2 Mac 2011

Saman Ekor: Polis Tak Bertolak Ansur, Bagaimana Jika Rakyat Juga Begitu?

Tiada lagi tolak ansur

KUALA LUMPUR – Kesemua 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pesalah trafik setelah tempoh tawaran diskaun 50 peratus berakhir kelmarin kini disenarai hitam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia berkuat kuasa serta-merta semalam sekali gus bermakna kesemua pesalah trafik terbabit tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu selagi tidak membayar saman tersebut sepenuhnya.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Aziz Yusof berkata, sebanyak 1.5 juta saman diselesaikan oleh pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam kelmarin iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis tamat.

Bagaimanapun katanya, masih ada 17.3 juta saman yang belum dibayar.

“Jadi untuk pemandu yang belum menyelesaikan saman, mereka telah disenarai hitam berkuat kuasa semalam,’’ katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini. -kosmo

Ulasan GB

Begitu suara polis. Tak bertolak ansur.

Bagaimana pula jika rakyat juga mengambil sikap TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR?

Bawa berjuta-juta rakyat yang tak bayar saman ekor ke mahkamah kerana mahkamah yang berhak menentukan samada tindakan polis berkenaan betul atau salah.

Bagi penduduk Merlimau dan Kerdau, nyatakan bantahan anda dengan memilih Pakatan Rakyat menjadi wakil anda, gunakan setiap peluang yang ada bagi menghentikan salahlaku pihak polis yang menyenaraihitam pemandu kerana mahkamah telah membuat keputusan di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.

2 ulasan:

waksab berkata...

Saya termasuk dlm 17juta yg tak byr saman kerana dah tak mampu..JIka 17juta rakyat Malaysia tak dpt renew roadtax dan renew lesen,maka sykt Insuran pulak akan mogok/rugi kerana tiada pendapatan..buat apa renew insuran jika roadtax x dpt renew..ada akal ka gomen..Aku tunggu surat Mahkamah utk saman ekor aku yg dekat 17 keping nih..yg kereta aku samseng dah tarik 2 tahun lepas..tapi saman ekor berderet datang..

MATauge berkata...

rakyat sekarang ni dah mabuk muntah lagi,dah sengsara harga barang naik paksa byr saman,mana keprihatinan ko najib,kata rakyat didahulukan,mana kuasa ko nak sokong kami...aku akan saman ko dipru13 nanti ko tunggu satu kampung ku bawa....