17 Jun 2011

Di Kuantan, Ada Iblis - Sudah Beristeri Empat Tapi Masih Merogol Anak Jirannya

Ayah nafsu liar dihukum, lucah melampau, rogol anak jiran

KUANTAN: Walaupun sudah mempunyai empat isteri dan 15 anak, nafsu seks melampau seorang buruh akhirnya membawa padah apabila dihukum penjara 22 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku salah atas dua tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap anaknya dan merogol anak jirannya.

Tertuduh berusia 45 tahun dari Kampung Razali, Batu 4, Jalan Gambang, di sini dihukum penjara empat tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen 2 atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap anak perempuannya berusia 11 tahun, di sebuah rumah di Kampung Jaya Gading, di sini, pada 2009.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman terbabit selepas mengambil kira kesan kepada kanak-kanak berkenaan, selain kepentingan awam. Pendakwaan kes dilakukan Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Tertuduh yang kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 1, mengaku salah atas tuduhan merogol anak jirannya berusia 11 tahun di kawasan semak berhampiran jambatan Kampung Seri Damai, di sini antara jam 1.30 petang hingga 2.30 petang, pada 26 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Noradidah Ahmad kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan dilakukannya.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengambil kanak-kanak terbabit pulang dari sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah, tertuduh mengubah laluan dan membawa mangsa ke kawasan semak di Kampung Seri Damai sebelum merogolnya.

Tertuduh turut memberikan mangsa sedikit duit dan mengarahkannya tidak memberitahu kejadian yang berlaku kepada orang lain. Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kejadian menimpanya kepada keluarga sebelum tertuduh ditahan pada 8 Jun lalu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan perlu menyara keluarga yang ramai serta berjanji tidak mengulangi perbuatan sama.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah memohon hukuman berat dijatuhkan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Ulasan GB

Ini betul-betul nafsu iblis. Isteri dah empat orang, tapi tak cukup-cukup sehingga merogol anak jirannya.




2 ulasan:

..cik faTiha Tea'ah... berkata...

astaghfirullahalazim...mcm2 hal yg menakutkan skrg terjadi..kalau dah xde iman dlm hati, ni la jadinya...hurmm

Tanpa Nama berkata...

Apabila akal tidak mengenal nafsu maka itulah jadinya.....

Kalau pun akal mengenal nafsu tapi tidak berilmu itulah juga jadinya...

Oleh kerana itu jadi lah manusia yang berakal dan berilmu agar diri sentiasa dilindungi....