2 Mac 2011

[Bergambar] Sekuntum Mawar Merah: Ingat Daku Di Hari Mengundi

Calon PAS Hj Yuhaizad Abdullah meneruskan kempen mesra beliau bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat dengan mengunjungi Pasar Merlimau yang menjadi tempat kunjungan bagi seluruh penduduk Merlimau pagi tadi.

Beliau telah mendapat sambutan yang amat mesra dan meriah dikalangan para peniaga dan pengunjung yang nampaknya teruja melihat penampilan calon PAS tersebut.

Ini membuktikan bahawa calon PAS ini mendapat sokongan dikalangan rakyat dan pengundi pelbagai kaum di Merlimau walaupun sokongan itu tidak dizahirkan sebelum ini.

Kempen yang bermula diawal pagi tadi diserikan dengan pemberian sejambak bunga kepada sesiapa sahaja yang disantuni oleh beliau.

Jika sambutan yang menggalakkan berterusan tidak mustahil Yuhaizat akan membuat kejutan dengan kemenangan untuk rakyat dalam PRK Merlimau kali ini. -n27merlimau

ehsan album n27merlimau















3 ulasan:

Kuda Perang berkata...

InsyaAllah... Ya Allah kurniakanlah kemenangan kepada jemaah Islam PAS pada PRK N27 Merlimau nanti... amin...

Awanama berkata...

Menangkanlah Tuan Hj Yuhaizad dlm PRK Merlimau. Sesungguhnya dia seorang yang benar. Amin Ya Allahh.

pokku(putrajaya) berkata...

InsyaAllah doa anak2 muda diMalaysia bersama saudara Yuhaizad untuk memperjuangkan Islam...Allahuakhbar, kemenangan pasti datang!