ditumbangkan pada bila-bila masa
.


12 ulasan:

Awanama berkata...

Curi curi wang/subsidi rakyat bagi pada apco untuk sistem pertahanan iT

Awanama berkata...

maknanya, ratusan pakar i.t. yang dibawa masuk dari india dulu buat apa ek kat malaysia?
makan gaji buta kot...

Awanama berkata...

nanti lepas ini kerajaan pula akan melantik website security consultant dengan bayaran juta-juta untuk memeriksa semua website kerajaan.

Mana ada org yg nak hack website, siap buat pengumuman lagi secara meluas di media..di internet..kalau bukan ada muslihat.

Ibarat orang nk pergi merompak di bank...siap bgtau pihak bank awal yang kami akan merompak bank anda..

Dua kali fikir, rasa mcm ada sesuatu tk kena..dan tk logik...

serenity9260 berkata...

hahaha,rais yatim suka bila tengok hacker2 ni xley watpe bile server shutdown.tu bukan lawan bang,tu kalah namanya,hahahhaa.

Ni best bro!!!
Style Aje : Baju Mengandung Olok-olok!
Cool Aje : Laser Star Wars Berjaya DIcipta Untuk Welding,S3 Spyder III Arctic
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Beruk Ketawa berkata...

Memang puak UMNO ini buta IT.

Nak dengar cerita tak..?

Ada Ketua Bahagian UMNO tak tahu apa itu 'Pen drive'...kah kah kah

Awanama berkata...

macam orang sakit....dah tak ada ubat...tunggu masa nak jatuh

opisboi berkata...

pen-drive itu adalah masyuukkkk tak ada kalau ada baru ketua bahagian faham!

Awanama berkata...

Ni cuma taktik BN nak dapat peruntukan juta-juta untuk jaga laman gov. Pastu kita tengok la sapa yg dpt kontrak ni. ni sume taktik yahudi la. bagi virus lepas tu bagi anti virus

-fread-

Awanama berkata...

Setuju dgn yg kata ini taktik BN utk dpt peruntukan berjuta2. Masih ingat lagi zaman Mahathir dipaksanya TNB dptkan elektrik dari sykt swasta dgn cara menterpelantingkan logi di Paka dulu. Jgn jadi Melayu mudahlupa.

planet gorgong berkata...

taktik bn biasa la tu.. hacker mana bodoh sangat nak tunjuk2 identiti nih.. mcm cerita kartun la pulak.. siap boleh bagi ucapan lagi e.g.: "HA HA HA.. SEMUA WEB AKAN AKU TAKLUK.. AKU DATANG DARI PLANET GORGONG, NAK TAWAN BUMI.. HA HA.." boleh ke macam ni?

Awanama berkata...

Kenek kenek la udang, lembu patah tanduk, cek mek kena lah GODAM, cik awang bila nak kena tumbuk? Uwa uwa uwa uuu

Awanama berkata...

pekerja mampu, petang petang suka main karom kat opis....pastu bercucuk tanam kat farmville...hahahhaha